MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN LEBIH MUDAH DARIPADA MENGISINYA.
Tema hari kemerdekaan 2015. Sehati sejiwa. Itulah tema bagi tahun 2015. Tema ini dipilih bagi mencerminkan kesepaduan, kesefahaman, dan kemanusian seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada. Ia juga bertujuan menyatupadukan semula hati rakyat Malaysia dalam apa jua keadaan. Setelah hampir 58 tahun kemerdekaan negara malaysia, pelbagai perkara yang telah di tempuh. Pelbagai peristiwa pahit manis yang berlaku di negara kita, Bukan mudah untuk kita mengekalkan kesepakatan yang telah lama dibina ini. Kemerdekaan yang terhasil juga bukan mudah untuk di perolehi. (Haffizul Iskandar). Dalam zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri, Malaysia sangat diuji kematangannya. Ini satu ujian besar terhadap negara khususnya kepada pemerintahan Datuk Seri Najib sendiri. Hakikatnya apa yang berlaku adalah dari Tuhan. Ini juga termasuk dalam keyakinan kita terhadap Qada' dan Qadar Allah. Kerana, kita orang Islam yang berpegang dengan rukun Iman yang te...