Posts

Showing posts with the label umno

BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN DARIPADA ALLAH SWT.

Setiap yang Allah swt berikan kepada kita, samada bentuk positif atau negatif perlulah kita syukuri. Baik dan buruk itu adalah penilaian kita sebagai hamba yang lemah. Manakala Allah taala lebih mengetahui. Setiap penciptaan-Nya adalah terbaik. Daun yang gugur pun adalah baik, kerana tiada satupun yang Allah jadikan adalah sia-sia. Melainkan kita selaku hamba yang tak pandai menerimanya. Dalam perjuangan yang penuh liku, sifat taqwa adalah kunci kejayaan. Tanpa taqwa, tiada bantuan daripada Allah swt. Allah hanya membantu orang yang bertaqwa. Dengan taqwa, seorang hamba pandai berperasaan dan berfikir mengikut kehendak Tuhan. Abuya dalam berjuang, sentiasa bersyukur dengan apa yang dia lalui. Ujian dan nikmat silih berganti, semuanya diterima dengan baik. Pernah terjadi dalam sejarah hidup Abuya, peristiwa ini berlaku ketika di Tanjung Karang. Abuya dicemburui kerana cita-cita dan perjuangannya. Abuya tidak sekadar berkata malah mengkotakan kata-katanya. Maka terjadi satu kejadian...

TUN MAHATHIR DAN ABU SUFYAN, JADUAL ALLAH SEMAKIN DEKAT.

Image
Tanggal 14 Januari 2017 membuka lembaran baru dalam sejarah politik Malaysia. Parti baru dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Lebih sepuluh tahun yang lepas, Abuya telah berkata dan sentiasa mendoakan supaya Tun Mahathir diberikan hidayah dan menjadi seperti Abu Sufyan ke dua. Abu Sufyan R.A., ketika sebelum futuh Mekah telah bertemu Baginda saw dan Islam di depan baginda Nabi saw. Kemudian pulang dia ke Mekah membawa misi Nabi Muhammad saw yang tiada siapa pun di Mekah tahu melainkan Abu Sufyan sahaja. Pulanglah Abu Sufyan ke Kota Mekah lalu dibuat satu pengisytiharan, siapa yang masuk ke rumahnya akan selamat. Umumnya penduduk Mekah ketika itu dalam ketakutan dan kebimbangan kerana Nabi Muhammad saw dan para sahabat seramai 10 000 orang dalam perjalanan ke Kota Mekah, dan menunggu masa untuk masuk ke dalamnya. Ketakutan dan kebimbangan itu ialah, mereka mengandaikan bahawa umat Islam akan membalas dendam kepada mere...

HARAPAN BUAT NEGARA MALAYSIA!

Image
Firman Tuhan: تُؤْتِÙ‰ٓ Ø£ُÙƒُÙ„َÙ‡َا ÙƒُÙ„َّ Ø­ِينٍۭ بِØ¥ِذْÙ†ِ رَبِّÙ‡َا ۗ ÙˆَÙŠَضْرِبُ ٱللَّÙ‡ُ ٱلْØ£َÙ…ْØ«َالَ Ù„ِلنَّاسِ Ù„َعَÙ„َّÙ‡ُÙ…ْ ÙŠَتَذَÙƒَّرُونَ "Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)."  (Ibrahim,14:25). Malaysia adalah tuan rumah persidangan menteri-menteri luar Asian yang ke 27. Program ini telah dirasmikan oleh DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.   Negara-negara Asian akan menerima tempias kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia ini. Justeru itu peranan Malaysia bukan sekadar sebagai tuan rumah persidangan, tetapi memainkan peranan iaitu memberi gambaran Islam yang indah. Bukan keganasan tetapi Islam yang selamat dan menyelamatkan. Malaysia kena berperanan memberikan gambaran model Islam yang pernah berlaku pada kebangkitan pertama. Kepimpinan yang dimulakan oleh Rasulullah SAWdi Madinah. Tamadun ini ditunjangi ilmu dan iman merupakan ...

ANWAR IBRAHIM BERDEPAN DENGAN KEBANGKITAN ISLAM.

Pada masa ini, telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif yang berlaku. Dunia sekali lagi akan diatur dan dicatur oleh Islam. Perkara ini jelas sekali Allah tegaskan didalam Al-Quran surah Al-Baqarah, surah kedua dalam quran pada ayat ke 105 yang bermaksud : "Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan ( wahyu atau petunjuk ) dari Tuhan kamu sedangkan Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar." Kesilapan besar yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ialah melawan arus kebangkitan Islam yang telah Tuhan tetapkan. Dia merancang kebangkitan dia sendiri, dengan cara kotor dan keji. Malang sekali, dia bukan berdepan dengan kuasa manusia tetapi berdepan dengan kuasa Tuhan. Sekalipun Anwar Ibrahim mendapat sokongan kuasa dari luar negara namun dia tetap...

PENGAJARAN DARI BANJIR BESAR 2014.

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.” (Riwayat At Tirmizi) Allah SWT bila cintakan seseorang hamba maka ditimpakanlah kepada si hamba dengan sebesar-besar ujian dan peperiksaan yang pasti tidak tertanggung oleh hamba-hamba biasa. Penghujung tahun 2014 negara kita dikejutkan dengan bencana alam berbentuk banjir yang menjejaskan beberapa buah negeri. Seperti biasa, memang negeri-negeri Pantai Timur akan dilanda banjir namun pada tahun ini keadaanya lebih dahsyat dan buruk. Malah ia dikatakan terburuk dalam sejarah sejak 1971. Allah Taala perlihatkan kuasanya yang Maha Hebat dan Dahsyat itu dan sememangnya ia sangat menggerunkan. Hasilnya seolah-olah dilanda tsunami yang melanggar Aceh pada tahun 2004. Kerosa...