Posts

Showing posts with the label ego

MANUSIA SUDAH KEHILANGAN TUHAN.

Image
Kalau kita dapatkan Tuhan (memiliki-Nya di dalam hati dan jiwa), miskin pun masih rasa bahagia, di dalam kesusahan pun masih ada ketenangan. Betapalah di waktu kita di dalam kesenangan dan kemewahan. Tuhan sebenarnya adalah segala-galanya. Di dunia hari ini walaupun manusia percaya dengan TUHAN tapi sudah kehilangan TUHAN. Baik umat Islam mahupun bukan Islam, sudah kehilangan TUHAN. Sekalipun percaya TUHAN tapi sudah hilang di hatinya. Padahal kehilangan TUHAN adalah satu musibah yang besar. Tidak ada musibah yang paling besar pada manusia melainkan musibah kehilangan TUHAN-nya iaitu Allah SWT. Kalau kehilangan wang, kuasa dan lain-lain itu masalah yang kecil. Tapi bila manusia sudah kehilangan TUHAN, cinta Allah sudah tiada, maka itu adalah musibah yang besar. Sedangkan cinta TUHAN itu cinta yang agung. TUHAN itu sangat memberi kasih dan sayang pada hamba-Nya. Bukti cinta TUHAN pada kita, bila satu pemberian TUHAN tidak ada maka yang lain tidak ada erti. Kalau TUHAN tidak member...

CIRI-CIRI UMAT YANG ALLAH MUSNAHKAN DI MUKA BUMI.

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya:  Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"  Nabi saw. menjawab,  "Penyakit-penyakit itu ialah  (1) terlalu banyak seronok,  (2) terlalu mewah,  (3) menghimpun harta sebanyak mungkin,  (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,  (5) saling memarahi,  (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". (Riwayat Hakim) Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw tadi telah banyak kita lihat di kalangan umat Islam di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tent...