PERJUANGAN ABUYA MENZAHIRKAN SISTEM HIDUP ISLAM KE PERINGKAT DUNIA.
Perjuangan Abuya telah pun berjalan istiqamah selama 45 tahun. Bermacam-macam era telah pun dilalui, berbagai ujian berat telah pun dilepasi, dan kini perjuangan beliau semakin gagah demi menzahirkan sistem kehidupan Islam yang syumul, demi menagih janji Tuhan akan kebangkitan Islam di akhir zaman.
Sabda Rasulullah S.A.W., “Akan sentiasa ada di kalangan umatku satu thaifah yg menzahirkan kebenaran, tidak dapat dimudharatkan oleh musuh-musuhnya sehinggalah datang ketentuan Allah ( kemenangan )”
Dakwah Abuya bukan melalui badan politik telah mula berkembang di Nusantara ini pada tahun 1968. Ketika itu jemaah Darul Arqam atau Al-Arqam itu sangat dikenali di seluruh pelusuk negara.
Abuya diharamkan dan disesatkan adalah kerana perjuangkan Imam Mahdi. Di saat ulama masih berbahas tentang hadis Imam Mahdi, Abuya dah persiapkan tapak untuk beliau. Di masa umat Islam masih mengkaji sistem hidup Islam, Abuya dah melaksanakannya. Ketika ahli fikir sedang berseminar dan merancang-rancang konon demi Islam, Abuya dah melahirkan generasi-generasi Islam. Betapa Abuya jauh meninggalkan masyarakatnya dalam soal membangunkan Islam.
Pada Abuya Ashaari Muhammad, Islam adalah cara hidup dan berjemaah adalah sunnah terbesar Rasulullah S.A.W. Dalam sekatan dan halangan Abuya berjaya meluaskan dakwahnya ke peringkat dunia. Kini jemaah sudah bertapak di Haramain. Bagi yang menyesatkan Abuya, datanglah bangunkan projek Islam di Mekah dan Madinah ini! Jangan hanya pandai menyesatkan dan menjatuhkan hukum sahaja, mari sama-sama buktikan yang kita punya Tuhan dan Nabi yang sama, dengan bangunkan Islam di Haramain ini.

Abuya ketika mula berdakwah melalui jemaahnya, ternyata ditentang oleh masyarakat di zaman itu. Ini tidak boleh dinafikan, ketika itu hanya wanita-wanita Arqam yang bertutup lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki. Sedangkan isteri-isteri mufti pun di masa itu tak pakai tudung. Kalau pakai pun hanya selendang nampakkan jambulnya.
Abuya membawa cara hidup Islam di tengah-tengah kerosakan masyarakat ketika itu. Oleh kerana masyarakat jahil dan tidak tahu perihal agama, Abuya ditentang habis-habisan. Seperti kata-kata hukama', "Sesungguhnya manusia memusuhi apa yang tidak diketahuinya."
Masyarakat yang terlalu asing dengan agamanya, mengaggap apa yang dibawa Abuya adalah songsang dan sesat dari ajaran Islam. Sedangkan apa yang Abuya bawa ini, jika di Timur Tengah; adalah kehidupan orang-orang Islam terdahulu yang mengikuti ajaran Quran, iaitu ajaran Allah dan Rasul. Jadi tidak hairanlah Abuya lebih diterima di sana dari negaranya sendiri.
Abuya membawa manusia kembali kepada Tuhan, dan kerana itu Abuya didatangkan kepada masyarakatnya. Tidaklah didatangkan seorang Nabi, Rasul, atau para mujaddid melainkan untuk membaiki insaniah manusia.
Pernah Tun Mahathir berkata pada Abuya, Iman boleh bagi orang makan ke? Kini jawaban kepada Tun Mahathir, lihatlah Malaysia sekarang, hasil perjuangan Tun dalam membangunkan negara tanpa peduli hal Iman. Tun sendiri terpaksa menentang apa yang Tun perjuangkan selama ini.
Namun begitu, walau ditentang, Tuhan Maha Kuasa merubah masyarakat Malaysia hasil dakwah Abuya. Berjaya Abuya kembalikan asas-asas kehidupan Islam kepada masyarakatnya. Ini cukup dirasai oleh masyarakat pada ketika itu.
Abuya berjaya kembalikan sunnah Nabi yang indah itu, yang sebelumnya amatlah ditentang umat Islam sendiri. Kalau dulu, hanya Abuya dan jemaahnya berserban, kini sudah ramai berserban, apatah lagi bertudung. Begitu juga dalam melahirkan produk-produk buatan muslimin, Abuya-lah yang memulakan. Kini banyak produk buatan orang Islam yang berada di pasaran.
Namun tak lama kemudian, Abuya dan jemaah diharamkan, walaupun ada yang lebih dan patut diharamkan, Abuya dan jemaahnya menjadi pilihan. Inilah ujian yang terpaksa dihadapi. Ujian adalah untuk melembutkan hati dan mematangkan roh.
Berundur bukan untuk mengalah. Rupanya ini strategi Abuya. Bila diharamkan, masyarakat terkontang kanting, dan terpaksa mereka berdikari dalam hal nak menyelamatkan Iman masing-masing. Rupa-rupanya Abuya nak didik masyaraktnya jadi begini, supaya berdikari dalam soal keselamatan dunia dan akhirat.
Setelah dihalang berdakwah atas nama jemaah Islam, Abuya menukar strategi dan berdakwah melalui badan korporat. Secara tak langsung Abuya mendidik masyarakat, bahawa dalam perjuangkan Islam, melalui perniagaan pun orang boleh dapat Allah dan Rasul.
Rupanya, nak perjuangkan Islam, tak perlu dapat negeri atau negara dah boleh melaksanakannya. Abuya tidak bercakap, Abuya hanya berbuat dan Abuya dah buktikan! Bagi siapa yang nak buat Islam, banyakkan buat dari bercakap. Kalau nak kata-kata masin dan didengari orang, kita mulakan dulu. Bangunkan model Islam, barulah masin dan masyarakat akan lihat.
Abuya diharamkan dan disesatkan adalah kerana perjuangkan Imam Mahdi. Di saat ulama masih berbahas tentang hadis Imam Mahdi, Abuya dah persiapkan tapak untuk beliau. Di masa umat Islam masih mengkaji sistem hidup Islam, Abuya dah melaksanakannya. Ketika ahli fikir sedang berseminar dan merancang-rancang konon demi Islam, Abuya dah melahirkan generasi-generasi Islam. Betapa Abuya jauh meninggalkan masyarakatnya dalam soal membangunkan Islam.
Pada Abuya Ashaari Muhammad, Islam adalah cara hidup dan berjemaah adalah sunnah terbesar Rasulullah S.A.W. Dalam sekatan dan halangan Abuya berjaya meluaskan dakwahnya ke peringkat dunia. Kini jemaah sudah bertapak di Haramain. Bagi yang menyesatkan Abuya, datanglah bangunkan projek Islam di Mekah dan Madinah ini! Jangan hanya pandai menyesatkan dan menjatuhkan hukum sahaja, mari sama-sama buktikan yang kita punya Tuhan dan Nabi yang sama, dengan bangunkan Islam di Haramain ini.
Kini masyarakat cukup terbuka dan boleh menilai. Janganlah hanya mengulangi kesilapan generasi terdahulu, yang hanya menilai daripada kata-kata orang tanpa melihat sendiri dan bertanya pada yang berkenaan.
Kini bersama GISB, Abuya semakin mendunia. Cukup sebagai bukti bahawa method/cara dakwah yang dibuat oleh Abuya mampu berkembang dan menzahirkan sistem hidup Islam di semua peringkat, sekaligus membuktikan kemampuan beliau dalam memimpin dan mentadbir dengan Islam.