SEJARAH KERAJAAN BANI HASYIM DI TIMUR TENGAH.

Kerajaan Bani Hasyim yang bertapak di Jordan, adalah daripada keturunan Rasulullah S.A.W. Mereka adalah susur galur daripada Sayyidina Hassan R.A. bin Ali R.A. dari Siti Fatimah R.A. binti Nabi Muhammad S.A.W. Selain kerajaan Bani Hasyim Jordan, kerajaan Maghribi juga adalah dari keturunan Ahlul Bait juga.

Lahiriahnya sekarang yang dilihat, mereka lebih cenderung ke barat. Namun apa-apa pun yang terjadi, mereka tetaplah dari Ahlul Bait, dan kita sebagai umat Islam yang rindu dan cintakan Nabi S.A.W., kenalah mendoakan mereka juga. Perlu kita tahu, mengapa kerajaan yang terdiri dari Ahlul Bait ini seolah-olah tidak berkuasa terhadap umat Islam, sedangkan mereka keluarga Nabi?

Jawapannya ialah, kata Baginda S.A.W., keluarganya ini akan dibela oleh Pemuda Bani Tamim, yang akan mengangkat semula darjat kebesaran Ahlul Bait ini. Masanya sudah dekat, tidak lama lagi, pasti terjadi.

Sebagai maklumat dan diharapkan dapat perbetulkan pemikiran dan sangkaan kita terhadap Ahlul Bait ini, kerana bersangka buruk terhadap mereka ertinya kita sudah menyinggung perasaan Nabi S.A.W.

Sebelum dunia dicatur oleh yahudi, Haramain, iaitu Mekah dan Madinah adalah dibawah kuasa Ahlul Bait ini. Disini disertakan catatan mengenai kerajaan Bani Hasyim di Timur Tengah dan asal usul mengapa mereka tidak lagi menjadi Khadimul Haramain, juga sejarah bagaimana terwujudnya negara Jordan, yang dijanjikan untuk terlibat sama dengan kebangkitan Islam kedua ini.

Haramain di bawah kekuasaan Bani Hasyim.

Syarif Mekah ialah gelaran yang diberikan kepada gabenor yang memerintah Tanah Suci Mekah dan Madinah. Mereka digelar dengan gelaran syarif kerana mereka berasal daripada keturunan Rasulullah S.A.W. atau lebih dikenali sebagai Ahlul Bait daripada cabang keturunan Sayyidina Hassan R.A., putera Khalifah Ali bin Abi Talib K.W.

Menurut tradisi umat Islam, gelaran Syarif diberikan kepada Ahlul Bait Rasulullah S.A.W. yang berasal daripada keturunan S. Hassan Bin Ali Bin Abi Talib, manakala gelaran Sayyid atau Habib ialah gelaran bagi Ahlul Bait daripada keturunan S. Hussein Bin Ali Bin Abi Talib.

Jawatan gabenor atau Amir Mekah sejak pemerintahan Kerajaan Bani Qitadah, tidak lagi dipilih oleh khalifah tetapi menjadi hak turun temurun golongan Ahlul Bait dari Bani Qitadah. Bani Qitadah memerintah Mekah dan Madinah daripada tahun 1201-1924 Masihi. Pemerintah terakhirnya ialah Syarif Husain bin Ali. 

Makkah Al-Mukarramah ialah kota paling suci dalam Islam kerana ia menempatkan Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam. Dua lagi kota suci dalam Islam ialah Madinah Al-Munawwarah, terletaknya makam Rasulullah S.A.W., dan Baitulmaqdis, kiblat pertama umat Islam. Sebelum Kerajaan Syarif Mekah diasaskan, pemerintah Mekah lebih dikenali sebagai Wali (Gabenor) Mekah yang dilantik oleh Khalifah umat Islam.

Pada zaman Khulafaur Rasyidin, pemilihan gabenor Mekah kurang diberi perhatian kerana banyak menumpukan perhatian kepada pembukaan wilayah baru, dan kekacauan oleh munafiq dalam negara ketika di zaman Khalifah Usman bin Affan R.A. dan Khalifah Ali R.A. Ketika itu pemilihan wali diambil dari kalangan keluarga Bani Hasyim. Pada zaman Bani Umayyah dan Abbassiyah, wali Mekah dilantik dari kalangan keluarga mereka atau penyokong-penyokong mereka.

Pada akhir abad ke 900M, wujud gerakan yang bergelar Qaramitah yang diasaskan oleh Abu Tahir bin Abu Said Al Jaunabi Al-Qarmati. Mereka ialah kelompok pelampau agama yang telah berjaya memerintah Oman dan kemudiannya menakluki Mekah pada tahun 929M. Mereka membunuh rombongan jemaah haji yang datang ke Mekah. 

Mereka terus memerintah Mekah sehingga tahun 965M, sehinggalah mereka dikalahkan dan diusir dari Mekah oleh Syarif Jaafar ibnu Muhammad Al Hassani yang mengetuai rombongan jemaah haji dari Mesir. Tindakan mengusir puak Qaramithah ini disokong oleh Kerajaan Fatimiyyah yang berkuasa di zaman itu, selain adanya Kerajaan Abbasiyah.

Semenjak itu, kerusi penguasa Mekah sentiasa berada di bawah Ahlul Bait, dari cabang S. Hassan R.A., cucu Rasulullah S.A.W. Pada mulanya, Mekah diperintah oleh Kerajaan Al-Hassani yang diasaskan oleh Syarif Jaafar bin Muhammad Al-Hassani, yang bertahan selama 100 tahun dan penguasa terakhirnya ialah Muhammad Syukur bin Abdul Futuh. 

Beliau tidak memiliki waris dan menyerahkan kuasa pemerintahan Mekah kepada seorang pembesar Bani Abi Tib, Muhammad bin Abi Fatik pada 1061M, tetapi kuasanya dirampas oleh seorang pemimpin Yaman bernama Ali bin Muhammad As-Suhaili. Untuk sementara waktu, wali Mekah bukan dari kalangan Ahlul Bait tetapi Ali tidak lama memerintah sehingga beliau terpaksa menyerahkan semula takhta Mekah kepada Ahlul Bait semula pada tahun 1062M.

Pemerintahan Mekah seterusnya dipegang pula oleh Syarif Muhammad bin Jaafar yang mendirikan Kerajaan Abi Hasyim yang terus memerintah sehingga tahun 1200M. Malangnya, pemerintah-pemerintah Kerajaan Abi Hasyim dikatakan lemah sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati penduduk Mekah. 

Pembesar-pembesar Mekah telah menemui Syarif Qitadah, pemerintah Yanbu untuk meminta beliau bertindak. Qitadah kemudiannya mengirim puteranya, Handalah untuk mengusir Mikhtar bin Isa, pemerintah Abi Hasyim terakhir dalam tahun1201M. Mikhtar meninggal dunia dalam buangan di Yaman 2 tahun kemudian.

Sejak pemerintahan Bani Qitadah, wali-wali Mekah tidak lagi dipilih oleh khalifah tetapi menjadi hak warisan keturunan Qitadah. Kerajaan Qitadah dapat memerintah Mekah selama 700 tahun bermula dari tahun 1201M hingga 1924M. Kemudian berakhirlah Kerajaan Bani Qitadah.

Berakhirnya penguasaan Bani Qitadah terhadap Haramain apabila dirampas oleh keluarga Muhammad bin Saud Al Dar'iyyah, yang berasal dari Najad (Riyadh). Bani Saud adalah penganut fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Mereka ialah kelompok yang ekstrim dalam menjalankan penyebaran fahaman mereka. 

Mereka menghukum bidaah apa sahaja perkara yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW. Mereka juga menganggap Syarif Mekah ialah seorang ahli bidaah.

Bani Saud selama 300 tahun, mereka telah beberapa kali mencuba menakluki Mekah daripada tangan Ahlul Bait tetapi tidak berjaya, kerana Empayar Turki Usmaniyah melindungi Mekah daripada serangan Bani Saudi. Mekah ketika itu ialah salah satu wilayah naungan Usmaniyah.

Selepas kejatuhan Usmaniyah pada tahun 1924, Syarif Mekah terakhir, Syarif Husain bin Ali telah mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah umat Islam. Walau bagaimanapun, pihak barat tidak mahu melihat kembali kewujudan Khilafah Islam kerana khuatir umat Islam akan bersatu semula untuk melawan pengaruh Barat di negara-negara umat Islam yang telah dijajah.

Oleh itu, bersama-sama pemimpin Saud yang memerintah Najad, British telah merampas kerusi Syarif Mekah daripada tangan Ahlul Bait dan diserahkan kepada Bani Saud. Wilayah Hijaz dan Najad disatukan dan dinamakan Arab Saudi, sempena nama pemimpin pertama mereka.

Syarif Husain bin Ali, Amir Mekah dan penguasa Hijaz dan Tanah Arab berpindah ke Jordan. Jordan pula diperintah oleh anak Syarif Husain, Raja Abdullah I sebagai raja Jordan pertama. Iraq juga diperintah oleh keluarga Syarif Husain dengan Raja pertamanya, Raja Faisal, juga anak Syarif Husain. 

Namun Kerajaan Syarif Husain di Iraq hanya bertahan sehingga 3 generasi sahaja; Raja Faisal I, Raja Ghazi I dan Raja Faisal II. Raja Faisal II terbunuh dalam rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera. Sejak itu, Iraq diperintah sebagai sebuah republik.

Kejatuhan Syarif Husain sebagai Amir Mekah sebenarnya ada kaitan dengan penolakan beliau untuk mengiktiraf negara Israel. Sebagai Khadim Al Haramain atau 'Penjaga Dua Kota Suci', beliau tidak mampu untuk tidak akur kepada British, kerana jika beliau masih berkeras, umat Islam terpaksa berdepan dengan penentangan yang sangat keras, sedangkan masa itu Empayar Usmaniah sudah cukup lemah. Beliau terpaksa mengalah dan menyerahkan kuasanya kepada kerajaan Bani Saud, dan sebagai timbal balasnya, diserahkan Jordan sebagai gantinya.

---

Begitulah sejarahnya yang tercatit. Namun Tuhan ada janji untuk umat Islam akhir zaman, dan ini adalah khabar gembira dan peluang untuk umat Islam sama-sama menyambut Janji Tuhan ini. Haramain akan bertukar tangan, Abuya selaku Putra Bani Tamim akan menyatukan dan membela Ahlul Bait, kerana bersama-sama Abuya adalah Imam Mahdi, yang juga dari keturunan Rasulullah S.A.W. dari belahan S. Hussein R.A.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?