Posts

Showing posts with the label mahathir

AMERIKA, CHINA, MALAYSIA DAN KEBANGKITAN ISLAM.

Image
Malaysia menjadi medan pertarungan antara China dengan Amerika. Timur adalah gelanggang peperangan antara China dengan Amerika. Pertarungan mereka dapat dilihat melalui budaya kehidupan di Malaysia. Masyarakat yang mendapat hidayah dari Tuhan ada kekuatan melawan arus China dan Amerika. Masyarakat yang terpimpin ada kekuatan berdepan dengan pengaruh China dan Amerika. Pertarungan berlaku secara kebudayaan dan perlumbaan senjata nuklear. Ia dapat dilihat dengan jelas secara fizikal. Hasil pertarungan dapat dilihat secara lahir. Pemimpin Islam di era ini mendapat kekuatan kebangkitan Islam. Malaysia sebuah negara kecil namun lantang bersuara di PBB. Panda spesies yang hampir pupus itu diterbangkan dari pangkalan panda di Dujiangyan, Chengdu melalui pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 MH6462, insentif penajaan penerbangan oleh MASKargo. Panda ini sangat signifikan kerana 2014 merupakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dan Beijing. Pada Mei 2014, Perdana Men...

SUNTIKAN ROH PERJUANGAN DARI KECIL DARIPADA ABUYA.

Image
Mengimbas kembali tentang bagaimana Abuya menyuntik atau menanamkan roh kepimpinan, saya pasti teringat Baling, kira-kira 421 km ke utara Kuala Lumpur. Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah. Daerah Baling terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah. Di daerah tersebut terdapat sekolah agama (Arab) Yayasan Khairiah Kampung Pisang, mukim Kupang . Abuya menghantar anak-anaknya bersama anak-anak ahli jemaah seramai 12 orang terdiri dari 6 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Pelajar lelaki tersebut ialah, Fakhrur Razi bin Ashaari, Mohd Nizamuddin bin Ashaari, Muhammad Khomsin, Azman bin Atan, Ahmad Yasin dan Wan Mohammad Sufi. Pelajar perempuan pula ialah Nasibah binti Ashaari, Hafsamiati, Kamaliah binti Saad, Normala, Norsiah dan Latifah (anak saudara Hasan Mokhtar).  Ada beberapa seb...

MENUJU ERA KEPIMPINAN ISLAM DIPERINGKAT DUNIA.

Image
Di zaman kebangkitan Islam kali kedua akan berlaku kegemilangan Islam diperingkat ummah. Ertinya Islam akan didaulatkan diperingkat dunia. Syariat Islam menjadi peraturan yang mengatur kehidupan manusia di peringkat sejagat. Rasa cinta dan takutkan Tuhan merata dalam kehidupan manusia disemua peringkat. Imam Mahdi diterima kepemimpinannya diperingkat dunia memberi nafas baru dan memartabatkan Islam ke peringkat sejagat. Kepimpinannya berlaku dengan kebijaksanaan dan keadilan. Setiap tindakannya mendapat pimpinan dari Allah. Perginya pemimpin dari Tuhan bukan bermakna berakhirnya misi perjuangan. Bahkan ketika saat kematian­nya baginda menyebut, “Ummati, ummati....” . Ketiadaan pemimpin atau keghaibannya akan terus membimbing pengikutnya. Tangisan baginda mengenangkan nasib umatnya itu membawa erti bagindalah yang akan menyelamatkan umatnya dengan izin Allah. Sebagai Rasul, tentu Allah ada cara-Nya untuk melaku­kan peranan seorang yang sudah wafat dapat menyelamatkan orang yang hidup. ...