Posts

Showing posts with the label daulah islam

PEMBELA SUDAH SEMAKIN HAMPIR!

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ber-sabda: لاَ تَذْهَبُ أَوْ لاَ تَنْقَضِي الدُّنْيَا حَتَّى يُمْلِكَ الْعَرَبُ رَجَلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِيْ، يُوَاطِىءُ اِسْمُهُ اِسْمِيْ "Dunia tidak akan hilang atau tidak akan lenyap hingga seseorang dari Ahlul Baitku menguasai bangsa Arab, namanya sama dengan namaku.” Dari Abu Sa’id Al Khudri, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, الْمَهْدِىُّ مِنِّى أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ “Imam Mahdi berasal dari keturunanku. Beliau memiliki dahi yang lebar dan hidung yang mancung. Di masanya, akan tersebar keadilan di muka bumi, sebagaimana sebelumnya penuh dengan kezholiman dan kelaliman. Beliau akan berkuasa selama 7 tahun.” Abuya telah berjuang puluhan tahun membina jemaah Islam, membangunkan cara hidup Islam, ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam, kebu...

SUNTIKAN ROH PERJUANGAN DARI KECIL DARIPADA ABUYA.

Image
Mengimbas kembali tentang bagaimana Abuya menyuntik atau menanamkan roh kepimpinan, saya pasti teringat Baling, kira-kira 421 km ke utara Kuala Lumpur. Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah. Daerah Baling terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah. Di daerah tersebut terdapat sekolah agama (Arab) Yayasan Khairiah Kampung Pisang, mukim Kupang . Abuya menghantar anak-anaknya bersama anak-anak ahli jemaah seramai 12 orang terdiri dari 6 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Pelajar lelaki tersebut ialah, Fakhrur Razi bin Ashaari, Mohd Nizamuddin bin Ashaari, Muhammad Khomsin, Azman bin Atan, Ahmad Yasin dan Wan Mohammad Sufi. Pelajar perempuan pula ialah Nasibah binti Ashaari, Hafsamiati, Kamaliah binti Saad, Normala, Norsiah dan Latifah (anak saudara Hasan Mokhtar).  Ada beberapa seb...

MENUJU ERA KEPIMPINAN ISLAM DIPERINGKAT DUNIA.

Image
Di zaman kebangkitan Islam kali kedua akan berlaku kegemilangan Islam diperingkat ummah. Ertinya Islam akan didaulatkan diperingkat dunia. Syariat Islam menjadi peraturan yang mengatur kehidupan manusia di peringkat sejagat. Rasa cinta dan takutkan Tuhan merata dalam kehidupan manusia disemua peringkat. Imam Mahdi diterima kepemimpinannya diperingkat dunia memberi nafas baru dan memartabatkan Islam ke peringkat sejagat. Kepimpinannya berlaku dengan kebijaksanaan dan keadilan. Setiap tindakannya mendapat pimpinan dari Allah. Perginya pemimpin dari Tuhan bukan bermakna berakhirnya misi perjuangan. Bahkan ketika saat kematian­nya baginda menyebut, “Ummati, ummati....” . Ketiadaan pemimpin atau keghaibannya akan terus membimbing pengikutnya. Tangisan baginda mengenangkan nasib umatnya itu membawa erti bagindalah yang akan menyelamatkan umatnya dengan izin Allah. Sebagai Rasul, tentu Allah ada cara-Nya untuk melaku­kan peranan seorang yang sudah wafat dapat menyelamatkan orang yang hidup. ...

PERJUANGAN TIMUR BERSAMA KEPIMPINAN UMMAH.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan perubahan manusia inginkan keamanan. Manusia sudah kehilangan kasih sayang. Samada orang bukan Islam dan orang Islam yang kehilangan kasih dan sayang di dalam kehidupan. Mereka meniru cara hidup haiwan bahkan lebih dahsyat lagi. Samada mereka sedar atau tidak. Ramai manusia yang telah terperangkap dengan budaya hidup liar bagaikan haiwan dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. Kita bersyukur, kerana bumi Malaysia yang penuh berkat sebagai tapak kebangkitan Islam kali kedua, menjadi saksi perjuangan Timur. Negara-negara Islam di Timur Tengah semuanya bergolak dan sebahagiannya berlaku peperangan saudara. Perjuangan Islam di Timur mengambil pendekatan secara kasih sayang. Apakah persiapan minda dan jiwa kita semua dalam meneruskan perjuangan ini – perjuangan akhir zaman, perjuangan yang paling getir dan paling bermakna. Semoga hasil di dunianya akan kita lihat dan rasai sepenuh hati dan perasaan. Iaitu sebelum hasil ...