Posts

Showing posts with the label Abuya attamimi
Image
Abuya mengajar kita berbuat baik kepada siapa sahaja. Salah seorang saksi hidup perjuangan Abuya di peringkat awal yang kini menetap di Semenyih bersama anaknya dan menantunya yang juga anak murid Abuya. Beliau anak kepada Mbah Karim, suaminya adik angkat Abuya dan juga kawan Abuya. Abd Rahman namanya atau mesra dipanggil Dol. Dol adik beradik Us Soleh juga kawan Abuya. Mbah Karim ibarat ayah angkat Abuya. Hinggakan anak-anak Abuya ketika di Tg Karang beranggapan itulah antara datuk mereka kerana Abuya selalu dan kerap menziarahinya. Isteri kepada Abd Rahman inilah yang biasa menjaga anak-anak Abuya yang masih kecil ketika itu. Diceritakan olehnya ketika itu anak-anak Abuya yang dijaga oleh masih tidak berbaju (masih kecil). Mereka ikut Abuya berhijrah ke Kg Dato Keramat, Kuala Lumpur dan antara jemaah awal di Rumah Putih. #Abuya #dakwah #islam #iman #taqwa

PESANAN MURSYID UNTUK MENUJU ERA UMMAH.

Image
Kita diminta dan dituntut didalam Islam supaya mencari keberkatan. Banyak keberkatan yang yang boleh dikutip dan diambil daripada sekeliling kita. Keberkatan ibu bapa, guru, orang soleh, berkat ilmu bermanfaat, keberkatan membaca Al-Quran, dan lain-lain lagi. Keberkatan itu bermaksud kebaikan yang bertambah-tambah. Setiap yang memberi berkat, natijahnya juga memberi kebaikan, faedah dan manfaat terutamanya kepada iman manusia. Kali ini penulis ingin berkongsi pesanan Mursyid kita, Abuya Attamimi setelah 15 tahun yang lalu pesanan ini jugalah yang beliau selalu ingatkan samada didalam kuliah atau ekspedisi bersamanya. Sebelum itu, Abuya mengingatkan bahawa sesuatu yang akan berlaku selepas ini membawa keuntungan besar kepada Islam, membawa kemenangan untuk Islam. Barangsiapa yang berjuang bersama Islam pasti akan merasa berkatnya serta nikmatnya. Pesanan ini membawa erti selepas ini perjuangan Abuya berada ditahap atau level yang baru. Sebelum itu, penulis ingin menyampaikan bahawa pes...