MALAYSIA REBUTAN ANTARA KEBENARAN & KEBATILAN.
Malaysia kini menjadi rebutan antara kebatilan yang diterajui oleh Dajjal dan kuncu-kuncunya dan kebenaran pula diterajui oleh Fata At Tamimi, di ikuti dengan Imam Mahdi dan disempurnakan oleh Nabi Isa AS. Sejarah telah membuktikan bahawa Timur Tengah pernah menjadi pusat empayar Islam. Sejarah juga menjadi saksi Benua Afrika pernah menjadi pusat empayar Islam. Sejarah juga telah merakamkan Eropah pernah menjadi pusat pentadbiran empayar Islam. Di era kebangkitan ini, Bumi Timur khususnya Malaysia mendapat perhatian dunia. Apa yang berlaku pada Etnik Rohingya sekarang, dan kelemahan umat Islam sedunia menyentak hati Kita untuk berfikir – Bilakah Penyelamat akan muncul? Sebagai seorang yang mengaku beragama Islam, sepatutnya kita menyedari dan mengakui sungguh-sungguh bahawa kemunculan Imam Mahdi tetap akan berlaku apabila masanya tiba. Bagaimanapun, berita mengenai kedatangan Imam Mahdi ini tidak sepatutnya menghalang kita sebagai seorang Islam daripada menunaikan tanggungjawab ki...