Posts

Showing posts with the label arab

MALAYSIA BAKAL MENERAJU EMPAYAR ISLAM KEDUA.

Kita bersyukur kepada Allah walaupun Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama, namun Islam tetap dipertahankan sebagai agama rasmi negara. Mengekalkan rasa syukur moga Allah akan terus kekalkan dan memberi kekuatan kepada kita dari masa ke semasa dalam menyemarakkan Islam melalui usaha ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Firman Allah: وَالْعَصْرِ.  إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ.  إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ. Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr:1-3). Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama sedang menuju ke arsh sebuah negara maju. Prestasi yang baik di dalam kemajuan teknologi dan kemeriahan amalan Islam menjadi rujukan kebanyakan negara-negara umat Islam di peringkat antarabangsa. Walaupun masyaraka...