EMPAYAR ISLAM AHLI SUNNAH DI TANGAN ABUYA.

Menurut Abuya, Syiah telah membangunkan empayarnya yang berpusat di Iran. Wahabi juga telah membangunkan empayarnya yang berpusat di Saudi. Ahli Sunnah belum lagi mempunyai empayar satelah kejatuhan empayar Islam di Turki.

Lihatlah hasil kerja Yahudi yang sedang memporak perandakan dunia Islam. Melalui jaringan yang mantap penuh rahsia. Jalan yang paling mudah ialah menghidangkan hiburan dan mengajak manusia melakukan kerja bodoh. Meniupkan sentimen permusuhan sesama sendiri.

Manusia akan disibukkan dengan pertelingkahan politik dan berpecah belah kerananya. Melemahkan kesedaran beragama, merancakkan kehidupan bebas terutamanya melepaskan nafsu syahwat dan keinginan seks dan tergilakan keseronokan.


Akibat darinya tidak ramai manusia akan berminat lagi untuk mengkaji dan memperhebahkan perbuatan jahat Yahudi kepada orang ramai. Artikel atau rencana sebegini hanya tinggal diam sebagai tulisan yang membosankan. Hanya sebilangan kecil dari manusia masih terus mencari maklumat dan cuba memahaminya. Inilah sebahagian dari mereka yang beruntung. Selebihnya hanya menjadi makanan ruji bangsa Yahudi

Sebahagian besar umat Islam sebagaimana yang telah mereka (Yahudi) rancang, sedang enak dilekakan dan seterusnya ditarik keluar dari keinginan untuk mengkaji perkara ini. Bukan sahaja anak-anak muda malahan orang dewasa juga terutama para ibu lebih suka kepada hiburan dari berita semasa.

Anak muda amat sibuk dengan facebook dan telefon bimbit model baru dari membaca bahan-bahan ilmiah. Para ibu pula sibuk dengan telenovela atau drama Korea. Ia berlaku dalam semua rumah orang Islam kecuali sedikit sahaja yang tidak bigini.

Bukan kita yang layak membuat hukuman, namun apa yang hendak disampaikan ialah; Tiada manusia di akhir zaman ini yang mampu melepaskan diri dari perangkap yahudi, jika tidak dipimpin oleh mursyid bagi pihak Rasulullah S.A.W.

Selagi kita berada dalam gelanggang yang sama (bersama yahudi), selagi itulah kita gagal mencapai kejayaan! Hanya mukmin sejati yang akan mampu membezakan Islam di akhir zaman, bukannya muslim yang berangan nakkan Islam tapi masih bertuhankan nafsu.

Islam takkan muncul dengan kemeriahan lahir sahaja. Tidak boleh hanya malam yang dihias dengan qasidah, petang dengan majlis ilmu, hujung minggu dengan gotong royong usrah. Kalau sekadar ini, Islam takkan mampu menjadi empayar!

Hanya dengan teknologi roh sahaja yang mengikat hati atau roh kita kepada Allah dan Dia-lah yang memandu RSA untuk melakukan kebangkitan Islam kali kedua. Dia (Allah) jugalah yang menganugerahkan kemenangan Islam di kurun ini. Maka Islam tidak akan kalah kalah lagi.

Sesuai dengan janji Allah ini dan bukti-bukti nyata, Kerajaan Ajaib mengatasi segalanya. Islam tidak akan kalah-kalah lagi. Maka Islamlah yang akan menggantikan kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti. Ini giliran Islam. Islam akan bangkit kembali dan menjadi sebuah empayar dan sekali lagi bumi akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran.

Dunia akan diserahkan lagi kepada umat Islam sebagai mana yang telah berlaku kepada Rasulullah dan para sahabat (Q. S: Ar Rum 2-4). Jalannya adalah melalui TAQWA, iaitu rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul.

Dulu umat Islam dapat memenangi Rom dan Parsi yang di saat itu adalah dua super power dunia dengan kekuatan taqwa. Sekarang dengan kekuatan taqwa itulah Barat akan ditumbangkan.

Allah akan membantu orang yang bertaqwa (Q. S: Al Jaasiah 19). Ini bukan kata-kata kosong! Tetapi inilah JANJI ALLAH yang telah dan akan terjadi lagi. Asalkan syaratnya dipenuhi. Allah S.W.T. berfirman :
“Dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan yang mengerjakan amal soleh, bahwa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yang berkuasa di muka bumi sebagaimana telah dijadikan khalifah orang-orang sebelum mereka”.
(Q. S: An Nur : 55)

Kebangkitan Islam di Timur dibangunkan oleh Abuya. Abuyalah yang akan menyerahkan kekuasaan (panji-panji hitam) kepada Imam Mahdi. Dengan kata lain perjuangannya dan perjuangan Al Mahdi berkait erat dan sambung-menyambung.

Abuya adalah PBT, ibarat suis manakala Imam Mahdi sebagai lampunya. Apabila tidak ditekan, maka lampu tidak menyala. Ertinya Imam Mahdi takkan zahir bila Pemuda Bani Tamim belum menyiapkan asasnya. Kini Abuya yang ghaib sedang sempurnakan semuanya bersama Sayyidi.

Negara yang dijanjikan buat kebangkitan Islam kedua  itu adalah Malaysia. Kalau diibaratkan membangun rumah, Abuya membangunkan asasnya atau tapaknya. Untuk membangun rumah yang megah dan hebat, tentulah tapaknya mesti kuat.

Besarnya peranan Abuya sebagai perintis jalan bagi Imam Mahdi. Kemenangan semakin dekat menuju kegemilangan Islam. Maka tentulah Abuya sudah berperanan bahkan sudah menyiapkan tapak dan orangnya. Insya Allah, kita akan melihat keajaiban yang akan Tuhan lakukan tak lama lagi! Masanya sudah dekat.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?