Ilmu Para Wali Untuk Semua Umat Manusia.
Ketika kedatangan Abuya ke Jordan, Abuya telah mendapat kawan, simpati, pengikut, dan murid dari kalangan penduduk tempatan. Mereka inilah yang memberikan sokongan dan dokongan kepada perjuangan Abuya di sana. Mereka terdiri dari pelbagai kabilah dan profesion. Salah seorang daripadanya adalah Syeikh Mustafa Abu Rumman, seorang rakyat tempatan dari penduduk asal Jordan. Syeikh Mustafa adalah murid dan pengikut Abuya yang telah diijazahkan wirid oleh Abuya ketika Abuya ziarah ke sana. Sebelum bersama satu tarikat dengan Abuya, Syeikh Mustafa bertarikat Rifa'ie atau Rifa'iyah. Dia kini salah seorang imam yang juga pendakwah di salah sebuah masjid di ibu kota Amman, Jordan. Masjidnya sering dikunjung murid-muridnya dari seluruh negara Arab. Sedikit sejarah tentangnya sebelum bertemu Abuya; ketika mudanya beliau adalah seorang tentera. Seperti pemuda yang lain jiwanya yang kosong sentiasa mencari pengisian. Hinggalah pada suatu hari dia didatangi seorang lelaki misteri yang membawa...