Posts

Showing posts with the label solat

PERSIAPAN IKHWAN DAN ASOIB DALAM MENUNGGU JANJI ALLAH.

Image
Kita diminta untuk persiapkan diri dan keluarga dalam menantikan kehadiran pemimpin penyelamat yang ditunggu. Bila kita sibuk membaiki diri, persiapkan diri ke arah kebaikan dan kemajuan akhlak, secara automatik akan melahirkan suasana dan persekitaran yang baik. Ertinya, bila kita sibuk membaiki diri, membaiki keluarga, yang lain akan mengikuti sahaja. Ianya seperti aliran air yang mengalir, yang seterusnya nikmat air itu akan dirasa oleh umat manusia. Dunia memang sudah rosak, kerana dirosakkan oleh manusia bernafsu rakus, dirosakkan oleh kejahatan manusia itu sendiri. Sebagai umat Islam yang beriman, kita mesti meyakini kebenaran kata-kata Sodiqul Masduq,  Rasulullah saw bahawa akhir zaman ini Allah taala akan menghantar seorang penyelamat kepada manusia.  Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud daripada Nabi SAW sabdanya -  “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang ...

PANDUAN MENGHADAPI CABARAN DAN FITNAH AKHIR ZAMAN.

Image
Cabaran besar menanti kita sebagai umat Islam di hadapan. Kini cabaran telah pun melanda dan ramai di kalangan umat Islam gagal, kerana Allah taala hanya menjanjikan kemenangan untuk mereka yang beriman. Dengan syarat-syarat dan tuntutan yang mengikut panduan daripada Allah taala. Lihatlah firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 1-5 yang bermaksud:  قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - Sesungguhnya orang beriman itu semestinya orang Islam namun belum tentu seorang muslim itu dia seorang yang beriman. Apatah lagi sebagai umat Islam ...

PESANAN MURSYID UNTUK MENUJU ERA UMMAH.

Image
Kita diminta dan dituntut didalam Islam supaya mencari keberkatan. Banyak keberkatan yang yang boleh dikutip dan diambil daripada sekeliling kita. Keberkatan ibu bapa, guru, orang soleh, berkat ilmu bermanfaat, keberkatan membaca Al-Quran, dan lain-lain lagi. Keberkatan itu bermaksud kebaikan yang bertambah-tambah. Setiap yang memberi berkat, natijahnya juga memberi kebaikan, faedah dan manfaat terutamanya kepada iman manusia. Kali ini penulis ingin berkongsi pesanan Mursyid kita, Abuya Attamimi setelah 15 tahun yang lalu pesanan ini jugalah yang beliau selalu ingatkan samada didalam kuliah atau ekspedisi bersamanya. Sebelum itu, Abuya mengingatkan bahawa sesuatu yang akan berlaku selepas ini membawa keuntungan besar kepada Islam, membawa kemenangan untuk Islam. Barangsiapa yang berjuang bersama Islam pasti akan merasa berkatnya serta nikmatnya. Pesanan ini membawa erti selepas ini perjuangan Abuya berada ditahap atau level yang baru. Sebelum itu, penulis ingin menyampaikan bahawa pes...

KEMUNCAK KEGEMILANGAN ROH ISLAM DI ERA KEPIMPINAN UMMAH.

Image
Kita sedang menanti kedatangan pemimpin bertaraf ummah, atau bertaraf khalifah sepertimana dalam hadis-hadis Nabi Muhammad saw mengenai akhir zaman. Kedatangannya membawa rahmat dan berkat. Datangnya pemimpin bertaraf mujaddid ini membawa semula roh Islam yang dicabut dari umat Islam.  Kalau kita faham, zaman kemuncak kegemilangan roh Islam berlaku di era kepimpinan ummah atau mujaddid penutup. Persoalan pemimpin ummah ini atau mujaddid penutup amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid akhir. Malangnya termasuk orang yang tahu adanya mujaddid turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah disentuh. Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa...

IMAM MAHDI PEJUANG KEADILAN DAN KEAMANAN SEJAGAT.

Image
Para pemimpin kebenaran yang Tuhan janjikan berjaya membawa kebenaran dan keadilan dalam kepimpinan mereka, mengikut tahap atau peringkat masing-masing. Di bawah kepimpinan dan pemerintahan mereka, Islam berjaya ditegakkan secara syumul. Lantas Allah berikan kejayaan kepada mereka di dunia dan di Akhirat. Faktor bagaimana mereka beroleh kejayaan adalah kerana mereka sangat dibantu oleh Allah SWT. Allah berikan mereka ilmu, kaedah perjuangan, kekuatan kasih sayang, cara memperdaya musuh serta pelbagai kekuatan lagi. Firman Allah: Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, sesiapa (pe­mimpin) di kalangan kamu yang menyimpang dari aga­ma-Nya akan Allah datangkan satu kaum (pemim­pin) yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya.” (Al Maidah: 54) Hadis-Hadis tentang Imam Mahdi dan jadual Tuhan di akhir zaman banyak yang bersifat ‘kod-kod rahsia’ yang Allah dan Rasul sendiri sifatkan. Maka untuk memahaminya mestilah seseorang yang diberi faham se...

KENAPA ORANG YANG BERSEMBAHYANG PUN TIDAK TENANG?

Firman Tuhan: إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."  (Al-Ankaboot: 45). Ada golongan umat Islam yang berkata, "Perangai orang yang sembahyang tidak ada beza pun dengan orang yang tidak sembahyang, dan ada juga yang jiwanya masih tidak tenang."  Dengan maksud yang lain, hati itu tetap juga sakit atau masih berpenyakit. Yakni hati masih lagi bersifat pemarah, tidak sabar, hasad dengki, dendam, mengumpat, bakhil, tidak ada kasih sayang dan lain lagi. Kenapa jadi begitu? Mengapa sembahyangnya tidak meninggalkan kesan yang baik? Katakanlah makanan yang baik dan berzat serta berkhasiat itu ialah nasi, daging, ikan, sayur, susu, dan lain-lain lagi. Kalau dim...

MEMAHAMI DAN MENGHAYATI ZIKIR YANG DAPAT MEMBAIKI DIRI.

Firman Allah: الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Ali Imran: 191). Jalan untuk memperbaiki diri ialah dengan berzikir. Bermula dari zikir qauli (lidah), zikir fi’li (perbuatan) dan zikir qaibi (hati). Zikir yang paling besar atau agung ialah solat. Di dalamnya terkandung segala bentuk zikir, amalan para malaikat serta para nabi dan rasul. Selain itu, di dalamnya kita meminta petunjuk, keampunan, mengadu dan bermanja dengan Tuhan. Di dalamnya juga kita memuji, membesar dan me...