Posts

Showing posts with the label nafsu

NASIB UMAT ISLAM DAHULU, KINI, DAN AKAN DATANG.

Image
Dahulu, umat Islam pernah berada di puncak era kegemilangan. Kini ianya telah menjadi tinggalan sejarah. Kegemilangan umat itu bukan sahaja berjaya menguasai tiga perempat dunia tetapi juga turut melalui tempoh yang paling panjang dalam sejarah empayar dunia iaitu tujuh abad atau tujuh ratus tahun lamanya pada empayar Usmaniah. Pencapaian umat Islam itu adalah di atas kehendak Allah SWT. Tuhan yang maha berkuasa mendatangkan bantuan dan pertolongan-Nya kerana umat Islam yang memenuhi kelayakan dan mempunyai syarat-syarat untuk memperolehinya. Bangsa-bangsa lain bernaung di bawah payung Islam kerans umat Islam sendiri dinaungi oleh Allah SWT yang Maha Agung. Martabat dan maruah umat Islam di angkat oleh Allah SWT bukan tanpa sebab. Melainkan kerana umat Islam sangat kuat berpegang kepada Al Quran dan As-Sunnah. Mereka benar-benar beriman dan bertaqwa. Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba dan dalam masa yang sama sebagai khalifah. Mereka telah menterjemahkan Al Quran dan As-Sunn...

PENDIDIK MEMBERI ILMU DAN MEMBINA AKHLAK MULIA.

Image
K ejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cita kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhan-Nya. Buah dari ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.  Mendidik untuk melahirkan manusia seperti ini bukan mudah. Ini kerana manusia itu ada jasad lahir (fizikal), ada jasad batin (akal, roh dan nafsu). Kejayaan mendidik manusia ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak itu. Maka bagi orang yang bercita-cita membaiki diri, guru-guru atau pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya "PENDIDIKAN ITU RAPAT DENGAN ROHANIAH MANUSIA" . Akhlak berasal daripada perkataan Arab yang ertinya tingkah laku menurut kamus Besar Dewan,   Perangai menurut kamus Arab-Melayu oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus, Sifat atau watak menurut kamus OXFORD FAJAR. Akhlak maksudnya perangai, sifat...

PEJUANG ADALAH PENGHIBUR HATI MANUSIA.

Firman Tuhan: ÙˆَÙ…َا Ø£َرْسَÙ„ْÙ†َاكَ Ø¥ِÙ„َّا رَØ­ْÙ…َØ©ً Ù„ِّÙ„ْعَالَÙ…ِينَ Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya: 107). Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Di situ indahnya Islam, sebab Islam itu menghibur. Penghibur yang paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja-kerja Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan penghibur agung. Bila membaca Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim) itu sudah cukup menghiburkan manusia jikalau manusia benar-benar berfikir. Dalam banyak-banyak sifat dan nama Allah yang Maha Hebat, Allah minta kita sebut Ar-Rahman dan Ar-Rahim dalam apa jua urusan. Ini menunjukkan bahawa sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim mengatasi segalanya. Jika kita mengetahui maknanya kita akan malu dan tunduk setunduknya kerana Allah itu sangat terlalu baik dan pemurahnya kepada hamba-hambaNya. Ini sudah cukup menghiburkan namun hanya d...

SUAMI ADALAH PEMIMPIN.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." (An-Nisa...