Posts

Showing posts from 2012

BELAJAR DARI SEJARAH UNTUK MEMANTAPKAN KEBENARAN.

Abu Sufyan masuk Islam atas dasar diraikan. Perkara yang diungkapkan ini jarang kita dapati, Abuya kongsikan dengan kita hal-hal seni yang berlaku dalam sejarah, agar kita terpandu dan terpimpin. Kita diminta untuk belajar dengan sejarah. Abuya berkata; sejarah adalah guru kita. Mana-mana yang baik atau positif, kita ulanginya dan kembangkan. Mana-mana yang negatif kita jadikan sempadan dan iktibar. Banyak perkara yang dapat dipelajari dari para sahabat, mereka sentiasa bersama Rasul ketika susah mahupun senang dalam membangunkan Islam. Begitulah yang di tanggung dan dilalui oleh Rasul dan para sahabat. Ketika futuh Mekah, Rasul SAW membuat pengumuman sesiapa yang berlindung di rumah Abu Sufyan akan selamat. Maka dengan tindakan Rasul tersebut, Abu Sufyan jatuh hati dan masuk Islam. Satu perkara yang terlalu seni kita dapat pelajari di sini iaitu, Abu Sufyan masuk Islam kerana Rasul meraikannya. Akhirnya dia masuk Islam berbeza dengan para sahabat yang lain masuk Islam.

Yahudi Balas Dendam (VIDEO)

Image
Bahagian 1 Bahagian 2

Yahudi Takkan Mungkin Berjaya Gagalkan Jadual Tuhan (Video).

Image
Bahagian 1 Bahagian 2

Yahudi Sangat Faham Di mana Kekuatan dan Kelemahan Ummat Islam.

Yahudi sangat berdendam dengan Rasul SAW, kerana berjaya mengalahkan mereka. Yahudi terpaksa tinggalkan Madinah bila mana penduduknya menerima Rasul SAW. Sejarah telah memaparkan ketika Rasul SAW datang ke Madinah, orang Madinah jadi lebih beruntung daripada sebelum kedatangan Baginda. Begitu juga bilamana Rasul SAW dapat kembali ke Mekah, keadaan Mekah jauh lebih baik dari sebelumnya. Musuh Islam telah memutarbelitkan sejarah konon Rasul SAW pengganas perang. Di Malaysia, Allah, Rasul dan Imam Mahdi akan selesaikan semua masaalahnya secara kasih sayang. Maka musuh-musuh Allah dan Rasul tak putus asa untuk menebus kembali kekalahan mereka. Yahudi sangat faham di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam. Mereka usahakan agar umat Islam terpukau dan tertarik dengan pelbagai tawaran yang mereka buat, untuk menarik perhatian umat Islam supaya lalai. Yahudi sangat sedar bila umat Islam rohnya terhubung dengan Allah dan Rasul, mereka takkan dapat dilemahkan. Rasul ketika saat he

Tokoh-tokoh Islam Yang Pernah Didatangi Oleh Rasulullah SAW

Selain Imam-imam Mujaddid, sekali sekala Tuhan datangkan tokoh pemimpin yang adil seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan Salehuddin Al-Ayyubi dan lain lain. 1. Panglima Tariq bin Ziyad. Panglima Tariq bin Ziyad, didatangi Rasulullah SAW memberikan arahan langsung padanya untuk membakar kapal-kapak perang, supaya tekad mara terus ke depan tanpa menoleh untuk balik ke belakang lagi. Bahkan Rasul SAW minta dia buat pilihan mara ke depan berhadapan dengan bilangan musuh yang terlalu ramai, jika mati sebagai syahid atau berpatah ke belakang adalah laut dan mati bukan sebagai pejuang tapi mati bunuh diri. Ahli sejarah telah mencatit sebahagian ungkapan ucapan Tariq hasil bertemu dengan Rasul SAW secara yaqazah. البحر من ورائكم والعدو امامكم فاختار بيهما شئتم "Wahai pahlawanku, ke mana akan kau lari? Laut di belakangmu dan di hadapanmu musuh. Maka pilih antara keduanya" Kerana kehebatannya, sebuah bukit diabadikan atas namanya iaitu Jabal At-Tari

Yahudi Takkan Mungkin Berjaya Gagalkan Jadual Tuhan

Kenapa Umat Islam sudah tidak dapat daulatkan kembali Islam bertaraf dunia? Satu ketika dulu atas nama Islam bukan sahaja umat Islam jadi kuat bahkan dapat menaungi penganut agama-agama lain. Umat Islam juga pernah dilihat berwibawa dan dipandang mulia. Menurut Rasul saw kejatuhan Islam itu kerana umat Islam telah ditimpa penyakit AL-WAHAN. Lalu ditanyakan pada Rasul saw, apa itu AL-WAHAN iaitu cinta dunia dan takut mati.  Malaysia adalah terpilih menjadi tapak kebangkitan Islam kali kedua. Mari kita senaraikan fakta-fakta hasil penilaian dan penelitian yaitu seperti berikut: 1. Negara yang mendapat berkat kerana adanya orang Tuhan. Adanya Abuya Fata Attamimi. وبهم ينصرون وبهم يرزقون Dan disebabkan mereka (orang Tuhan) dibantu dan disebabkan mereka diberikan rezki. 2. Negara yang menjadi tunggak Ahli sunnah wal jamaah, negara yang tegas dan lantang mempertahankan Ahli sunnah wal jamaah. Yahudi berusaha memasukkan ajaran syiah, wahabi, Ahmadiah dan lain-lain ke Mal

Anwar Ibrahim Dulu Lantang Bela Islam Tapi Sekarang Lantang Bela LGBT.

Anwar Ibrahim sangat dikenali satu ketika dulu sebagai tokoh aktivis gerakan Islam. Hingga akhirnya Anwar Ibrahim tinggal satu tangga saja lagi untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tetapi pada masa itu Abuya berkata, Anwar Ibrahim takkan dapat menduduki kerusi Perdana Menteri. Namun suasana masa itu seolah-olah memihak padanya.  Siapa pun tokoh yang datang pada Abuya bertanyakan tentang Anwar, tetap Abuya mengatakan dia tidak dapat jadi PM. Pandangan Abuya sangat melawan arus ketika itu tapi kita melihat kenyataannya berpihak pada Abuya.  Sekarang Anwar Ibrahim semakin jauh dari Islam. Apa yang berlaku sekarang, dunia dikejutkan dengannya; dari tokoh Islam bertukar menjadi tokoh seks haram LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual), tokoh PLURALISME dan LIBERALISME (kepelbagaian dan kebebasan beragama). Dengan terang-terangan dia bersekongkol dengan Yahudi. Sesungguhnya ia membuatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim itu, makin jauh daripada agama I

Wajah Cahaya Kebenaran dan Wajah-wajah Kebatilan

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ "Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya -

PENDEDAHAN TENTANG GERAKAN DAJJAL

Masyarakat barat dikurniakan Allah sifat suka mengkaji dan menyelidik, dan sekarang ini terdapat beratus-ratus laman web yang mendedahkan gerakan sulit tajaan Dajjal. Salah seorang rakyat Amerika yang terkenal Alex Jones (pengarah filem), mendedahkan banyak maklumat tentang gerakkan Yahudi di Amerika. Allah ingatkan dalam Quran: وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ "Sekali-kali orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha sehinggalah kamu mengikuti cara mereka". Ketika para sahabat bersama-sama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba sekumpulan budak-budak yang sedang bermain. Seorang dari mereka muncul dan terus merempuh Rasul SAW. Lalu Baginda bertanya; "Siapa kamu"? Budak itu menjawab; "Engkau adalah engkau, aku adalah aku" , jawab budak itu dalam keadaan angkuh dan sombong.

Ekspedisi Da'bus Solehin Untuk Bangunkan Hati, Akal dan Fizikal

Di awal keberadaan kami di Mekah, para peserta ekspedisi yang tinggal di Istana RSA masa itu dibahagikan kepada dua kumpulan. Antara jadualnya, perjalanan dari istana ke Masjidil Haram untuk tawaf dan mengucup Hajarul Aswad, ambil power Kaabah. Kekuatan untuk melawan dan mengalahkan nafsu, membersihkan fkiran sekular dan segala gangguan sihir dan syaitan.  Ekspedisi ini menjejaki kaedah Abuya, bertujuan membangunkan hati, akal, dan fizikal. Ekspedisi kali ini ialah hendak menelusuri kebangkitan Rasul SAW yang pertama. Kini kita berada di perkampungan kelahiran Baginda. Rasul SAW begitu gembira dengan kedatangan ummat dari seluruh penjuru dunia. Semasa di Mekah, Bonda Ummu Wasilah AR telah dipandu oleh RSA, maka terbuka sedikit demi sedikit rahsia Tuhan kepada kita. Selama ini kita menggambarkan jadual Allah melalui fikiran kita. Rupanya bila dibuka rahsianya, ia berlaku di luar jangkaan kita. Perjuangan kebenaran ini adalah suatu nikmat dan anugerah, yang Allah berikan k

RASUL MEMIMPIN IKHWAN DAN ASOIB SECARA ROH

Maha Hebatnya Tuhan sebagai Khaliq (Maha Pencipta) berhubung dengan hambanya (makhluk) iaitu ciptaannya melalui hati atau roh hambanya. Bila hati manusia sentiasa terhubung dengan Tuhannya maka fizikal manusia akan menerima kesannya. Bila hati sentiasa rasa takut maka samaada dikhalayak ramai atau bersendirian, di depan atau di belakang sama sahaja.Tapi bila hati atau roh terputus dengan Tuhannya apa yang akan berlaku di depan lain di belakang lain.  Bagaimana cara supaya hati sentiasa terhubung dengan Tuhan?  1. Kosongkan Hati  Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: افْرِغْ قَلْبَكَ أَسْكُنُ فِيْهِ Kosongkan hatimu Aku (Tuhan) akan berada didalamnya. Kosongkan hati ertinya menyucikan hati dari segala sifat-sifat jahat. Dengan kata lain melemahkan dan menjinakkan nafsu sehingga nafsu menjadi Islam dan tak mengotori hati dengan sifat-sifat jahat.  Rasulullah saw sangat mengingatkan kita supaya menjaga hati atau roh jangan dikotori atau diros

Syirik khafi, bahaya yang tersembunyi.

SYIRIK adalah perkataan yang berasal daripada kalimah arab. Kata asalnya dalam bahasa arab ( شَرِكَ -  يَشْرَكُ - شِرْك ) yang bererti sekutu/menyamai. Atau dalam ertikata yang lain, menyekutukan Allah atau menyamakan Allah dengan selain-Nya. Syirik pula ada dua jenis; yang nyata ( JALI ) dan yang tersembunyi ( KHAFI ). SYIRIK JALI ialah syirik yang jelas mata lahir melihatnya mempersekutukan Allah. Contohnya, sembah berhala, menduakan Tuhan, dan lain-lain seumpanya. Manakala SYIRIK KHAFI ialah, amalan-amalan hati yang berkait dengan amalan-amalan lahir. Contoh, bersedekah itu kebajikan dan kebaikan namun niatnya bukan kerana Allah. Buat kebaikan kerana menunjuk-nunjuk, bukan lagi kerana Tuhan. Hampir mustahil bagi kita terlepas dari melakukan kesalahan-kesalahan SYIRIK KHAFI (syirik yang tersembunyi). Kalau melakukan kesalahan-kesalahan SYIRIK JALI, iaitu yang nyata semua manusia dapat melihatnya. Namun tak sama dengan amalan-amalan SYIRIK KHAFI, kerana ianya tersembu

Ajaibnya Abuya: Memantau Roh Muridnya Dengan Sakit

Rekod bacaan darah saya (Syeikh Fakhrur Razi). "Nampaknya tekanan darah ni, swinging, tapi agak kuat. Bila tinggi, tinggi sungguh. Terpaksa makan ubat. Bila Sy Fakhrur makan, blood pressure akan turun rendah sangat, hingga terpaksa berhenti makan ubat. Saya pun terkeliru, tak terkata. Seolah-olah ada maksud tersirat dari Tuhan. Cuma bila tinggi macam ni, Sy Fakhrur ambillah ubat Coveram tu setengah biji sahaja" kata Sy Dr. Rahim. "Bila Sy Dr Rahim respon begini, saya teringat Abuya bawa saya ke klinik ketika sakit di usia sekolah rendah, maka berlaku dialog antara doktor yang rawat saya dengan Abuya", ujar saya. "Menarik! Syeikh ceritalah, agar jadi panduan".  Kata Sy Dr Abd Rahim supaya saya teruskan perkongsian tersebut. Doktor yang rawat saya berkata pada Abuya, "Anak awak ni tak panjang umur dengan keadaan sakit kroniknya ini". Sepanjang perjalanan pulang dari klinik tersebut Abuya merintih dengan Tuhan tak henti-h

Membina Bani Menguatkan Islam

Allah mengingatkan dalam Al-Quran, supaya kita mengatur diri dan keluarga sesuai dengan kehendak Tuhan. "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan".  (At-Tahriim: 6) Mengapa Abuya minta kita telus dalam hal keluarga iaitu diminta menyerahkan pada jemaah ialah kerana Abuya hendak mempastikan kehidupan mereka diatur secara Islam dalam semua aspek. Hal pertama dan utama ialah urusan ibadah yang asas iaitu sembahyang. "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatla

Etnik Kecil Rohaniah Peneraju Empayar Islam Kali Kedua

Kerajaan ajaib adalah mengatasi segalanya. Walaupun bilangannya kecil kalau dibelakangnya adalah kerajaan ajaib, ini adalah mengatasi segalanya. Inilah yang telah berlaku pada kebangkitan yang pertama. Satelah 700 tahun dunia di bawah yahudi, kini bila sudah wujud kelompok yang di belakangnya adalah kerajaan ajaib, akan berlaku sekali lagi kebangkitan Islam kali kedua. Allah ingatkan dalam Al-Quran, bahwa kelompok kecil tersebut ialah satu kelompok yang sentiasa terhubung dengan Tuhannya.Yakni satu kelompok yang  senantiasa bersyukur dengan Tuhannya. Kelompok ini yang Allah berikan kekuatan untuk mengalahkan kelompok yang lebih besar. Firman Allah yang mafhumnya dalam surah  Saba:13 يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِن مَّحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَّاسِيَاتٍ ۚ اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا ۚ وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ "Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang t

MANUSIA ADALAH PELUPA DAN BERSALAH.

'Manusia' berasal dari kalimah Arab, Nasia-Ansa (نسي - انسى). Ertinya lupa. Sesungguhnya manusia menzalimi dirinya dan kufur. Firman Tuhan : إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ Sesungguhnya manusia sangat suka menzalimi lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. Surah Ibrahim :34 Sifat ciptaan diri manusia itu sendiri adalah bersalah dan pelupa. Membawa maksud hakikat ciptaan diri manusia sendiri sebagai hamba Allah. Bila tidak dapat menghitung kelemahan diri, ertinya telah melupakan atau menafikan kehambaan. Tidak dapat menghitung apa lagi dosa yang hendak ditaubatkan adalah dosa. Tidak ada celah dan ruang untuk manusia berlepas diri dari kesalahan dan dosa, kemungkaran dan kesesatan, Manusia adalah makhluk Tuhan yang diciptakan dengan dibebankan tugas beribadah atau menyembah Tuhan. Firman Tuhan: Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku. Allah telah menyediakan berbagai kemudahan ilmu, petunjuk, pimpinan dan pemi

PEMBELA AL-QURAN

Pembela Al-Quran; iaitu satu kelompok di kalangan umat Islam yang dapat menzahirkan isi kandungan yang terdapat di dalam Al-Quran, sebagai sistem yang mengatur kehidupan. Bila Al-Quran yang hidup sudah menjadi kenyataan dan manusia boleh melihat dan merasai keindahannya; ini bermaksud sudah wujudnya pembela Al-Quran. Al-Quran itu dapat dilihat di dalam semua aspek kehidupan. Di dalam diri individu, masyarakatnya, pendidikan, hiburan, pentadbiran, kepimpinan, kemasyarakatan, dan lain-lain. Kehidupan yang menyalin Al-Quran ini, hanya pembela-pembela Al-Quran sahaja yang mampu melakukannya. Apa yang sudah berlaku di dalam sejarah, kemenangan yang Tuhan berikan kepada mereka yang telah membuktikan bahwa Al-Quran telah berlaku dalam kehidupan mereka. Inilah golongan yang benar, bahkan tidak terfikirkan untuk menang, kemenangan yang tidak logik itulah yang menjadi kenyataan. Mereka yang direzkikan berada dalam kebenaran; hati sentiasa dipandu untuk merasakan semua yang melak

Ikhwan Itu Peka Dan Mengambil Pengajaran

Abuya sering ingatkan kita, memang Allah akan timpakan ujian atas setiap orang. Lebih-lebih lagi ke atas orang mukmin dan orang-orang yang berjuang, Allah akan uji dengan ketakutan dan kekurangan. Kita juga sering dingatkan supaya sentiasa tahan diuji. Para ikhwan dan asoib adalah pejuang-pejuang Islam yang rohnya aktif. Mereka adalah orang-orang yang sanggup menanggung keperitan dan kesusahan. Juga adalah abid di malam hari yang kerjanya menghitung-hitung dosa. Abuya juga ingatkan; tidak dapat mencari dosa yang perlu ditaubatkan, ia adalah dosa. Kalau bukan seorang Mursyid membimbing dan memandu hati atau roh kita, sudah tentu kita hidup terumbang ambing bagaikan kapal layar di lautan yang luas, kehilangan arah kerana kompas yang memandu sudah rosak. Kapal sudah kehilangan panduan berlayar di lautan luas bagaikan tak bertepi. Allah telah menyediakan berbagai kemudahan ilmu, petunjuk, pimpinan, dan pemimpin di setiap zaman untuk membawa manusia ke jalan yang lurus. Bila

Berjuang ibarat harungi lautan yang tak bertepi.

Suatu ketika kami berekspidisi meredah padang pasir. Tak terbayang bagaimana kesusahan dan kesulitan yang ditempuh Rasulullah dan para sahabat ketika itu.  Kita meneruskan budaya ekspidisi yang diperkenalkan oleh Abuya untuk mendapatkan tarbiah, dan berkongsi perasaan untuk menyuburkan rasa takut dan rindukan Tuhan. Juga kongsi pengalaman. Berjuang ibarat berjalan atas batu kerikil.  Begitulah ibarat yang telah Abuya gambarkan tentang pejuangan Islam, yang telah Abuya kongsikan kepada kita. Kalau kita tidak mulakan siapa yang akan membenarkan, bahawa kata Abuya; satu masa nanti kita akan bertapak di Haramain. Bahkan berulang alik ke Haramain. Sakitnya nafsu kerana terpaksa dan sering meninggalkan orang yang disayangi. Aduh sakitnya! Perasaan yang terpaksa ditanggung bagaikan memijak onak, duri, ranjau-ranjau, berdarah kaki dibuatnya. Bagi kami yang berekspidisi merentas padang pasir, seolah-olah menempuh lautan yang tak bertepi. Angin ribut padang pasir yang menyelubungi se

Serikandi Dan Bidadari Adalah Orang Yang Sama

Tuhan tawarkan lelaki untuk mati syahid di medan juang. Wanita pula tidak ada tawaran begitu. Tapi wanita diminta  memberi sepenuh ketaatan dan khidmat kepada suami. Kalau isteri boleh lakukan begini, maka suami akan dapat  rasakan sudah ada bidadari dalam hidupnya. Ada hadis yang menyatakan: حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ ، أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ يُوسُفَ ، عَنْ شَرِيكٍ ، عَنْ حُصَيْنٍ ، عَنْ الشَّعْبِيِّ ، عَنْ قَيْسِ بْنِ سَعْدٍ ، قَالَ : أَتَيْتُ الْحِيرَةَ فَرَأَيْتُهُمْ يَسْجُدُونَ لِمَرْزُبَانٍ لَهُمْ ، فَقُلْتُ : رَسُولُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُسْجَدَ لَهُ ، قَالَ : فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقُلْتُ : إِنِّي أَتَيْتُ الْحِيرَةَ فَرَأَيْتُهُمْ يَسْجُدُونَ لِمَرْزُبَانٍ لَهُمْ ، فَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ نَسْجُدَ لَكَ ، قَالَ : " أَرَأَيْتَ لَوْ مَرَرْتَ بِقَبْرِي أَكُنْتَ تَسْجُدُ لَهُ ؟ " قَالَ : قُلْتُ : لَا ، قَالَ : " فَلَا تَفْعَلُوا ، لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ ال

Bagaimana Mahu Menghijrahkan Hati Kepada Allah dan Rasul?

Rasul dan sahabat diuji dengan hijrah, kerana keadaan sudah terlalu bahaya. Semua sahabat diminta berhijrah kerana Allah, namun ada juga segelintir yang berhijrah kerana sebab-sebab lain. Ini baginda sendiri sebutkan dalam hadisnya: مَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى مَالٍ يَأْخُذُهُ أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ  ❝ Barangsiapa niat berhijrah kerana Allah dan Rasul maka dia berhijrah mendapat Allah dan Rasul, barang siapa berhijrah untuk mendapatkan perempuan maka dia akan dapat mengahwininya dan barangsiapa berhijrah untuk mendapat dunia maka dia akan memperolehinya maka dinilai hijrah seseorang itu berdasarkan niat hijrahnya.❞ Untuk mendapatkan Allah, kita perlu di proses begitu. Kebahagiaan hidup bukan dinilai dengan ada suami, isteri dan anak-anak di dunia. Di syurga nanti, kita akan bersama dengan orang kesayangan jika sama-sama bertaqw

MENJEJAKI JANJI ALLAH

Janji Allah untuk kebangkitan Islam pertama telah berlaku dan sekarang kita sedang menagih janji Allah untuk kebangkitan Islam kali kedua. Pada kebangkitan yang pertama, apa yang telah berlaku; sembahyang yang agung, poligami indah, pengorbanan yang luar biasa dan lain-lain. Apakah hal-hal tersebut telah berlaku pada masa ini? Sedangkan kita mahu menagih Janji Tuhan, mesti mengulangi apa yang telah Rasul dan sahabat lakukan. Bercakap tentang poligami; dianggap perkara terpinggir dalam agama. Sedangkan poligami adalah satu perintah daripada Tuhan, sepertilah sembahyang, puasa dan lain-lain. Poligami yang berjaya sangat ada hubungkait dengan sembahyang. Jika sembahyang telah membuahkan hasil, iaitu rasa-rasa hamba; poligami indah akan terbina daripadanya. Begitulah sembahyang yang agung, melahirkan manusia yang luarbiasa. Poligami sebenarnya menurut Abuya, adalah hasil sembahyang yang agung. Cara hidup agung dihasilkn dari sembahyang yang agung. Itulah hidup yang bersi

Abuya Kini Isytiharkan Dirinya Di Peringkat Dunia.

Tuhan akan isytiharkan kewujudan dan kedatangan orang-orangNya. Tuhan suka para Rasul, para Nabi, para pemimpin kebenaran diisytiharkan kewujudan mereka untuk melihat siapakah yang mahu bersama dan menyokongnya , dan yang mahu menentangnya, yang pasti kemenangan akan berpihak pada kebenaran. Ini kuasa Tuhan. Setiap kali diranapkan dan diuji tapi dapat terus bangkit berkali-kali sehingga manusia yakin dengan kuasa Tuhan. Membenarkan hadis Rasulullah s.a.w,    "Akan sentiasa ada satu toifah dari kalangan umatku, yang sentiasa menzahirkan kebenaran. Ia tidak akan dapat dikalahkan sesiapa yang menentangnya hingga datang ketentuan Allah." Hebatnya cara Tuhan, dua tahun RSA berjaya buktikan Abuya masih hidup bukan satu kerja senang. Abuya buktikan jemaahnya membesar sampai ke Haramain. Kuasa dari timur sudah datang. Kita boleh berkumpul dan membina empayar ekonomi, bukanlah perkara mudah bagi yang berpengalaman berekonomi disini.

ABID DAN PEJUANG

"Tuhan akan timpakan kehinaan dan kecelakaan dimana pun kamu berada. Kecuali mereka yang dapat lakukan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia".   Al-Imran: 112 Kita orang Islam, cuba kita ingatkan semula dari waktu kita baligh, waktu itu kita belajar tentang fardhu ain dan hukum hakam. Sampai sekarang pun kalau kita mengaji tentang ibadah, masih tentang perkara yang sama, cerita yang sama. Ibaratnya,  kita masuk sekolah, tahun pertama darjah satu, tahun kedua pelajaran darjah satu, sampai sepuluh tahun pun pelajaran darjah satu. Sepatutnya kalau 10 tahun, 'silibus'nya darjah 10. Dalam sistem biasa, kalau 10 tahun kita belajar, kita sudah di darjah 10, ini umumnya orang awam belajar. Tapi mengaji Islam di masjid, bertahun-tahun pun hanya peringkat itu sahaja. Peringkat awal mengaji yang asas, tahun-tahun berikutnya mengapa masih cerita yang sama?!

PENGALAMAN ISA: Pesanan mursyid sangat mencabar akal.

Allah perintahkan supaya kita berkongsi nikmat, supaya kita perpanjangkan rasa bersyukur. Pengalaman yang menarik juga adalah satu nikmat. Sebagaimana firman Allah didalam Al-Quran: وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (sebarkan dan kongsikan) sebagai bersyukur kepadaNya.” Ad-Dhuha: 11 Ini adalah kisah pengalaman saya ketika nak masuk ISA kali ke 2.  Bila nak msuk ISA kali ke 2, saya minta panduan Abuya. Terus Abuya cakap, “Kamu jangan tunjuk gembira sangat”.

FUTUH MALAYSIA

RSA buatkan persidangan UMNO baru-baru ini, mereka terpaksa menyatakan pendirian tegas dan keazaman yang baru untuk membela dan mendaulatkan Islam sedangkan belum tentu datang dari hati atau kesedaran dari semua kepimpinan. Melihatkan perkembangan dan tekanan yang dibuat oleh PKR (Anuar Ibrahim), yang didukung secara terang-terangan oleh Amerika (Yahudi); maka untuk mengikat ahli tidak ada isu lain yang lebih mantap hanya dengan isu Islam, yang dapat meyakinkan kembali ahli-ahli UMNO. Abuya pernah sebut, walaupun dipihak atasan mungkin hanya berlakon tetapi bagi ahli-ahli dibawah,  memperjuangkannya dengan sepenuh hati kerana telah ditetapkan sebagai dasar. Disinilah yahudi tertipu sebagaimana Allah ingatkan dalam Quran: ومكروا ومكرالله، والله خيرالماكرين ❝Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (menggagalkan segala jenis) tipu daya.❞ Al-Im

KERAJAAN MALAYSIA MEMBENARKAN ABUYA

Abuya sebelum ghaibnya menegaskan pada kita bahwa, 'Daulah Islam oleh Abuya'. Ertinya daulah Islam yang akan berlaku di Malaysia itu adalah menurut acuan Abuya, iaitu kerajaan dan rakyat Malaysia yang hendakkan Islam. Mahu atau tidak, sedar atau tidak, rela atau terpaksa, akhirnya kerajaan dan rakyat Malaysia menerima Islam yang Abuya perjuangkan. Perjuangan Islam yang Abuya lagang melalui dakwah dan kasih sayang pasti mencapai daulah Islamiyah. Ini pasti berlaku kerana ia adalah janji Allah. ‟Daulah tersebut bukan melalui politik seperti yang diperjuangkan parti pembangkang. Islam yang dipolitikkan, hanya sebagai slogan, namun dasar perjuangannya tidak jelas, sanggup bekerjasama dengan yahudi antarabangsa.” “Islam yang caca merba, bercampur-campur hak dan batil begini rakyat tak mahu!” Macamana Pakatan Rakyat nak buat Daulah Islam kalau perjuangan hudud PAS dicampur dengan perjuangan LGBT Anwar Ibrahim?

Usahakan Supaya Jiwa Jadi Bersih

Kita sekarang sedang berusaha untuk menjadi orang roh atau orang bertaqwa. Orang roh atau orang bertaqwa itu, jika marahnya bukan marah kosong. Marah adalah untuk menyedarkan. Marahnya bukan daripada nafsunya, tapi untuk kebaikan semua. Begitu juga jika dia pula dimarahi, sangatlah berbesar hati menerimanya. Tidaklah merajuk apatah lagi melenting.  Kalaulah TH dan GBA sanggup untuk menerima teguran dan tidak melenting, marilah sama-sama mengingati pesanan mursyid. Demi untuk keselamatan kita di dunia dan akhirat.  Orang bertaqwa itu, jika dia menegur atau ditegur, ianya juga panduan untuk kita. Pada mereka itu ada contoh dan tauladan buat kita. Sebelum diuji, samalah mereka dengan manusia biasa. Yang membezakan mereka ialah bila berhadapan dengan ujian, cara mereka menerimanya dan menanganinya, itulah yang membezakan mereka dengan orang biasa. 

Bangsa Melayu Bakal Menempa Sejarah Besar Dunia

Jadual Allah adalah satu dasar yang dijadikan pedoman dan panduan dalam perjuangan kebenaran yang dijanjikan buat kali kedua. Ianya merupakan satu kebangkitan kesedaran untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi ini setelah jatuh selama 700 tahun. Kali ini Islam akan bangkit sekali lagi dan ianya takkan kalah lagi. Kalau kita berjuang di waktu Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan di dunia tetap Allah nilai dengan ganjaran pahala, dan jika mati ketika membela Allah dan RSAW, dikira mati dalam kebaikkan.  Betapalah kita ditakdirkan berada di kurun yang dijanjikan, Islam sekali lagi akan diberikan kemenangan sebagaimana di zaman Rasulullah SAW dan salafussoleh. Tempoh masa zaman kegemilangan Islam tersebut berlaku selama 700 tahun. Prinsip ketaatan menjadi pegangan penting bagi umat ketika itu. Maka kesetiaan atau ketaatan adalah prinsip paling penting daripada setiap peribadi yang berada dalam sebuah jemaah untuk merealisasikan tujuan terse

Jadikan Cita-cita Abuya Sebagai Cita-cita Kita

Di antara kehebatan Abuya ialah mempunyai keluarga besar, dengan direzekikan anak seramai 39 orang dan cucu seramai lebih 200 orang.  Bahkan Abuya  berjaya membina pengikut-pengikutnya yang mempunyai keluarga yang besar. Abuya juga berjaya memindahkan cita-cita perjuangkan Islam kepada keluarga dan anggota jemaahnya. Hal ini sangatlah perlu disyukuri, kerana ia perkara yang sangat mahal nilainya. Sekiranya di kalangan kita tidak mensyukurinya maka Tuhan akan tarik balik hidayah dan nikmat-nikmat itu tadi. Abuya adalah seorang pemimpin dan ayah yang sangat bertangungjawab. Dia telah menyediakan jemaah Islam sebagai wadah perjuangan untuk membangunkan model kehidupan Islam yang cukup syumul untuk menjadikan keluarga dan ahli jemaahnya sebagai abid dan pejuang.                 رهبان في الليل وفرسان في النهار Menjadi abid di waktu malam dan menjadi pejuang di waktu siang hari.

BAGAIMANA MENGAKTIFKAN ROH.

Bagaimana nak aktifkan ROH atau dengan kata-kata yang lain untuk aktifkan hati. Apa perlunya kita memperjuangkan roh atau kita aktifkan roh? Bagi mengaktifkan roh kita kena tahu apa yang menjadi keperluannya atau makanannya. Marilah kita sama-sama mengkaji supaya kita sentiasa memikirkan dan berusaha menjaganya. Supaya bila diuji dengan segala bentuk, hati yang telah bersedia atau roh yang telah aktif ini, sentiasa dipandu untuk bertindak dan berperasaan. Supaya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan dan tindakan-tindakan mereka yang telah kecundang; seperti TH dan GBA yang lalai dan cuai mengambil berat tentang perkara hati atau soal roh ini. Dalam Islam kita diminta untuk menjaga akal dengan diberi makanannya iaitu ilmu, menjaga fizikal dengan diberi makanannya iaitu nasi, roti dan lain-lain, dan makanan roh atau hati ialah zikrullah sebagaimana disebutkan dalam al-quran :  الا بذكرالله تطمئن القلوب "ketahui olehmu dengan mengingati Allah hati menjadi

Kenyataan Abuya Mengenai Demokrasi

Sedutan ucapan Tun Dr Mahathir , bekas Perdana Menteri Malaysia; Berita Harian online. Demokrasi akan hanya berperanan seperti yang diharapkan apabila manusia memahami batasannya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata demokrasi tidak akan membawa kebaikan yang dijanjikannya jika rakyat hanya memikirkan tentang kebebasan demokrasi, tetapi tidak tahu tentang tanggungjawab yang datang bersamanya. "Sebaliknya, ia akan hanya menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakstabilan tidak akan mengizinkan berlakunya pembangunan dan membolehkan manusia menikmati manfaat daripada kebebasan serta hak yang dijanjikan demokrasi," katanya. Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun sebelum melepaskan jawatan itu pada 2003, berkata demikian ketika menyampaikan syarahan utama di Majlis Konvokesyen Khas University of Santo Tomas (UST) di Manila, ibu negara Filipina. - bharian.com.my Nampaknya dari kenyataan Tun Dr.Mahathir, dia bar

Malaysia Selamat, Berkat Abuya

Kita bersyukur, kerana bumi Malaysia yang penuh berkat  sebagai tapak kebangkitan Islam kali kedua, menjadi saksi perjuangan Abuya Pemuda Bani Tamim. Negara-negara Islam di Timur Tengah semuanya bergolak dan sebahagiannya berlaku peperangan saudara. Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Walau pun rakyatnya pelbagai kaum dan agama namun hidup dalam suasana harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan. Percaya atau tidak, semua yang terjadi pada Malaysia adalah kerana berkat seorang pemimpin yang dijanjikan, yang dilahirkan di bumi Malaysia. Seperti yang disebut oleh athar dari sahabat Rasul SAW:  وَ بِهِمْ يُنْصَرُونَ وَ بِهِمْ يُرْزَقُوْنَ "Dan dengan sebab mereka itu ( orang-orang Tuhan ) diberi pertolongan  dan dengan sebab mereka itu ( orang-orang Tuhan ) diberikan rezeki. " "Abuya juga pernah sampaikan pada kita bahawa, Malaysia (Putra Jaya) adalah model pusat pentadbiran lahir dan Mekah menjadi model pentadbiran rohaniah."

MELAYU BARU ATAS NAMA ISLAM

Perkembangan sosial di Malaysia sangat menakutkan. Berita pembuangan bayi di merata tempat bukan lagi berita sensasi kerana sudah terlalu lumrah. Pengalaman GISB membuka projeknya di 3/4 dunia menerima respon yang baik di kalangan masyarakat antarabangsa, yang kemuncaknya GISB bertapak membangunkan projek di Haramain.  Di kalangan masyarakat Arab mereka menyatakan, "kamu dari Malaysia bagaikan Malaikat". Begitu sekali mereka memberikan kepercayaan kepada umat Islam dari Malaysia. Sikap dan watak orang Melayu dikenali sebagai kaum yang cukup bersopan santun. Bukan berwatak ganas dan kasar. Orang Melayu cukup lunak dalam serba serbi. Bukan kasar seperti orang Timur Tengah, orang Pakistan, orang Iran, orang Afrika.  Kita mendengar komentar masyarakat antarabangsa meluahkan kepada kita, bila mereka tahu kita dari Malaysia. Apa yang Abuya kongsikan dengan kita,  peperangan di Afghanistan, kematian di kalangan mereka hasil peperangan sesama sendiri lebih banyak

Ikhwan Dan Asoib; Pilihan Atas Pilihan

Mereka yang belajar di menara gading adalah orang-orang yang telah mengikuti ujian dan peperiksaan. Mereka adalah yang telah berjaya melepasi peringkat-peringkat dan ujian yang diaturkan bermula di peringkat rendah, menengah hinggalah ke pengajian tinggi. Bilangan awalnya ramai, tetapi setelah ujian demi ujian, peperiksaan demi peperiksaan, yang tinggal hanya sedikit. Itulah golongan yang mampu untuk berada di menara gading. Mereka adalah pilihan di atas pilihan, saringan atas saringan. Begitulah pejuang-pejuang di akhir zaman yang ditawarkan oleh Rasul SAW, iaitu Asoib dan Ikhwan. Bilangan mereka juga tidak ramai. Peluang terbuka kepada semua, tapi hanya pilihan sahajalah yang akan berjaya. Bukan sebarang pilihan, pilihan atas pilihan. Calon-calon yang ditawarkan oleh Rasul SAW tersebut, kena lalui ujian dan peperiksaan yang telah diberikan kepadanya. Mereka adalah orang-orang yang sanggup menanggung keperitan dan kesusahan untuk membela agama Allah, agar Islam d

Kemenangan Muharram Adalah Hasil Gabungan Kekuatan Pasukan Roh Dan Pasukan Lahir.

Islam telah mengajarkan kita bahawa dalam semua rukun Iman adalah persoalan ghaibiah atau ruhiah. Siapa-siapa yang meninggal dunia atau ghaib, bilamana rohnya itu suci, ia dibawa ke satu tempat berhimpunnya roh-roh suci. Yakni termasuklah roh-roh para Nabi dan para wali. Allah berfirman : تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ   "Pada Malam itu, turun para malaikat dan para roh dengan izin Tuhan mereka, dalam segala urusan."   Al-Qadr: 4 Daripada ayat di atas, Tuhan menjelaskan bahawa memang akan didatangkan bantuan-bantuan daripada alam ghaib yang terdiri daripada malaikat dan roh-roh suci. Roh-roh suci ini terdiri dari kalangan para nabi, para wali, orang-orang soleh, orang beriman, juga jin-jin Islam. Mereka inilah pasukan tentera roh atau pasukan alam ghaib. Juga Bonda Wasilah perkenalkan istilah yang lain, mereka ini adalah daripada Kerajaan Ajaib.

ABUYA DI MANA-MANA.

“Now Abuya is every where”- Abu Khairullah Pada era dakwah ke luar negara, sebelum Arqam diharamkan, Abuya telah berdakwah ke seluruh Filipina terutamanya di ibu negaranya, Manila. Ada sebuah keluarga yang kuat pegangan kristiannya, telah diislamkan oleh Abuya. Rujukan boleh didapati dalam koleksi video Arqam. Keluarga yang yang telah islam ni terdiri daripada pasangan suami isteri dan anaknya. Sedangkan nenek di dalam keluarga tersebut adalah tokoh kristian yang menjadi rujukan penganut-penganutnya di sana khususnya di Manila. Ketika kami, rombongan Arqam menziarahi keluarga tersebut, nenek itu berkata kepada Abuya;  “Terima kasih Abuya kerana telah mengislamkan cucu saya”.   Dan dia berkata Abuya didatangkan oleh Tuhan untuk menyelamatkan manusia. Cucu kepada keluarga tersebut, yang nama islamnya Abu Khairullah telah bermimpi selama tiga hari berturut, yang di dalam mimpinya Abuya minta dia datang ke Malaysia. Hasil dorongan daripada mimpi tersebut, m

Jurucakap Rasulullah Juga Seorang Wanita

Siti Aisyah, Ummul Mukminin yang sangat membantu Rasulullah SAW di dalam membantu dan menyampaikan hasrat Baginda. Juga membantu memahamkan para sahabat apa-apa yang telah disampaikan daripada Baginda. Para sahabat, untuk sekadar memahami apa yang Baginda sampaikan itu, sekali sebut sahaja mereka sudah faham. Itu ilmunya. Tetapi untuk pengamalannya, ternyata para sahabat merujuk dengan Siti Aisyah. Merujuk untuk bagaimana perkara-perkara itu hendak dilaksanakan. Siti Aisyah bukan calang-calang wanita. Dia suka perpanjangkan silaturrahim kepada manusia. Jika bukan gilirannya bersama Baginda, dia akan bersedekah sebanyak yang mungkin yang termampu. Dia juga dikenali sebagai seorang wanita yang paling mahir bersyair, paling faham soal fekah dan sangat pakar di bidang perubatan. Ini semua dipelajarinya daripada Baginda Rasul sendiri dan ini para sahabat sangat menyaksikannya. Di usia seawal 9 tahun, bermulalah kelas pengajiannya dengan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ad

PANDANG TEMBUS SEORANG MURSYID

Di awal ketika penerimaan pelajar baru ketika 1976 di Sungai Penchala, diserahkan senarai nama-nama pelajar yang baru mendaftar. Abuya membacakan senarai nama-nama mereka dan bersama pandangan firasatnya tentang pelajar-pelajar terbabit. Ini disaksikan oleh semua guru dan pelajar yang hadir. Abuya memulakan dengan pelajar lelaki dahulu. Ada seorang pelajar, asalnya seorang penagih dadah. Kemudian boleh buka kitab sikit, kepit kitab celah ketiak, akhirnya guru dia pun ditendangnya! Ini telah terbukti setelah mendapat ilmu, berlakulah seperti yang Abuya katakan. Kemudian Abuya menyebutkan senarai nama perempuan bersama pandangannya. Ada seorang pelajar, Abuya kata; “Dia ni bila sampai masa, ramai orang masuk meminang. Gaji besar, gaji kecil, pangkat tinggi atau rendah, semua dia tolak. Kerana tak mahu kahwin dengan ahli jemaah.” Kata-kata Abuya menjadi kenyataan. Beberapa tahun selepas itu, dia pun berkahwin seorang guru. Nak dijadikan cerita, si suami ini t

PASUKAN ELIT TUHAN YANG MEMILIKI IMAN YANG AJAIB.

Apakah asas kekuatan yang Tuhan bekalkan untuk Islam? Bukan pada gedung-gedung yang gagah, masjid-masjid yang cantik, kitab-kitab yang bertimbun dan lain lain. Tapi apa yang Tuhan bekalkan dalam diri umat Islam? Iaitu IMAN yang kukuh dan berbaik sangka dengan Allah. Perkara-perkara tersebut disuburkan dengan ibadah-ibadah dan latihan-latihan rohaniah setiap hari. Kalau dengan latihan-latihan rohaniah yang dikekalkan setiap hari, jiwa akan kukuh. Manusia akan sampai ke makam yang lebih tinggi daripada malaikat. Cintakan mati dan hidup memperjuangkan Tuhan. Asas kekuatan yang diperolehi dengan beriman dan mendisplinkan diri, s embahyang berjemaah setiap waktu, dan mengamalkan tarekat (mengambil satu cara yang sistematik didalam mengekalkan latihan rohaniah setiap hari). Ini dikekalkan sebelum Abuya ghaib dan selepas Abuya ghaib. Bertarekat adalah satu cara mengatur dan menyusun supaya latihan-latihan rohani dan ibadah-ibadah yang dilakukan mendatangkan hasil. H

Bantuan Tentera Alam Ghaib

Firman Allah; إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ أَلَن يَكْفِيَكُمْ أَن يُمِدَّكُمْ رَبُّكُم بِثَلَاثَةِ آلَافٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُنزَلِينَ (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Al-Imran: 124 بلى إِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُم مِّن فَوْرِهِمْ هَٰذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُم بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa , dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.” Al-Imran: 125 Dari ayat Quran diatas, dijelaskan bagaimana Tuhan membantu tentera Islam. Sepertimana Tuhan berikan bantuan kepada kebangkitan Islam yang pertama, begitulah Tuhan akan lakukan kepada kebangkitan Islam ke d