RAHSIA QUBAH HIJAU.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. Al-Ahzab: 56

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W., Nabi roh, Nabi akhir zaman, cahaya segala cahaya yang menerangi hati-hati manusia.

Nabi yang jasadnya telah terpisah lebih 1400 tahun dengan kita, umatnya di akhir zaman. Namun roh baginda tetaplah bersama kita, cuma kita tidak merasainya. Kini, kita diminta untuk membela Allah dan Rasul, yang telah kian dilupakan oleh manusia, sekalipun umat Islam sendiri.

Kalaulah umat Islam membela Allah dan Rasul, kita tidak akan dihina oleh dunia seperti sekarang. Kini kita selaku umat Islam, dihina di mana-mana. Agama Islam kita dimain-mainkan musuh dengan senang lenang. Hidup kita dicatur yahudi, bahkan lebih teruk lagi kita membiarkan Nabi kita dihina-hina dengan cara memutuskan hati dengannya.

Maka terbiarlah umat Islam tanpa perlindungan dan pembelaan daripada Allah. Membela Rasulullah bukan sekadar berzanji, bernasyid, dan ziarah makamnya sahaja. Membela baginda ialah dengan menghubungkan hati kita dengannya. Kerana dengan hati yang terpimpin oleh baginda S.A.W., kita akan dipandu bagaimana caranya untuk membela Allah dan Rasul.

Apa yang berlaku kepada Bonda Wasilah sekarang ialah, bilamana hatinya terhubung dengan baginda Nabi S.A.W., maka kita selaku ahli jemaah turut dipandu untuk berperasaan  semula terhadap Nabi kita, berperasaan dengan sebenar-benar perasaan. Kini baginda Rasul-lah dibelakang GISB, yang memandu jemaah ini untuk kemenangan Islam di akhir zaman. Islam takkan kalah-kalah lagi.

GISB di Haramain kini semakin sibuk dan rancak melayani jemaah umrah yang menjadi tetamu Allah dan Rasul di sini, khususnya dari rakyat Malaysia dan Indonesia. Maka antara tempat yang menjadi kewajiban jemaah untuk diziarahi adalah Qubbah Khadhra’, iaitu Qubah Hijau, tempat yang terletaknya makam Nabi S.A.W. dan dua sahabatnya, Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A., dan Sayyidina Umar Al-Faruq R.A.

Qubbah Khadhra’ yang megah di Masjid Nabawi adalah melindungi makam Nabi S.A.W. dua sahabat utamanya, Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar Ridwanullah 'Alaihima. Dahulunya adalah rumah baginda Rasul, dan dimakamkan di situ kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah dimakamkan di mana mereka wafat. Sabda Nabi S.A.W., 
"Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat". Ibnu Majah

Sabda Nabi S.A.W. lagi; “Yang terbaik diantara kamu semua ialah yang terbaik perbuatan (layanan dan tingkah laku) terhadap keluargaku, setelah aku kembali di sisi Allah.” - Abu Hurairah 

Daripada Hadis ini, menambahkan lagi bukti bahawa Rasul S.A.W. sangatlah suka dan cinta kepada umatnya yang bukan sahaja baik kepadanya bahkan terhadap keluarga baginda. Membela Nabi dan keluarganya ialah dengan meniru akhlak-akhlak Nabi, menjadikan mereka model kehidupan kita. Iaitu cara hidup Nabi dan keluarganya adalah cara hidup kita dan keluarga kita.

Membela, mencintai, mengasihi Nabi dan keluarganya bukanlah seperti Syiah, hingga menolak para sahabat yang lainnya, bahkan lebih dahsyat lagi mengkafirkan sahabat!

Lihatlah Abuya, membela Rasul dengan cara menjadikan kehidupan Rasul adalah kehidupannya. Abuya melahirkan jemaah, dan menyalin kehidupan Nabi dan Sahabat kedalamnya. Di saat orang menghina sunnah Nabi, mengatakan zalim terhadap wanita kerana poligami, Abuya perjuangkan poligami. Mana ada ulama sekalipun yang membela Nabi sebegitu rupa!


SEJARAH QUBBAH KHADRA'

Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, yang pertama sekali Nabi buat adalah membina Masjid Nabawi, dengan membeli tanah berharga 10 dinar dari dua bersaudara yang yatim, iaitu Sahal dan Suhail. Tanah yang mulanya berukuran 3m x 30 m. 

Bangunan yang mula dibina cukup sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan pokok kurma dan berbumbung pelepah tamar. Di timur Masjid Nabawi dibina rumah baginda S.A.W. Di sebelah barat dibina ruangan untuk mereka dari kaum Muhajirin yang miskin, yang pada akhirnya tempat itu dikenali sebagai tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda).

Pada tahun ke-7 Hijrah, Nabi meluaskan lagi Masjid Nabawi di timur, barat, dan utaranya,  sehingga berbentuk bujur sangkar 45m x 45 m, dengan luas mencapai 2.025 m2. Sabda Nabi S.A.W. menjelang wafatnya: “Selayaknya kita memperluas masjid ini”

Pada zaman perintahan Khalifah Umar bin Khattab, beliau telah besarkan lagi kawasan masjid di selatan dan barat, masing-masing 5m dan di utara 15m. Ketika Khalifah Usman bin Affan merintah, beliau luaskan ke arah selatan, utara dan barat seluar 5m kesemuanya pada tahun ke-29 Hijrah.

Akhirnya pada zaman Khalifah Bani Umayyah, Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 Hijrah, beliau memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke di timur (rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi, sehingga makam Nabi Muhammad S.A.W., Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, dan Sayyidina Umar Al-Faruq termasuk sebahagian dari masjid dan berada di dalam masjid, yang sebelumnya terasing dari masjid.

Ketika peristiwa rampasan kuasa di Haramain oleh boneka yahudi yang memerintah sekarang ini, mereka telah menghancurkan makam-makam sahabat di Mekah dan Madinah. Hinggakan sekarang umat Islam sudah tidak tahu lagi di mana-mana tempat bersejarah itu. Bahkan lebih dahsyat lagi, ada cubaan menghancurkan Qubbah Khadra' ini oleh puak-puak wahabi ini!

Maka terjadilah peristiwa dimana ada seseorang yang sanggup untuk menghancurkan Qubah Hijau ini, memanjatnya. Namun apa yang terjadi, Tuhan tunjukkan kuasa-Nya lalu disambar petir lelaki tadi. Tinggallah mayatnya yang tidak boleh diubah oleh sesiapa pun daripadanya. Hingga akhirnya terpaksa ditutup dan dijadikan sebahagian daripada Qubah Hijau ini.

Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan, ada seorang soleh di Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan “Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, iktibar”.

Mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan dengan mata kepala kita. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat melihat di google, cari 'Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi'.

Kini telah hilanglah roh-roh suci daripada kedua-dua Tanah Suci ini kerana dilayan begitu hina sekali oleh wahabi si boneka yahudi ini!

Makam-makam diziarahi untuk keberkatan, bukan disembah. Tidak seperti syiah, mereka sememangnya boneka ciptaan yahudi juga yang menghina amalan-amalan berkat ini. Adapun maksud Nabi S.A.W., Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur. Kita umat Islam tidak menyembah kubur, tetapi mengambil berkat, kekuatan roh-roh para Anbiya dan Solehin, semoga peribadi kita seperti mereka, mendapat perasaan takutkan Allah dan cintakan Nabi.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?