Posts

Showing posts with the label life

NASIB UMAT ISLAM DAHULU, KINI, DAN AKAN DATANG.

Image
Dahulu, umat Islam pernah berada di puncak era kegemilangan. Kini ianya telah menjadi tinggalan sejarah. Kegemilangan umat itu bukan sahaja berjaya menguasai tiga perempat dunia tetapi juga turut melalui tempoh yang paling panjang dalam sejarah empayar dunia iaitu tujuh abad atau tujuh ratus tahun lamanya pada empayar Usmaniah. Pencapaian umat Islam itu adalah di atas kehendak Allah SWT. Tuhan yang maha berkuasa mendatangkan bantuan dan pertolongan-Nya kerana umat Islam yang memenuhi kelayakan dan mempunyai syarat-syarat untuk memperolehinya. Bangsa-bangsa lain bernaung di bawah payung Islam kerans umat Islam sendiri dinaungi oleh Allah SWT yang Maha Agung. Martabat dan maruah umat Islam di angkat oleh Allah SWT bukan tanpa sebab. Melainkan kerana umat Islam sangat kuat berpegang kepada Al Quran dan As-Sunnah. Mereka benar-benar beriman dan bertaqwa. Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba dan dalam masa yang sama sebagai khalifah. Mereka telah menterjemahkan Al Quran dan As-Sunn...