Posts

Showing posts with the label Abuya Imam Ashaari
Image
Abuya mengajar kita berbuat baik kepada siapa sahaja. Salah seorang saksi hidup perjuangan Abuya di peringkat awal yang kini menetap di Semenyih bersama anaknya dan menantunya yang juga anak murid Abuya. Beliau anak kepada Mbah Karim, suaminya adik angkat Abuya dan juga kawan Abuya. Abd Rahman namanya atau mesra dipanggil Dol. Dol adik beradik Us Soleh juga kawan Abuya. Mbah Karim ibarat ayah angkat Abuya. Hinggakan anak-anak Abuya ketika di Tg Karang beranggapan itulah antara datuk mereka kerana Abuya selalu dan kerap menziarahinya. Isteri kepada Abd Rahman inilah yang biasa menjaga anak-anak Abuya yang masih kecil ketika itu. Diceritakan olehnya ketika itu anak-anak Abuya yang dijaga oleh masih tidak berbaju (masih kecil). Mereka ikut Abuya berhijrah ke Kg Dato Keramat, Kuala Lumpur dan antara jemaah awal di Rumah Putih. #Abuya #dakwah #islam #iman #taqwa

UJIAN NIKMAT DAN KESENANGAN.

Image
Nikmat dan kesenangan ada bermacam-macam bentuknya dan ia adalah satu keperluan. Namun ia bukanlah matlamat dan tujuan, juga bukanlah keutamaan melainkan ianya adalah kekuatan yang mendokong didalam kehidupan dan perjuangan. Tidak dijanjikan kesenangan pada mereka yang memburu cinta dan rahmat Allah, kerana dalam sejarah tidak pernah Allah berikan kesenangan melainkan sekadar keperluan kepada para Nabi dan Rasul. Sejarah telah menceritakan dan menggambarkan bahawa kehidupan para kekasih Allah dan pejuang-pejuang kebenaran dipenuhi onak dan duri, dikelilingi kesusahan dan kepayahan. Kesusahan inilah yang menguatkan jiwa para kekasih Allah, yang menapis dan membezakan mereka yang ikhlas kerana Allah atau kerana selain-Nya. Ujian berbentuk kesusahan dan kepayahan melahirkan jiwa-jiwa yang kuat dan kental dalam menghadapi ujian. Tidak menjadi kesalahan jika mempunyai kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan, malah menjadi satu kelebihan bila diberikan nikmat yang lebih daripada orang ...

TAWASUL SEBAHAGIAN DARI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Image
Konsep tawasul, tabarruk, dan berhubung dengan orang-orang Tuhan adalah teknologi roh termaju untuk insaniah manusia. Ia m embantu diri kita untuk berterusan mujahadah terhadap nafsu dan bisikan iblis. Disamping kita berusaha bermujahadah, bertawasul dengan orang-orang Tuhan juga sama seperti doa-doa dan ilmu mereka. Dengan bimbingan dan pimpinan mereka juga dapat membantu meringankan usaha mujahadah kita. Dalam dunia Islam, ulama-ulama yang menggali dalam bidang akidah atau usuluddin daripada Al Quran dan Sunnah terkenal dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Abu Hassan Al Asyaari dan Abu Mansur Al Maturidi, mereka inilah tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perlu juga kita ingat di sini bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah juga kadang-kadang disebut oleh orang Mazhab Sunni. Pegangan ini mula dibukukan oleh seorang ulama besar yang ahli dalam bidang ilmu usuluddin iaitu Syeikh Abu Hassan Al Asyaari. Lahir di Basrah pada tahun 260 Hijrah, dan wafat di Basrah pada tahun 324 Hijrah.  Sezaman dengan...