Posts

Showing posts with the label Kasih sayang

MENCINTAI ALLAH RAHSIA KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA.

Image
Setiap manusia yang mendirikan rumah tangga inginkan sebuah rumah tangga yang bahagia, aman damai, harmoni, berkasih sayang dan mendapat keredhaan Allah. Rumah tangga yang diidamkan tidak akan wujud tanpa pendorong yang kuat iaitu rasa cinta dan takut kepada Tuhan. Bila cinta dan takut kepada Allah wujud dalam setiap anggota keluarga, maka kepentingan peribadi akan terkikis. Kasih sayang adalah keperluan asas manusia yang bersifat maknawi dan rohani. Apabila manusia tidak mendapatkanya, maka jiwa menderita, hilanglah kebahagian.  Diantara wadah untuk mencetuskan kasih sayang adalah perkahwinan. Dari keluarga bahagia yang diikat dengan rasa cinta dan takut kepada Tuhan, lahirlah generasi yang akan memakmurkan dunia ini dengan kemajuan, keadilan dan kedamaian. Sebenarnya kasih sayang itu bukan mata benda macam duit yang kalau dikongsi, takut-takut tidak cukup atau jadi kurang. Ia perkara maknawi yang tidak boleh disukat dengan dacing atau gantang. Ia ibarat laut. Sebanyak mana pun ...

MASANYA SUDAH HAMPIR TIBA!

Image
Dunia kini bergolak dengan pelbagai musibah yang melanda, hasil ciptaan manusia itu sendiri. Daripada bencana alam, tragedi kemanusiaan yang mengorbankan nyawa, kejatuhan ekonomi yang melampau, keruntuhan moral dan akhlak yang serius terutama di kalangan anak muda atau generasi muda, gejala sosial, dan seribu satu macam lagi bencana yang melanda; semua ini hasil ciptaan atau bayaran daripada apa yang manusia itu sendiri kerjakan! Firman Allah Taala, Telah timbul berbagai  kerosakan  dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). - (Ar-Rum: 41) Konspirasi demi kospirasi dirancang untuk memusnahkan agama Allah, namun Allah ada cara untuk selamatkan agamanya. Musibah dan fitnah ciptaan manusia ini bukan kali pertama, malah ratusan kali atau lebih l...

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1437H.

Image
Sempena berada di awal Muharram, bulan pertama dalam tahun baru hijrah, semoga kita dapat mengambil hikmah dan panduan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW.  Macam-macam panduan yang kita boleh dapati dari perjuangan kebenaran yang berlaku dalam bulan hijrah tersebut. Bagi pejuang kebenaran atau mereka yang memperjuangkan Islam, memperjuangkan Allah dan Rasul, memperjuangkan agama suci ini, bulan Muharram ialah bulan menagih kemenangan, menang dalam perjuangan lahir apatah lagi menang dan berjaya dalam perjuangan batin, iaitu perjuangan melawan hawa nafsu. Hijrah pertama dalam Islam ialah apabila Allah taala memerintahkan Rasulullah saw dan para sahabat berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah, demi menyelamatkan Iman para sahabat dan mengembangkan Islam. Hijrah Rasul dan sahabat bukan bermakna melarikan diri, sebaliknya hijrah yang berlaku ialah berpindah ke tempat yang lain dan membina kehidupan yang lebih baik untuk umat Islam. Bukti hijrah Rasul dan sahabat bukan sebagai mel...

MEMBELA RASULULLAH DENGAN MENYALIN AKHLAKNYA.

Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙˆَÙ…َÙ„َائِÙƒَتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ النَّبِÙŠِّ ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُوا صَÙ„ُّوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا تَسْÙ„ِيمًا "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." Al-Ahzab : 56 Menjelang beberapa hari lagi kita akan menyambut hari yang bersejarah bagi umat Islam. Hari yang penuh berkat. Hari yang dimana seluruh makhluk di langit dan di bumi meraikannya. Itulah hari ulangtahun kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW. Hari lahirnya penyelamat manusia. Lahirnya manusia yang sangat tinggi kasih dan sayangnya terhadap kaumnya. Baginda adalah manusia yang paling tinggi adabnya, paling tinggi kemanusiaannya, paling mulia akhlaknya, paling pemurah, paling bersifat mahmudah. Rasulullah SAW adalah kesayangan Allah Taala. Peribadinya begitu mulia. Akhlaknya terhadap kawan at...

RASUL AKHIR ZAMAN YANG TAK PERLU MENULIS DAN MEMBACA.

Bulan ini umat Islam diseluruh dunia meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan pelbagai program dan acara. Mengingati pemimpin Agung yang tidak ada tolok bandingnya. Tuhan sendiri yang memuji dan berselawat keatas diri Baginda SAW. Tuhan hendak memudahkan manusia mendapat pimpinan maka dilantik Rasul dikalangan manusia itu sendiri bukan dari golongan makhluk lain saperti jin atau malaikat. Firman Allah mafhumnya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu utusan Allah dari kalangan kamu ...." Dalam ayat yang lain Tuhan sebut yang mafhumnya, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada contoh ikutan yang baik". Maksud tersirat di sebalik makna sambutan perayaan tersebut  sebenarnya bertujuan membawa kita memahami, menyelami seluruh keperibadian Rasulullah dan untuk menyemarakkan rindu kepada Rasulullah SAW. Lantas, baginda menjadi role model terbaik manusia seluruh alam. Namun berapa ramaikah dikalangan kita sekarang yang benar-benar menghayati keperibadian Rasulullah? Kebangkit...

KEBANGKITAN ISLAM DI KURUN INI BERLAKU DENGAN ROH AMAL.

Ianya berlaku dengan kasih sayang. Untuk keamanan, kebahagiaan dan kedamaian hidup di dunia dan Akhirat, manusia perlu model atau contoh untuk diikuti. Justeru manusia, walaupun telah ALLAH bekalkan fitrah ingin mencinta  dan dicintai (kasih sayang), ianya tidak akan dapat melakukannya dengan sempurna jika tiada contoh. Model yang hendak diikut dan ditiru itulah ROH ISLAM. Begitulah rahmat dan kasih sayang ALLAH. Sentiasa menunjukkan jalan-jalan keselamatan buat hamba-hamba-Nya.  Maka atas dasar itu dengan rahmat ALLAH, Dia telah mengutuskan seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul-Nya di atas muka bumi ini. ALLAH telah lengkapkan Rasul itu dengan sifat yang sempurna lahir dan batin. ALLAH telah memelihara peribadinya daripada sebarang kesalahan dan cacat-cela, agar dia menjadi contoh yang agung kepada manusia lain. Inilah roh Islam yang menjadi contoh ikutan. Bagindalah qudwah hasanah untuk sekalian alam. Dengan segala pemeliharaan itu maka jadilah Rasulull...