HAJI MENGEMBALIKAN JIWA SUCI MANUSIA.
Hati sahabat ialah hati yang sangat menunggu janji Allah. Hati ikhwan ialah hati yang sangat menunggu janji Allah. Kita dipandu menunggu janji Tuhan, teruskan menunggu. Hati yang berharap itulah dibawa ke mana mana. Begitulah hati orang roh. Orang roh adalah ikhwan dan asoib serta golongan auliya di akhir zaman. Mereka dapat membawa Tuhan ke mana-mana. Ini membawa maksud bahawa di mana sahaja mereka berada dan pada setiap masa dan ketika, mereka rasa bertuhan. Iaitu merasa Tuhan sentiasa melihat, sentiasa mendengar, sentiasa mengetahui tentang lahir dan batin dan sebagainya. Dalam erti kata yang kita disuruh rasa bertuhan dalam semua keadaan. Maksud firman Tuhan: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (Al-Hajj,22:27). Pada kebangkitan Islam pertama Para SalafusSoleh dapat ba...