PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1437H.
Sempena berada di awal Muharram, bulan pertama dalam tahun baru hijrah, semoga kita dapat mengambil hikmah dan panduan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW. Macam-macam panduan yang kita boleh dapati dari perjuangan kebenaran yang berlaku dalam bulan hijrah tersebut. Bagi pejuang kebenaran atau mereka yang memperjuangkan Islam, memperjuangkan Allah dan Rasul, memperjuangkan agama suci ini, bulan Muharram ialah bulan menagih kemenangan, menang dalam perjuangan lahir apatah lagi menang dan berjaya dalam perjuangan batin, iaitu perjuangan melawan hawa nafsu. Hijrah pertama dalam Islam ialah apabila Allah taala memerintahkan Rasulullah saw dan para sahabat berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah, demi menyelamatkan Iman para sahabat dan mengembangkan Islam. Hijrah Rasul dan sahabat bukan bermakna melarikan diri, sebaliknya hijrah yang berlaku ialah berpindah ke tempat yang lain dan membina kehidupan yang lebih baik untuk umat Islam. Bukti hijrah Rasul dan sahabat bukan sebagai mel...