IMAN ADALAH SESUATU YANG SANGAT BERHARGA DAN UTAMA.
Sesuatu yang berharga dan istimewa sudah tentu akan dikongsikan dengan mereka yang rapat dan terdekat. Ianya sebagai bukti dan tanda kasih kepada seseorang, juga fitrah yang Allah taala bekalkan sejak azali lagi dan perasaan itu bukan dibuat-buat atau direka. Seperti emas dan permata, sudah tentu kita kongsikan dengan keluarga terdekat kita atau orang yang kita sayang. Umumnya begitulah. Sudah tentu sesuatu yang berharga daripada emas dan permata, bernilai di dunia dan di akhirat, sudah pasti kita akan berikan kepada kerabat terdekat kita. Itu pun fitrah yang Allah taala bekalkan kepada manusia. Nabi Ibrahim berdakwah kepada bapanya sebelum baginda sendiri bertindak menghancurkan berhala-berhala. Begitu juga kisah-kisah Rasul-rasul yang lain, sudah pastinya keselamatan Iman manusia diambil berat terutama keluarganya, kerana disitulah terletak kesungguhan dan keikhlasan dalam berjuang dan berdakwah. Sebelum menasihati orang lain, keluarga dan kerabat terdekat akan dinasihati terlebih d...