Posts

Showing posts with the label ibadah

Ikhlas.

Beribadah kerana Allah SWT. Jangan kerana takut neraka-Nya atau kerana ingin syurga. Buatlah kerana Allah Yang Maha Pemurah

NASIHAT BUAT PEJUANG GENERASI BARU.

Image
وَقُلِ اعمَلوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُم وَرَسولُهُ وَالمُؤمِنونَ ۖ وَسَتُرَدّونَ إِلىٰ عٰلِمِ الغَيبِ وَالشَّهٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِما كُنتُم تَعمَلونَ Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". (At-taubah: 105) Kita berada di satu era baru, iaitu peralihan dunia kepada Islam. Mana-mana pergerakan atau perjuangan samada berbentuk jemaah thoifah, atau jemaah tariqat, atau jemaah pondok, atau kelompok-kelompok kecil yang perjuangkan Islam; kini sedang mengalami perubahan era dan corak kepimpinan atau pentadbiran. Mana-mana perjuangan yang disebut tadi kini sedang beralih kepimpinan kepada generasi baru mereka. Ini berlaku kepada perjuangan kebenaran mahupun kebatilan. Sebaga...

PERSIAPAN IKHWAN DAN ASOIB DALAM MENUNGGU JANJI ALLAH.

Image
Kita diminta untuk persiapkan diri dan keluarga dalam menantikan kehadiran pemimpin penyelamat yang ditunggu. Bila kita sibuk membaiki diri, persiapkan diri ke arah kebaikan dan kemajuan akhlak, secara automatik akan melahirkan suasana dan persekitaran yang baik. Ertinya, bila kita sibuk membaiki diri, membaiki keluarga, yang lain akan mengikuti sahaja. Ianya seperti aliran air yang mengalir, yang seterusnya nikmat air itu akan dirasa oleh umat manusia. Dunia memang sudah rosak, kerana dirosakkan oleh manusia bernafsu rakus, dirosakkan oleh kejahatan manusia itu sendiri. Sebagai umat Islam yang beriman, kita mesti meyakini kebenaran kata-kata Sodiqul Masduq,  Rasulullah saw bahawa akhir zaman ini Allah taala akan menghantar seorang penyelamat kepada manusia.  Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud daripada Nabi SAW sabdanya -  “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang ...

KENAPA ORANG YANG BERSEMBAHYANG PUN TIDAK TENANG?

Firman Tuhan: إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."  (Al-Ankaboot: 45). Ada golongan umat Islam yang berkata, "Perangai orang yang sembahyang tidak ada beza pun dengan orang yang tidak sembahyang, dan ada juga yang jiwanya masih tidak tenang."  Dengan maksud yang lain, hati itu tetap juga sakit atau masih berpenyakit. Yakni hati masih lagi bersifat pemarah, tidak sabar, hasad dengki, dendam, mengumpat, bakhil, tidak ada kasih sayang dan lain lagi. Kenapa jadi begitu? Mengapa sembahyangnya tidak meninggalkan kesan yang baik? Katakanlah makanan yang baik dan berzat serta berkhasiat itu ialah nasi, daging, ikan, sayur, susu, dan lain-lain lagi. Kalau dim...