Posts

Showing posts with the label dajal

KEYAKINAN ASAS DAN KEYAKINAN TAMBAHAN DALAM ISLAM.

Image
Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik. (Ali-Imran,3:95). Islam Adalah ajaran keyakinan (Tauhid). Islam bukan satu ideologi. Memperjuangkan Islam ertinya perjuangkan keyakinan.  Memiliki roh Tauhid atau keyakinan ertinya manusia memiliki jati diri. Roh Tauhid/keyakinan adalah kekuatan jiwa dan keteguhan hati. Ia adalah ukuran kekuatan manusia. Tanpa roh Tauhid/keyakinan ertinya manusia tiada jati diri dan tidak ada ketahanan jiwa. Jiwa jadi rapuh, reput dan lemah.  Iman dan taqwa sangat mahal. Tidak mudah untuk mendapat iman dan taqwa. Untuk menjadi orang Islam, mudah. Cukup dengan bersyahadah sahaja. Namun dengan sekadar syahadah, seseorang itu tidak boleh dikatakan orang mukmin atau orang bertaqwa. Dia baru Islam. Bagaimana pun seorang yang sudah bersyahadah tidak boleh dikatakan kafir. Kalau dia sembahyang, puasa, naik haji...

MALAYSIA REBUTAN ANTARA KEBENARAN & KEBATILAN.

Image
Malaysia kini menjadi rebutan antara kebatilan yang diterajui oleh Dajjal dan kuncu-kuncunya dan kebenaran pula diterajui oleh Fata At Tamimi, di ikuti dengan Imam Mahdi dan disempurnakan oleh Nabi Isa AS. Sejarah telah membuktikan bahawa Timur Tengah pernah menjadi pusat empayar Islam. Sejarah juga menjadi saksi Benua Afrika pernah menjadi pusat empayar Islam. Sejarah juga telah merakamkan Eropah pernah menjadi pusat pentadbiran empayar Islam. Di era kebangkitan ini, Bumi Timur khususnya Malaysia mendapat perhatian dunia. Apa yang berlaku pada Etnik Rohingya sekarang, dan kelemahan umat Islam sedunia menyentak hati Kita untuk berfikir – Bilakah Penyelamat akan muncul?  Sebagai seorang yang mengaku beragama Islam, sepatutnya kita menyedari dan mengakui sungguh-sungguh bahawa kemunculan Imam Mahdi tetap akan berlaku apabila masanya tiba. Bagaimanapun, berita mengenai kedatangan Imam Mahdi ini tidak sepatutnya menghalang kita sebagai seorang Islam daripada menunaikan tanggungjawab ki...

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

Image
Sabda Nabi SAW, “Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya.” (Ibnu Majah) Putera Bani Tamim atau Pemuda Bani Tamim adalah suatu gelaran yang senantiasa menggentarkan hati setiap pemerintah yang zalim, sejak dari zaman pemerintahan Islam hinggalah ke hari ini. Ini dengan mudah dapat difahami kerana setiap kali nama itu disebut, setiap kali itulah akan terasa kepada pihak pemerintah bahawa kedudukan mereka akan tergugat, dan kekuasaan mereka akan beralih tangan. Namun benarkah demikian? Siapa yang mengatakan demikian sehingga diyakini sangat oleh para pemerintah sejak dulu-dulu lagi? Apa yang ditakutkan sangat terhadap diri Putera Bani Tamim itu sehingga dianggap sedemikian rupa?  Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah) Beliau ialah seorang pemimpin yang dijanjikan untuk persiapkan t...

MENUJU ERA KEPIMPINAN ISLAM DIPERINGKAT DUNIA.

Image
Di zaman kebangkitan Islam kali kedua akan berlaku kegemilangan Islam diperingkat ummah. Ertinya Islam akan didaulatkan diperingkat dunia. Syariat Islam menjadi peraturan yang mengatur kehidupan manusia di peringkat sejagat. Rasa cinta dan takutkan Tuhan merata dalam kehidupan manusia disemua peringkat. Imam Mahdi diterima kepemimpinannya diperingkat dunia memberi nafas baru dan memartabatkan Islam ke peringkat sejagat. Kepimpinannya berlaku dengan kebijaksanaan dan keadilan. Setiap tindakannya mendapat pimpinan dari Allah. Perginya pemimpin dari Tuhan bukan bermakna berakhirnya misi perjuangan. Bahkan ketika saat kematian­nya baginda menyebut, “Ummati, ummati....” . Ketiadaan pemimpin atau keghaibannya akan terus membimbing pengikutnya. Tangisan baginda mengenangkan nasib umatnya itu membawa erti bagindalah yang akan menyelamatkan umatnya dengan izin Allah. Sebagai Rasul, tentu Allah ada cara-Nya untuk melaku­kan peranan seorang yang sudah wafat dapat menyelamatkan orang yang hidup. ...