Posts

Showing posts with the label turks

KEBANGKITAN ISLAM YANG SEMAKIN PASTI BERLAKU.

Image
Petikan berita - MALAYSIA DAN TURKI MENANGANI ISU-ISU PREJUDIS TERHADAP DUNIA ISLAM. "Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu menyifatkan Asian sebagai sebuah organisasi penting. Turki dan ASEAN juga boleh bekerjasama dalam menangani isu-isu seperti kebangkitan gerakan yang prejudis terhadap dunia Islam serta diskriminasi perkauman, katanya. Menyentuh mengenai pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, beliau berkata kedua-dua mereka berbincang mengenai isu-isu serantau serta hubungan dua hala termasuk dari segi politik dan ekonomi yang bertambah baik. Beliau berkata pertemuan itu turut menyentuh mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki (MTFTA) yang berkuat kuasa Sabtu lepas. Semasa mesyuarat itu, Cavusoglu turut menyampaikan penghargaan Turki terhadap peranan Malaysia dalam menyelesaikan masalah pelarian etnik Rohingya secara aman." - Sumber Bernama . Maksud firman Tuhan: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu b...

HUBUNGAN EMPAYAR OSMANIAH TURKI DAN KESULTANAN JOHOR.

Pada kali ini, Suara Haramain mengajak anda semua menelusuri sejarah gemilang yang tersimpan dalam khazanah sejarah. Sekalipun sebelum ini ada yang cuba berkongsi mengenainya namun kerana belum tiba masanya ia hilang begitu saja dan dilupakan. Namun kini memang masanya sudah tiba, sudah Allah taala takdirkan untuk dunia umum mengetahuinya. Umum kita mengetahui banyak sejarah telah disorok atau dirubah oleh penjajah atau orientalis barat, lebih-lebih lagi oleh musuh Islam. Kewujudan Tanah Melayu sangat berkait rapat dengan sejarah Islam namun diubah dan dimanipulasi serta dibesar-besarkan dengan sejarah hindu. Inilah kerja musuh, supaya semangat dan roh perjuangan berkubur. Namun jika tiba masanya tiada apa yang dapat menghalang. Pada 13.02.1886 Sultan Johor telah diiktiraf oleh kerajaan Osmaniyyah Turki , dengan gelaran Sultan. Baginda memakai gelaran Sultan Abu Bakar Al Khalil Ibrahim Shah . Baginda dikurniakan dengan dua wanita seorang bernama Khadijah Hanum untuk bernikah dengan Su...

MALAYSIA IALAH TURKI KECIL YANG MEMBANTU TURKI BESAR.

Turki adalah sebuah negara yang mempunyai sejarah sebuah empayar. Dahulunya ia adalah pusat pentadbiran bagi Empayar Osmaniah. Sejarah gemilangnya bermula dengan pembukaan Kota Kostantinopel (Istanbul) di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Kini semuanya tinggal kenangan dan sejarah. Empayar Islam itu lenyap selepas perang dunia pertama. Kemudian Turki berubah menjadi negara sekular di tangan Mustafa Kamal Attartuk. Pelbagai cubaan dalam menghidupkan semula syiar Islam di sana namun hingga kini masih belum berjaya. Yang berjaya dihidupkan ialah kesinambungan tarikat-tarikat sufi yang dijaga turun temurun, namun untuk menjadikan ianya gemilang hingga peringkat negara seperti sebelumnya belum berjaya. Aura empayarnya telah lenyap dan hilang. Rupanya aura syiar Islam itu telah berpindah ke Malaysia. Maka ada ulama mengelar Malaysia sebagai Turki kecil. Beberapa penganalisis dan pemerhati politik mendakwa kunjungan sulung Dato Seri Najib sejak menjadi perdana menteri pada April 2009 akan memu...