Posts

Showing posts with the label ihsan

PERBEZAAN MASYARAKAT SEBELUM MERDEKA DAN SELEPASNYA.

Image
Di sini, beberapa senarai yang Abuya Syeikh Ashaari telah keluarkan berkaitan kemerdekaan manusia hasil pengalaman hidupnya dan pemerhatian beliau sekaligus menjadi buah fikirannya, khusus buat rakyat Malaysia sebagai bahan fikiran dan muhasabah; apakah kita telah merdeka dengan kemerdekaan yang sebenarnya? Perbezaan Masyarakat Sebelum Merdeka dan Selepasnya. 1. Sebelum Merdeka, boleh berada di satu kampung orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya. Zaman sekarang sudah disusun begitu rupa, ada taman orang miskin (perumahan kos rendah), ada taman golongan pertengahan, ada taman golongan hanya kelas untuk orang-orang kaya dan golongan atasan. 2. Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah, justeru hidup nafsi-nafsi telah menebal. 3. Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama, sama-sama dijaga dan setiap orang boleh menegur dan merotan. Sekarang cikgu pun dilarang merotan betapa orang biasa. 4. Dahulu orang bu...

MELIHAT DAN MENYALIN KEBAIKAN DARIPADA ORANG LAIN.

Image
Para Sahabat Rasulullah SAW yang menjadi pemimpin dan pelaksana bagi pihak baginda dikenali sebagai Khulafaur Rasyidin. Mereka Khulafaur Rasyidin ( الخلفاء الراشدون) atau Khalifah Ar-Rasyidin adalah empat orang khalifah (pemimpin) kebangkitan Islam pertama, yang dipercayai oleh umat Islam sebagai penerus kepemimpinan setelah Rasulullah SAW wafat. Mereka ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Faruq, Saidina Usman Al-Affan, dan Saidina Ali Karamallah Wajhah. Empat orang tersebut adalah para sahabat Rasulullah SAW yang tercatat paling dekat dan paling dikenal dalam membela ajaran yang dibawanya di saat masa kerasulan Nabi Muhammad SAW. Keempat khalifah tersebut dipilih bukan berdasarkan keturunannya. Khulafaur Rasyidin telah berjaya meneruskan kepimpinan yang telah di lagang oleh Rasulullah S.A.W. Perlaksanaan kepimpinan Islam yang baik dan berjaya meneruskan kehendak Rasulullah S.A.W. Para Sahabat Rasulullah SAW dikalangan Khulafaur Rasyidin, pertolongan dan bantuan Tuhan a...

KEYAKINAN ASAS DAN KEYAKINAN TAMBAHAN DALAM ISLAM.

Image
Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik. (Ali-Imran,3:95). Islam Adalah ajaran keyakinan (Tauhid). Islam bukan satu ideologi. Memperjuangkan Islam ertinya perjuangkan keyakinan.  Memiliki roh Tauhid atau keyakinan ertinya manusia memiliki jati diri. Roh Tauhid/keyakinan adalah kekuatan jiwa dan keteguhan hati. Ia adalah ukuran kekuatan manusia. Tanpa roh Tauhid/keyakinan ertinya manusia tiada jati diri dan tidak ada ketahanan jiwa. Jiwa jadi rapuh, reput dan lemah.  Iman dan taqwa sangat mahal. Tidak mudah untuk mendapat iman dan taqwa. Untuk menjadi orang Islam, mudah. Cukup dengan bersyahadah sahaja. Namun dengan sekadar syahadah, seseorang itu tidak boleh dikatakan orang mukmin atau orang bertaqwa. Dia baru Islam. Bagaimana pun seorang yang sudah bersyahadah tidak boleh dikatakan kafir. Kalau dia sembahyang, puasa, naik haji...