Posts

Showing posts with the label daulah

BONUS UNTUK PEJUANG ISLAM DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.

Image
Ibadah dalam Islam mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semula-jadinya yang bersih dan suci, supaya manusia boleh hidup dengan tenang, bahagia dan harmoni. Inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan. Tuhan tidak mengambil untung dari hamba-hamba ciptaan-Nya. Hamba-hamba-Nyalah yang mendapat untung dari apa yang diamalkannya. Walau apa pun kebaikan yang timbul dari ibadah, ia mestinya bersifat rohaniah dan batiniah. Walau apapun kebaikan yang timbul dari ibadah, ia semestinya bersifat rohaniah dan batiniah. Kalau pun ada ibadah yang melibatkan material, ia tetap bertujuan untuk mencetuskan kebaikan-kebaikan rohaniah. Contoh ibadah solat atau sembahyang yang merupakan tiang agama dan ibu segala ibadah. Solat merangkumi sembahyang para nabi,para rasul dan para malaikat. Ia adalah satu modul didikan dan latihan jiwa yang lengkap. Segala unsur keinsafan terlihat didalam solat termasuk anggota lahir, lidah, akal dan hati.  Kalau solat dapat dibuat dengan sempurna iaitu de...

MASANYA SUDAH HAMPIR TIBA!

Image
Dunia kini bergolak dengan pelbagai musibah yang melanda, hasil ciptaan manusia itu sendiri. Daripada bencana alam, tragedi kemanusiaan yang mengorbankan nyawa, kejatuhan ekonomi yang melampau, keruntuhan moral dan akhlak yang serius terutama di kalangan anak muda atau generasi muda, gejala sosial, dan seribu satu macam lagi bencana yang melanda; semua ini hasil ciptaan atau bayaran daripada apa yang manusia itu sendiri kerjakan! Firman Allah Taala, Telah timbul berbagai  kerosakan  dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). - (Ar-Rum: 41) Konspirasi demi kospirasi dirancang untuk memusnahkan agama Allah, namun Allah ada cara untuk selamatkan agamanya. Musibah dan fitnah ciptaan manusia ini bukan kali pertama, malah ratusan kali atau lebih l...

CIRI-CIRI PERJUANGAN KEBENARAN YANG DIBAWA ABUYA.

Image
Akan sampai masa dan ketikanya, kesemua toifah kebenaran, jemaah kebenaran, atau tariqat yang benar akan bergabung dan disatukan di bawah panji-panji Islam. Ketika itu Imam Mahdi akan menjadi payungnya diperingkat sejagat. Di mana pun para pejuang kebenaran akhir zaman berada, apapun nama jemaah tariqat kebenaran, mereka akan bergabung bawah satu payung kepimpinan. Hadis menyatakan bahawa kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Abuya telah memberikan ilmu, mendidik, dan memimpin kita bagi membuktikan kebenaran itu. Kini setelah 43 tahun berjuang, Abuya telah mematangkan roh kita dalam meneruskan perjuangan untuk bersama Imam Ummah atau pemimpin yang dijanjikan iaitu Imam Mahdi. Perjuangan Islam yang telah Abuya asaskan kini telah melebar dan meluas pengaruhnya hingga ke seluruh dunia. Perjuangan ini mempunyai masa depan kerana ianya dipimpin oleh Imam Mahdi. Sesungguhnya, prestasi ini menjanjikan era yang lebih gemilang untuk Islam masa akan datang. Ertinya kita terus...

Perjuangan Semakin Laju Menuju Ummah.

Image
Hidup dengan Islam kita akan dimuliakan Allah. Berjuang di atas landasan jadual Allah adalah satu kekuatan di akhir zaman. Pernah suatu ketika kita pernah diberi peluang perjuangkan model kehidupan Islam dalam jemaah tetapi kita melupakannya, maka Tuhan tarik kembali nikmat tersebut dari kita. Maksud firman Tuhan: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim:7). Kebenaran itu adalah satu nikmat. Tidak ada orang yang tidak sukakan kebenaran. Kebenaran adalah kehendak bersama atau milik bersama. Kebenaran itu mahal sebenarnya. Kebenaran itu hebat. Kebenaran itu ajaib. Kebenaran itu adalah sesuatu yang indah, tenang, menyenangkan, bahagia dan harmoni. Begitulah sifat atau watak kebenaran. Jadi kalau begitu tentu semua orang mengkehendakinya. Semua bangsa, etnik, agama, amat perlukannya sebab i...