Posts

Showing posts with the label keluarga

MENCINTAI ALLAH RAHSIA KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA.

Image
Setiap manusia yang mendirikan rumah tangga inginkan sebuah rumah tangga yang bahagia, aman damai, harmoni, berkasih sayang dan mendapat keredhaan Allah. Rumah tangga yang diidamkan tidak akan wujud tanpa pendorong yang kuat iaitu rasa cinta dan takut kepada Tuhan. Bila cinta dan takut kepada Allah wujud dalam setiap anggota keluarga, maka kepentingan peribadi akan terkikis. Kasih sayang adalah keperluan asas manusia yang bersifat maknawi dan rohani. Apabila manusia tidak mendapatkanya, maka jiwa menderita, hilanglah kebahagian.  Diantara wadah untuk mencetuskan kasih sayang adalah perkahwinan. Dari keluarga bahagia yang diikat dengan rasa cinta dan takut kepada Tuhan, lahirlah generasi yang akan memakmurkan dunia ini dengan kemajuan, keadilan dan kedamaian. Sebenarnya kasih sayang itu bukan mata benda macam duit yang kalau dikongsi, takut-takut tidak cukup atau jadi kurang. Ia perkara maknawi yang tidak boleh disukat dengan dacing atau gantang. Ia ibarat laut. Sebanyak mana pun ...

IMAN ADALAH SESUATU YANG SANGAT BERHARGA DAN UTAMA.

Sesuatu yang berharga dan istimewa sudah tentu akan dikongsikan dengan mereka yang rapat dan terdekat. Ianya sebagai bukti dan tanda kasih kepada seseorang, juga fitrah yang Allah taala bekalkan sejak azali lagi dan perasaan itu bukan dibuat-buat atau direka. Seperti emas dan permata, sudah tentu kita kongsikan dengan keluarga terdekat kita atau orang yang kita sayang. Umumnya begitulah. Sudah tentu sesuatu yang berharga daripada emas dan permata, bernilai di dunia dan di akhirat, sudah pasti kita akan berikan kepada kerabat terdekat kita. Itu pun fitrah yang Allah taala bekalkan kepada manusia. Nabi Ibrahim berdakwah kepada bapanya sebelum baginda sendiri bertindak menghancurkan berhala-berhala. Begitu juga kisah-kisah Rasul-rasul yang lain, sudah pastinya keselamatan Iman manusia diambil berat terutama keluarganya, kerana disitulah terletak kesungguhan dan keikhlasan dalam berjuang dan berdakwah. Sebelum menasihati orang lain, keluarga dan kerabat terdekat akan dinasihati terlebih d...

PEJUANG KEBENARAN SENTIASA BERSIAP UNTUK KEMATIAN.

Firman Tuhan: وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Al-An'aam : 32 ). Kehidupan yang kita lalui di dunia ini Allah Taalah ibaratkan seperti hiburan dan permainan. Kembali kita renungkan betapa hidup ini berjalan dengan begitu cepat dan pantas. Tahun 2014 telah pun meninggalkan kita, dalam sedar atau tidak kita berada di awal suku tahun 2015. Masa berlalu begitu saja tanpa terasa, ibarat kita hanya mengambil seteguk air dan dalam masa itulah kehidupan kita. Bila manusia dilahirkan dilaungkan azan dan iqamah. Bila manusia meninggal dunia akan disolatkan. Itulah juga gambaran hidup kita yang Allah Taala tunjukkan; jarak kehidupan manusia ialah di antara azan...