Posts

Showing posts with the label maulid

MINDA PEJUANG ISLAM MESTI KEHADAPAN.

Image
Firman Allah: وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya -  (Ali Imran:104) Secara bahasa kata “dakwah” berasal dari bahasa Arab yang mempunyai erti panggilan, ajakan, dan seruan . Sedangkan dalam ilmu tata bahasa Arab, kata dakwah adalah bentuk dari isim masdar yang berasal dari kata kerja (دعا, يدعو, دعوة) yang membawa ertinya menyeru, memanggil, dan mengajak. Laluan dakwah di Malaysia bermula dari bawah, iaitu dengan wujudnya badan-badan dakwah, jemaah-jemaah tarikat kecil di kalangan masyarakat. Kemuncaknya sekarang dakwah sudah tidak asing lagi bahkan menjadi program yang dianjurkan oleh pihak ...

TAWASUL SEBAHAGIAN DARI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Image
Konsep tawasul, tabarruk, dan berhubung dengan orang-orang Tuhan adalah teknologi roh termaju untuk insaniah manusia. Ia m embantu diri kita untuk berterusan mujahadah terhadap nafsu dan bisikan iblis. Disamping kita berusaha bermujahadah, bertawasul dengan orang-orang Tuhan juga sama seperti doa-doa dan ilmu mereka. Dengan bimbingan dan pimpinan mereka juga dapat membantu meringankan usaha mujahadah kita. Dalam dunia Islam, ulama-ulama yang menggali dalam bidang akidah atau usuluddin daripada Al Quran dan Sunnah terkenal dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Abu Hassan Al Asyaari dan Abu Mansur Al Maturidi, mereka inilah tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perlu juga kita ingat di sini bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah juga kadang-kadang disebut oleh orang Mazhab Sunni. Pegangan ini mula dibukukan oleh seorang ulama besar yang ahli dalam bidang ilmu usuluddin iaitu Syeikh Abu Hassan Al Asyaari. Lahir di Basrah pada tahun 260 Hijrah, dan wafat di Basrah pada tahun 324 Hijrah.  Sezaman dengan...

UMAT ISLAM AKAN MEMASUKI UNIVERSITI ROH (RAMADAN).

Image
"Bulan ramadan bulan bertuah, bulan ramadan bulan Al Quran, bulan ramadan juga bulan maghfirah dan rahmat. Bulan ramadan bulan mujahadah dan bulan Lailatul Qadar. Banyakkan iktikaf 10 malam yang terakhir. Bulan ramadan tambahkan ibadah di malamnya dengan tarawih dan tadarus Al-Quran. Jangan lupa dan jangan lalaikan kerana ia hanya datang setahun sekali. Bulan ramadan bayarlah fitrah untuk membersihkan diri dan harta. " Lazimnya manusia sangat memberikan perhatian kepada akal dan fikiran, serta menajamkannya dengan ilmu. Dari peringkat awal pra-sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, supaya menjadi manusia yang pandai dan berilmu. Peluang diberi dengan seribu satu macam cara. Anehnya, tidak begitu sikap manusia dalam menyuburkan roh atau hati rohani. Padahal kesan dan akibat daripada hati atau roh yang tidak dipeduli roh tersebut bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT kelak. Firman Allah: شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَ...