IKTIBAR DAN MUHASABAH DARI 2014.
Tahun 2014 merupakan satu tahun yang sukar dilupakan oleh rakyat Malaysia, khususnya buat pemimpin negaranya Dato Seri Najib Tun Abd. Razak. Negara kita diuji dengan ujian dari dalam dan luar yang datang dalam berbagai bentuknya. Dugaan yang menimpa tak mengenal sesiapa, baik rakyatnya, para pemimpin, ahli perniagaan, tak kenal usia dan diperingkat mana. Semua ini Allah Taala yang tentukan dan telah tertulis di Azali semenjak dunia diciptakan. Sebagai umat Islam, kita mesti menerimanya sebagai salah satu tanda keimanan terhadap Allah Taala, iaitu beriman dengan Qada dan Qadar. Bermulanya ujian di awal tahun antaranya kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan harga barang-barang yang mendadak. Begitu juga dengan cabaran dibeberapa buah negeri terutama Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bila Allah uji dengan kemarau yang menyebabkan catuan air lebih sebulan dibeberapa tempat dan kawasan. Kesemua ini cukup memeningkan pentadbiran Negara kita. Hinggalah Allah uji deng...