Posts

Showing posts with the label akhir zaman

BONUS UNTUK PEJUANG ISLAM DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.

Image
Ibadah dalam Islam mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semula-jadinya yang bersih dan suci, supaya manusia boleh hidup dengan tenang, bahagia dan harmoni. Inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan. Tuhan tidak mengambil untung dari hamba-hamba ciptaan-Nya. Hamba-hamba-Nyalah yang mendapat untung dari apa yang diamalkannya. Walau apa pun kebaikan yang timbul dari ibadah, ia mestinya bersifat rohaniah dan batiniah. Walau apapun kebaikan yang timbul dari ibadah, ia semestinya bersifat rohaniah dan batiniah. Kalau pun ada ibadah yang melibatkan material, ia tetap bertujuan untuk mencetuskan kebaikan-kebaikan rohaniah. Contoh ibadah solat atau sembahyang yang merupakan tiang agama dan ibu segala ibadah. Solat merangkumi sembahyang para nabi,para rasul dan para malaikat. Ia adalah satu modul didikan dan latihan jiwa yang lengkap. Segala unsur keinsafan terlihat didalam solat termasuk anggota lahir, lidah, akal dan hati.  Kalau solat dapat dibuat dengan sempurna iaitu de...

KEPIMPINAN DUNIA AKAN KEMBALI KEPANGKUAN ISLAM.

Image
Firman Allah: وتِلْكَ ٱلْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ ٱلنَّاسِ Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia , ( Ali-Imran,3:140 ). Sabda Nabi SAW: تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ  أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ  تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا  إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّا فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَتَ  “Muncul fasa Kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti...

KEYAKINAN ASAS DAN KEYAKINAN TAMBAHAN DALAM ISLAM.

Image
Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik. (Ali-Imran,3:95). Islam Adalah ajaran keyakinan (Tauhid). Islam bukan satu ideologi. Memperjuangkan Islam ertinya perjuangkan keyakinan.  Memiliki roh Tauhid atau keyakinan ertinya manusia memiliki jati diri. Roh Tauhid/keyakinan adalah kekuatan jiwa dan keteguhan hati. Ia adalah ukuran kekuatan manusia. Tanpa roh Tauhid/keyakinan ertinya manusia tiada jati diri dan tidak ada ketahanan jiwa. Jiwa jadi rapuh, reput dan lemah.  Iman dan taqwa sangat mahal. Tidak mudah untuk mendapat iman dan taqwa. Untuk menjadi orang Islam, mudah. Cukup dengan bersyahadah sahaja. Namun dengan sekadar syahadah, seseorang itu tidak boleh dikatakan orang mukmin atau orang bertaqwa. Dia baru Islam. Bagaimana pun seorang yang sudah bersyahadah tidak boleh dikatakan kafir. Kalau dia sembahyang, puasa, naik haji...

PERSIAPAN IKHWAN DAN ASOIB DALAM MENUNGGU JANJI ALLAH.

Image
Kita diminta untuk persiapkan diri dan keluarga dalam menantikan kehadiran pemimpin penyelamat yang ditunggu. Bila kita sibuk membaiki diri, persiapkan diri ke arah kebaikan dan kemajuan akhlak, secara automatik akan melahirkan suasana dan persekitaran yang baik. Ertinya, bila kita sibuk membaiki diri, membaiki keluarga, yang lain akan mengikuti sahaja. Ianya seperti aliran air yang mengalir, yang seterusnya nikmat air itu akan dirasa oleh umat manusia. Dunia memang sudah rosak, kerana dirosakkan oleh manusia bernafsu rakus, dirosakkan oleh kejahatan manusia itu sendiri. Sebagai umat Islam yang beriman, kita mesti meyakini kebenaran kata-kata Sodiqul Masduq,  Rasulullah saw bahawa akhir zaman ini Allah taala akan menghantar seorang penyelamat kepada manusia.  Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud daripada Nabi SAW sabdanya -  “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang ...

DUNIA HANYA DISERAHKAN KEPADA ORANG ROH.

Image
Di sana-sini dunia terus dilanda pergolakan. Manusia hari ini hidup dalam keresahan dan kebimbangan. Sama ada umat Islam bahkan orang bukan Islam pun sedang berbincang dan berbual-bual tentang keinginan mereka kepada satu keadaan dan satu suasana yang lain dari apa yang ada sekarang ini. Pergolakan perasaan tersebut tidak mengira bangsa dan agama. Semuanya sudah rasa jemu dengan sistem yang wujud. Ada rasa takut dan bimbang, mengharapkan kedatangan seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah kronik dunia ini. Begitu sekali berlaku sehingga orang bukan Islam pun sudah jemu dengan sistem yang ada dan inginkan sistem baru. Rupanya memang perasaan-perasaan ini sengaja Tuhan berikan, sesuai dengan akhir zaman kerana ada janji Tuhan bahawa Islam akan bangun kali kedua bertaraf dunia. Tuhan berikan kekuatan rohaniah kepada kepimpinan orang roh untuk mengesan kegelisan hati-hati manusia. Keupayaan roh tersebut membantunya dapat melakukan satu pembaharuan yang diperlukan oleh manusia. Pemimpin...

PERLUNYA DUNIA KEPADA PEMIMPIN DAN PENYELAMAT UMMAT.

Image
Manusia akan menjadi buas, liar, dan ganas; nafsulah yang menjadikan manusia berwatak atau berupa haiwan yang berakal. Maka dengan akal itulah kejahatannya lebih jahat dan ganas daripada haiwan yang ganas. Malah dunia hari ini menyaksikan haiwan liar dan ganas ini menjadi binatang terancam dan semakin pupus, manakala yang mengancamnya ialah manusia yang semakin ganas, liar dan tidak terkawal. Haiwan liar semakin pupus tetapi manusia liar dan ganas setiap hari lahir atas muka bumi ini. Nafsulah menjadikan manusia itu liar seliar-liarnya, ganas seganas-ganasnya, buas sebuas-buasnya. Maka bagaimana manusia itu akan menjadi jinak semula? Rasulullah saw didatangkan membawa rahmat untuk sekalian alam. Datangnya baginda Rasul saw adalah untuk memanusiakan kembali manusia. Di kala bangsa arab ketika itu jahiliyah, membunuh anak perempuan sendiri, kaum wanita terhina dan dihina, bangsa dikastakan status diutamakan, Islam datang membawa rahmat dan berkat serta kemakmuran. Maka berubahlah bangsa ...

KEMUNCAK KEGEMILANGAN ROH ISLAM DI ERA KEPIMPINAN UMMAH.

Image
Kita sedang menanti kedatangan pemimpin bertaraf ummah, atau bertaraf khalifah sepertimana dalam hadis-hadis Nabi Muhammad saw mengenai akhir zaman. Kedatangannya membawa rahmat dan berkat. Datangnya pemimpin bertaraf mujaddid ini membawa semula roh Islam yang dicabut dari umat Islam.  Kalau kita faham, zaman kemuncak kegemilangan roh Islam berlaku di era kepimpinan ummah atau mujaddid penutup. Persoalan pemimpin ummah ini atau mujaddid penutup amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid akhir. Malangnya termasuk orang yang tahu adanya mujaddid turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah disentuh. Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa...

MENUJU ERA KEPIMPINAN ISLAM DIPERINGKAT DUNIA.

Image
Di zaman kebangkitan Islam kali kedua akan berlaku kegemilangan Islam diperingkat ummah. Ertinya Islam akan didaulatkan diperingkat dunia. Syariat Islam menjadi peraturan yang mengatur kehidupan manusia di peringkat sejagat. Rasa cinta dan takutkan Tuhan merata dalam kehidupan manusia disemua peringkat. Imam Mahdi diterima kepemimpinannya diperingkat dunia memberi nafas baru dan memartabatkan Islam ke peringkat sejagat. Kepimpinannya berlaku dengan kebijaksanaan dan keadilan. Setiap tindakannya mendapat pimpinan dari Allah. Perginya pemimpin dari Tuhan bukan bermakna berakhirnya misi perjuangan. Bahkan ketika saat kematian­nya baginda menyebut, “Ummati, ummati....” . Ketiadaan pemimpin atau keghaibannya akan terus membimbing pengikutnya. Tangisan baginda mengenangkan nasib umatnya itu membawa erti bagindalah yang akan menyelamatkan umatnya dengan izin Allah. Sebagai Rasul, tentu Allah ada cara-Nya untuk melaku­kan peranan seorang yang sudah wafat dapat menyelamatkan orang yang hidup. ...

TIMUR IBARAT ANAK SINGA YANG SEDANG DEWASA.

Kini tibalah giliran Timur pula untuk diberi perhatian potensinya sebagai suatu kuasa yang akan menggantikan kuasa Barat. Ibarat seperti seekor anak singa, dunia menunggu Timur matang. Begitulah gelaran yang diberikan kepada Timur yang akan menerima giliran menjadi kuasa besar dunia. Tuhan tidak biarkan dunia ini kosong dari kekuasaan. Sudah menjadi sunnahtullah Tuhan pergilirkan penguasaan ke atas dunia ini. Barat telahpun menerima giliran mereka sebagai kuasa besar dunia atau empayar. Kini bukan lagi giliran mereka. Di atas keruntuhan Barat, Timur kena ambil iktibar supaya tidak mengulangi kesilapan yang telah mereka lakukan. Dunia Barat hanya menumpukan pembangunan material semata. Hasilnya lahirlah satu tamadun manusia yang canggih teknologinya tetapi hilang fitrah kemanusiannya bahkan lebih jahat dari haiwan. Nafsu mengambil peranan Tuhan. Nafsu menjadi matlamat hidup. Kerosakan yang dilakukan manusia, Tuhan jelaskan dalam Al Quran pada surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud: ...

ANWAR IBRAHIM BERDEPAN DENGAN KEBANGKITAN ISLAM.

Pada masa ini, telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif yang berlaku. Dunia sekali lagi akan diatur dan dicatur oleh Islam. Perkara ini jelas sekali Allah tegaskan didalam Al-Quran surah Al-Baqarah, surah kedua dalam quran pada ayat ke 105 yang bermaksud : "Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan ( wahyu atau petunjuk ) dari Tuhan kamu sedangkan Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar." Kesilapan besar yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ialah melawan arus kebangkitan Islam yang telah Tuhan tetapkan. Dia merancang kebangkitan dia sendiri, dengan cara kotor dan keji. Malang sekali, dia bukan berdepan dengan kuasa manusia tetapi berdepan dengan kuasa Tuhan. Sekalipun Anwar Ibrahim mendapat sokongan kuasa dari luar negara namun dia tetap...

MENJADI BANGSA BARU.

Bangsa Melayu adalah bangsa baru. Bangsa Melayu juga adalah bangsa baru yang belum pernah menjadi empayar atas nama Islam. Ketika Islam tiba di Tanah Melayu satu masa dahulu, musuh-musuh Islam dengan cepat telah terhidu usaha-usaha ulama dan pejuang Islam terdahulu lalu berusahalah musuh-musuh Islam menghalang kebangkitan Islam terjadi di Tanah Melayu. Berpakatlah yahudi dan sekutunya dalam kerja jahat mereka supaya Islam tidak berdaulat di Nusantara. Hasilnya terpisahlah negeri-negeri Nusantara menjadi negara yang asing antara satu sama lain. Yahudi dan barat juga telah mencorak pemikiran dan cara hidup bangsa kecil ini supaya mengikut acuan yang telah mereka sediakan. Namun jadual Allah tak boleh dihalang dengan apa cara sekalipun jika Allah Taala telah berkehendak. 40 tahun lalu Malaysia khususnya telah menerima gelombang dakwah dan ini telah mencorak rakyatnya. Gelombang yang berlaku lebih puluhan tahun itu dalam diam memberikan hasil. Secara umumnya rakyat Malaysia telah meneri...