Posts

EKSPEDISI PANTAI TIMUR BERSAMA TAMU DARI BANDUNG, INDONESIA.

Image
Alhamdulillah, berkat guru mursyid tercinta Abuya kita ekspedisi dengan kawan-kawan dari Bandung ke Malaysia kali ini ke Pantai Timur. Antara tempat dituju ialah Kuantan, Setiu, Kuala Terengganu, dan Rompin. Menziarahi kawan-kawan yang masih subur jiwa perjuangan Islam. Masing-masing sibuk bergelanggang di tengah masyarakat membawa imej Islam yang diajarkan oleh Abuya. Islam yang Abuya bawa sangat syumul dan lengkap, menjadi panduan dan rujukan hidup manusia. Fitrahnya manusia sukakan pada hidup yang tersusun dan teratur. Islam melengkapkan dengan syariat yang membina hidup lebih makmur. Bersama kawan-kawan di Kuala Terengganu. Di Kuantan dengan orang lama tapi jiwa sentiasa baru dengan Islam. Singgah di ladang penternakan ikan Kerapu dan siakap Haji Harun dan keluarga di Setiu.
Image
Abuya mengajar kita berbuat baik kepada siapa sahaja. Salah seorang saksi hidup perjuangan Abuya di peringkat awal yang kini menetap di Semenyih bersama anaknya dan menantunya yang juga anak murid Abuya. Beliau anak kepada Mbah Karim, suaminya adik angkat Abuya dan juga kawan Abuya. Abd Rahman namanya atau mesra dipanggil Dol. Dol adik beradik Us Soleh juga kawan Abuya. Mbah Karim ibarat ayah angkat Abuya. Hinggakan anak-anak Abuya ketika di Tg Karang beranggapan itulah antara datuk mereka kerana Abuya selalu dan kerap menziarahinya. Isteri kepada Abd Rahman inilah yang biasa menjaga anak-anak Abuya yang masih kecil ketika itu. Diceritakan olehnya ketika itu anak-anak Abuya yang dijaga oleh masih tidak berbaju (masih kecil). Mereka ikut Abuya berhijrah ke Kg Dato Keramat, Kuala Lumpur dan antara jemaah awal di Rumah Putih. #Abuya #dakwah #islam #iman #taqwa

SUDUT POSITIF ISU SEMASA POLITIK NEGARA

Sememangnya isu politik negara kita sedang panas menggelegak. Ada banyak pihak tidak senang duduk dengan situasi sekarang. Isu-isu perkauman terus dimainkan pihak tidak bertanggungjawab dan kelemahan pihak kerajaan terlalu ketara dalam menanganinya. Kes kematian ahli bomba dalam peristiwa rusuhan di kuil menjadi duri dalam daging bagi pihak pemerintah. Nak ditutup begitu saja tidak boleh, ibarat menutup bangkai gajah. Semua pihak tidak dapat duduk senang. Yang bukan lagi memerintah teruslah risau kepentingan semakin hilang dan tercabut satu persatu. Yang sudah berkuasa kecewa rakyat semakin hilang kepercayaan dan terus rakus hari demi hari. Ini kita dapat saksikan setiap hari. Namun ada sudut positifnya jika kita dapat lihat dan cungkil hikmah disetiap kejadian. 1. Orang Islam terutamanya melayu semakin bersatu. Bila isu agama, perkauman, kedaulatan raja-raja diusik ini membuatkan rakyat terutama bangsa Melayu bangkit dan bersatu. 2. Rakyat semakin berdikari. Dengan tekanan dari s...

IMAN PENJAGA KITA.

Iman yang membezakan darjat manusia di sisi Allah SWT. Iman adalah sumber bantuan Allah SWT. Tanpa Iman, nikmat yang Allah SWT berikan hanyalah istidraj iaitu kemurkaan kepada hamba-Nya. Sepertimana Allah SWT berikan juga pada hamba-hamba yang durhaka, bukanlah ertinya Allah taala sayang tapi semakin dia dapat nikmat dia semakin jauh daripada kebenaran, melanggar syariat Allah dan melakukan apa yang ditegah dan dilarang oleh Allah taala. Untuk itu kita perlu menjaga kesucian hati kerana ia adalah wadah keimanan. Caranya banyakkan zikrullah, wirid dan doa. Bersangka baik dengan Allah SWT selalu. Dengan manusia diperbaiki lagi hubungan silaturahim, keharmonian sentiasa dijaga. Tak boleh hanya jaga hubungan dengan Allah SWT tetapi dengan manusia terabai dan dibiarkan. Tanda orang beriman itu ialah ia peduli dan kasih akan orang lain terutama saudara seagama seperti ia peduli dan kasih dengan dirinya sendiri.

Ikhlas.

Beribadah kerana Allah SWT. Jangan kerana takut neraka-Nya atau kerana ingin syurga. Buatlah kerana Allah Yang Maha Pemurah

BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN DARIPADA ALLAH SWT.

Setiap yang Allah swt berikan kepada kita, samada bentuk positif atau negatif perlulah kita syukuri. Baik dan buruk itu adalah penilaian kita sebagai hamba yang lemah. Manakala Allah taala lebih mengetahui. Setiap penciptaan-Nya adalah terbaik. Daun yang gugur pun adalah baik, kerana tiada satupun yang Allah jadikan adalah sia-sia. Melainkan kita selaku hamba yang tak pandai menerimanya. Dalam perjuangan yang penuh liku, sifat taqwa adalah kunci kejayaan. Tanpa taqwa, tiada bantuan daripada Allah swt. Allah hanya membantu orang yang bertaqwa. Dengan taqwa, seorang hamba pandai berperasaan dan berfikir mengikut kehendak Tuhan. Abuya dalam berjuang, sentiasa bersyukur dengan apa yang dia lalui. Ujian dan nikmat silih berganti, semuanya diterima dengan baik. Pernah terjadi dalam sejarah hidup Abuya, peristiwa ini berlaku ketika di Tanjung Karang. Abuya dicemburui kerana cita-cita dan perjuangannya. Abuya tidak sekadar berkata malah mengkotakan kata-katanya. Maka terjadi satu kejadian...

ULAMA PEWARIS NABI.

Image
Para ulama yang soleh terdahulu, mereka hidup berdikari. Cari rezeki dengan kudrat sendiri. Tak mengharapkan bantuan dan sumbangan masyarakatnya. Ada sebahagian mereka pembuat kasut, arkitek binaan, berniaga, mengembala dan berladang. Mereka mencari rezki macam orang lain, bezanya mereka menjadi rujukan dalam permasalahan di kalangan masyarakat. Ilmu mereka dijadikan panduan dan suri tauladan. Sebab mereka tidak sekadar bercakap, malah melahirkan model dalam kehidupan. Namun di akhir zaman, ramai yang berkata tidak mengkota. Walaupun menceritakan hal Nabi dan akhlak Nabi, tetapi dirinya tak terpuji. Masyarakat payah menerima kerana tiada contoh dalam kehidupan. Manusia perlukan panduan, perlukan praktikal dalam amalan. Nanti ahli agama akan terhukum dengan sendirinya, terhukum dengan sikap dan peribadi mereka sendiri.

PEMBELA SUDAH SEMAKIN HAMPIR!

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ber-sabda: لاَ تَذْهَبُ أَوْ لاَ تَنْقَضِي الدُّنْيَا حَتَّى يُمْلِكَ الْعَرَبُ رَجَلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِيْ، يُوَاطِىءُ اِسْمُهُ اِسْمِيْ "Dunia tidak akan hilang atau tidak akan lenyap hingga seseorang dari Ahlul Baitku menguasai bangsa Arab, namanya sama dengan namaku.” Dari Abu Sa’id Al Khudri, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, الْمَهْدِىُّ مِنِّى أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ “Imam Mahdi berasal dari keturunanku. Beliau memiliki dahi yang lebar dan hidung yang mancung. Di masanya, akan tersebar keadilan di muka bumi, sebagaimana sebelumnya penuh dengan kezholiman dan kelaliman. Beliau akan berkuasa selama 7 tahun.” Abuya telah berjuang puluhan tahun membina jemaah Islam, membangunkan cara hidup Islam, ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam, kebu...

TUN MAHATHIR DAN ABU SUFYAN, JADUAL ALLAH SEMAKIN DEKAT.

Image
Tanggal 14 Januari 2017 membuka lembaran baru dalam sejarah politik Malaysia. Parti baru dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Lebih sepuluh tahun yang lepas, Abuya telah berkata dan sentiasa mendoakan supaya Tun Mahathir diberikan hidayah dan menjadi seperti Abu Sufyan ke dua. Abu Sufyan R.A., ketika sebelum futuh Mekah telah bertemu Baginda saw dan Islam di depan baginda Nabi saw. Kemudian pulang dia ke Mekah membawa misi Nabi Muhammad saw yang tiada siapa pun di Mekah tahu melainkan Abu Sufyan sahaja. Pulanglah Abu Sufyan ke Kota Mekah lalu dibuat satu pengisytiharan, siapa yang masuk ke rumahnya akan selamat. Umumnya penduduk Mekah ketika itu dalam ketakutan dan kebimbangan kerana Nabi Muhammad saw dan para sahabat seramai 10 000 orang dalam perjalanan ke Kota Mekah, dan menunggu masa untuk masuk ke dalamnya. Ketakutan dan kebimbangan itu ialah, mereka mengandaikan bahawa umat Islam akan membalas dendam kepada mere...

BANTUAN ALLAH SWT TELAH TIBA.

Image
Firman Allah SWT: Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ali Imran:126) Sudah sampai masanya Allah SWT datangkan penyelamat, seorang utusan mewakili utusan Allah, seseorang yang bukan rasul namun mewakili rasul-Nya untuk memimpin dan menyelamatkan umat manusia. Sebelum lahirnya Baginda Nabi saw, umat terdahulu telah dikhabarkan akan kedatangan seorang rasul bongsu, rasul penutup, dialah paling istimewa di kalangan rasul-rasul dan nabi-nabi yang telah Allah swt utuskan. Lahirlah Nabi Muhammad saw, bersama tanda-tanda keajaiban dunia ketika itu. Terpadam Api Majusi yang ribuan tahun tak pernah-pernah padam, maka ketika kelahiran Baginda saw, ketika itulah ia padam. Istana Kisra Parsi atau Raja Parsi ketika itu runtuh. Runtuhlah teknologi canggih yang a...

MALAYSIA BENTENG AHLI SUNNAH, DAN SELAMAT DENGANNYA.

Image
Era politik akan berakhir tak lama lagi. Politik yang berkiblatkan barat atau politik cara barat akan jatuh dan lumpuh. Jatuhnya sistem ini bersama dengan isinya. Ertinya, sesiapa yang bersama politik ini juga akan jatuh sekali, ibarat pisang jatuh setandan. Politik sedia ada kini bukan lagi relevan dan penyelesai masalah, malah ianya adalah punca masalah. Ianya tempat jatuh menjatuhkan, hina menghina, buruk memburukkan, dan 1001 lagi keburukan yang membawa mudarat kepada rakyat. Ini kerana politik yang ada bukanlah membawa manusia menuju Allah swt dan akhirat. Malah kerana politik manusia semakin jauh dengan Allah, semakin lupakan akhirat. Malaysia juga tak berkecuali daripada senario politik yang busuk dan jijik. Politik menjadi tempat manusia berebut pangkat, mengumpul harta kekayaan, menjatuhkan, menghina, dan bermacam lagi kejahatan yang merosakkan iman manusia. Namun ramai tidak sedar bahawa politik adalah satu ajaran dan fahaman yang sesat dan menyesatkan. Kerana polit...

PERJUANGAN ABUYA TELAH BANYAK DISELEWENGKAN.

Image
Islam bukan sekadar satu akidah kepercayaan atau suatu pegangan. Ia adalah satu sistem hidup. Di dalamnya terkandung berbagai hukum-hakam dan perundangan serta sistem-sistem yang melibatkan akidah dan ibadah. Sama ada ibadah yang berbentuk lahir mahupun rohaniah. Ibadah lahir itu apa yang dinamakan syariat dan ibadah rohaniah itu ialah apa yang dinamakan tasawuf. Inilah dia Iman (Akidah), Islam (syariat), dan Ihsan (Tasawuf). Bila kita hendak berbuat dan berjuang untuk kebangkitan Islam, berbuat untuk Allah dan Rasul, tidak cukup hanya dengan semangat-semangat sahaja. Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Samalah juga dengan berjuang, sebelum nak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan adanya ilmu itu, kena difahaminya pula. Dengan faham, baru boleh datang penghayatan seterusnya melaksanakannya. Tanpa ilmu manusia boleh tersesat jalan. Tanpa ilmu manusia takkan kenal Tuhannya, Allah swt. Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu ada mengatakan, العِلْمُ إِمَامُ العَمَل...

APAKAH KITA SUDAH BENAR-BENAR MERDEKA?!

Image
Selepas tujuh ratus tahun wujudnya empayar Islam, sedikit demi sedikit kawasan jajahan empayar Islam dijajah oleh kuasa kuasa Barat termasuk Britain, Perancis, Belanda, Portugal dan lain-lain lagi. Jajahan empayar Islam dibuatkan sempadan dan dibahagi-bahagikan di antara kuasa-kuasa penjajah tersebut. Lahirlah berbagai negara di kawasan empayar Islam yang dahulunya adalah di bawah naungan satu pemerintahan. Di kawasan timur tengah iaitu di kawasan umat berbangsa Arab sendiri, Britain telah menubuhkan berbagai negara termasuk Mesir, Arab Saudi, Jordan, Iraq, Syria dan sebagainya. Di utara Afrika, Perancis menubuhkan Algeria, Tunisi Libya, Maghribi dan lain-lain lagi. Benua ke India pula dipecah dua kepada India dan Pakistan. Begitulah seterusnya yang berlaku di kawasan-kawasan dunia Islam yang lain. Malaysia (atau Malaya) ketika itu tidak terkecuali. Disebabkan pengaruh penjajahan ini, banyak perkara yang besar-besar telah hilang dan umat Islam. Di antaranya, umat Islam telah hilang sa...

PERBEZAAN MASYARAKAT SEBELUM MERDEKA DAN SELEPASNYA.

Image
Di sini, beberapa senarai yang Abuya Syeikh Ashaari telah keluarkan berkaitan kemerdekaan manusia hasil pengalaman hidupnya dan pemerhatian beliau sekaligus menjadi buah fikirannya, khusus buat rakyat Malaysia sebagai bahan fikiran dan muhasabah; apakah kita telah merdeka dengan kemerdekaan yang sebenarnya? Perbezaan Masyarakat Sebelum Merdeka dan Selepasnya. 1. Sebelum Merdeka, boleh berada di satu kampung orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya. Zaman sekarang sudah disusun begitu rupa, ada taman orang miskin (perumahan kos rendah), ada taman golongan pertengahan, ada taman golongan hanya kelas untuk orang-orang kaya dan golongan atasan. 2. Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah, justeru hidup nafsi-nafsi telah menebal. 3. Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama, sama-sama dijaga dan setiap orang boleh menegur dan merotan. Sekarang cikgu pun dilarang merotan betapa orang biasa. 4. Dahulu orang bu...