ISLAM SEMAKIN GEMILANG.
Selepas perang teluk suasana dunia berubah. Ada umat Islam mula sedar dan insaf. Ada yang lebih pelik lagi di Barat dan Amerika bila Islam diburuk-burukkan lagi ramai orang barat masuk Islam. Kita menyaksikan manusia berbondong-bondong datang ke Baitullah iaitu Kaabah di Mekah. Manusia yang datang dari seluruh arah pelusuk penjuru dunia. Inilah perhimpunan terbesar yang melibatkan jutaan manusia pada satu tempat di planet bumi ini. Yang paling mengagumkan walaupun perhimpunan tersebut melibatkan pelbagai bangsa dan pertuturan yang berlainan dari seluruh dunia, mereka tetap bersatu dan berjaya menunaikan ibadah haji tanpa sebarang masalah mahupun keganasan. Pada era selepas tujuh ratus tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkan dan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang ini, tidak salah kalau kita anggarkan bahawa nisbah amalan ...