MINDA PEJUANG ISLAM MESTI KEHADAPAN.
Firman Allah: وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya - (Ali Imran:104) Secara bahasa kata “dakwah” berasal dari bahasa Arab yang mempunyai erti panggilan, ajakan, dan seruan . Sedangkan dalam ilmu tata bahasa Arab, kata dakwah adalah bentuk dari isim masdar yang berasal dari kata kerja (دعا, يدعو, دعوة) yang membawa ertinya menyeru, memanggil, dan mengajak. Laluan dakwah di Malaysia bermula dari bawah, iaitu dengan wujudnya badan-badan dakwah, jemaah-jemaah tarikat kecil di kalangan masyarakat. Kemuncaknya sekarang dakwah sudah tidak asing lagi bahkan menjadi program yang dianjurkan oleh pihak ...