Posts

Showing posts with the label mazhab

KEYAKINAN ASAS DAN KEYAKINAN TAMBAHAN DALAM ISLAM.

Image
Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik. (Ali-Imran,3:95). Islam Adalah ajaran keyakinan (Tauhid). Islam bukan satu ideologi. Memperjuangkan Islam ertinya perjuangkan keyakinan.  Memiliki roh Tauhid atau keyakinan ertinya manusia memiliki jati diri. Roh Tauhid/keyakinan adalah kekuatan jiwa dan keteguhan hati. Ia adalah ukuran kekuatan manusia. Tanpa roh Tauhid/keyakinan ertinya manusia tiada jati diri dan tidak ada ketahanan jiwa. Jiwa jadi rapuh, reput dan lemah.  Iman dan taqwa sangat mahal. Tidak mudah untuk mendapat iman dan taqwa. Untuk menjadi orang Islam, mudah. Cukup dengan bersyahadah sahaja. Namun dengan sekadar syahadah, seseorang itu tidak boleh dikatakan orang mukmin atau orang bertaqwa. Dia baru Islam. Bagaimana pun seorang yang sudah bersyahadah tidak boleh dikatakan kafir. Kalau dia sembahyang, puasa, naik haji...

TAWASUL SEBAHAGIAN DARI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Image
Konsep tawasul, tabarruk, dan berhubung dengan orang-orang Tuhan adalah teknologi roh termaju untuk insaniah manusia. Ia m embantu diri kita untuk berterusan mujahadah terhadap nafsu dan bisikan iblis. Disamping kita berusaha bermujahadah, bertawasul dengan orang-orang Tuhan juga sama seperti doa-doa dan ilmu mereka. Dengan bimbingan dan pimpinan mereka juga dapat membantu meringankan usaha mujahadah kita. Dalam dunia Islam, ulama-ulama yang menggali dalam bidang akidah atau usuluddin daripada Al Quran dan Sunnah terkenal dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Abu Hassan Al Asyaari dan Abu Mansur Al Maturidi, mereka inilah tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perlu juga kita ingat di sini bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah juga kadang-kadang disebut oleh orang Mazhab Sunni. Pegangan ini mula dibukukan oleh seorang ulama besar yang ahli dalam bidang ilmu usuluddin iaitu Syeikh Abu Hassan Al Asyaari. Lahir di Basrah pada tahun 260 Hijrah, dan wafat di Basrah pada tahun 324 Hijrah.  Sezaman dengan...