Posts

Showing posts with the label HABIB

BONUS UNTUK PEJUANG ISLAM DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.

Image
Ibadah dalam Islam mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semula-jadinya yang bersih dan suci, supaya manusia boleh hidup dengan tenang, bahagia dan harmoni. Inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan. Tuhan tidak mengambil untung dari hamba-hamba ciptaan-Nya. Hamba-hamba-Nyalah yang mendapat untung dari apa yang diamalkannya. Walau apa pun kebaikan yang timbul dari ibadah, ia mestinya bersifat rohaniah dan batiniah. Walau apapun kebaikan yang timbul dari ibadah, ia semestinya bersifat rohaniah dan batiniah. Kalau pun ada ibadah yang melibatkan material, ia tetap bertujuan untuk mencetuskan kebaikan-kebaikan rohaniah. Contoh ibadah solat atau sembahyang yang merupakan tiang agama dan ibu segala ibadah. Solat merangkumi sembahyang para nabi,para rasul dan para malaikat. Ia adalah satu modul didikan dan latihan jiwa yang lengkap. Segala unsur keinsafan terlihat didalam solat termasuk anggota lahir, lidah, akal dan hati.  Kalau solat dapat dibuat dengan sempurna iaitu de...

2016, MALAYSIA DIMERIAHKAN DENGAN SELAWAT PERDANA, ZIKIR PERDANA, PUTRAJAYA BERJEMAAH SUBUH DLL.

Image
Angin kebangkitan Islam yang berhembus lembut di Malaysia kian lama kian ketara. Makin ramai yang mahu mendengar dakwah. Makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makin ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam. Tahap masyarakat umat Islam di Malaysia sekarang ada dua pilihan sahaja. Kerana era sudah berubah. Nilai hidup sudah berubah. Cara hidup sudah berubah. Kemuncaknya nanti umat Islam akan berubah secara total kepada Islam. Ia sedang berlaku berperingkat, di kalangan masyarakat Malaysia. Kebangkitan Islam yang sedang berlaku ini sudah tidak dapat ditahan dan dibendung. Kesedaran terhadap Islam kini bukan hanya pada sebahagian kelompok atau jemaah sahaja, malah ianya telah menyeluruh dan meresap kepada semua golongan di negara ini. Makar Allah berjalan dengan lancar, Allah jualah yang menjayakan rancangan-Nya yang telah tertulis sejak azali lagi yang mesti diyakini oleh semua orang Islam yang beriman dengan Qada d...