Posts

Showing posts with the label puasa

MENGAPA KITA PERLUKAN PEMIMPIN KEBENARAN?

Image
Umat Islam kena bermuhasabah untuk mengharapkan sesuatu yang amat bermakna, bernilai sejarah, dalam konteks menuju kegemilangan Islam kali kedua. Merintih dan mengharap agar Tuhan datangkan pembela untuk menyelamatkan iman umat Islam. Setiap hari kita kena merintih kepada Tuhan yang sangat mendengar rintihan hamba-Nya. Bahawa ada janji dari Rasulullah SAW bahawa Islam sekali lagi akan bangkit  dengan gemilangnya. Kita bertanya, kenapa, dan mengapa kita perlukan pemimpin sebagai penyelamat? Jawapannya kerana melalui pemimpin yang dijanjikan sebagai penyelamat akan dapat mengislamkan kembali dunia ini seperti yang berlaku di tangan Rasulullah dan para sahabat. Melalui pimpinannya kita terbantu dalam mujahadah terhadap musuh yang ada dalam diri kita sendiri iaitu nafsu dan bisikan syaitan. Sebab kedua, bahawasanya kita dalam perjalanan, dan ke arah mana? Di sini Suara Haramain ingatkan bahawa keyakinan ini bukan keyakinan baru, tapi keyakinan kesinambungan kebangkitan Islam pertama. S...

UMAT ISLAM AKAN MEMASUKI UNIVERSITI ROH (RAMADAN).

Image
"Bulan ramadan bulan bertuah, bulan ramadan bulan Al Quran, bulan ramadan juga bulan maghfirah dan rahmat. Bulan ramadan bulan mujahadah dan bulan Lailatul Qadar. Banyakkan iktikaf 10 malam yang terakhir. Bulan ramadan tambahkan ibadah di malamnya dengan tarawih dan tadarus Al-Quran. Jangan lupa dan jangan lalaikan kerana ia hanya datang setahun sekali. Bulan ramadan bayarlah fitrah untuk membersihkan diri dan harta. " Lazimnya manusia sangat memberikan perhatian kepada akal dan fikiran, serta menajamkannya dengan ilmu. Dari peringkat awal pra-sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, supaya menjadi manusia yang pandai dan berilmu. Peluang diberi dengan seribu satu macam cara. Anehnya, tidak begitu sikap manusia dalam menyuburkan roh atau hati rohani. Padahal kesan dan akibat daripada hati atau roh yang tidak dipeduli roh tersebut bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT kelak. Firman Allah: Ø´َÙ‡ْرُ رَÙ…َضَانَ ٱلَ...