Posts

Showing posts with the label hati

PERCATURAN ALLAH MEMPROSES MALAYSIA DAN SEISINYA.

Image
Percaturan Allah untuk kebangkitan Timur ini ialah dengan memproses hati rakyat Malaysia untuk menerima Islam atau setidak-tidaknya mencintai kebenaran. Rakyat Malaysia sedang menuju ke satu arah yang lebih baik keislamannya. Pengamalan Islam kian meningkat. Rakyat Malaysia semakin serius melaksakan penutupan aurat, sembahyang, menjauhi perkara-perkara mungkar seperti zina, pergaulan bebas, arak, judi serta lain-lain, tidak terkecuali golongan industri hiburan di Malaysia. Dengan Iman dan taqwa, rakyat telah berubah. Dunia hiburan negara semakin indah dengan perubahan demi perubahan artis-artis popular. Bagi artis lelaki, kita dapat melihat dengan perubahan kata-kata, pergaulan dan penampilan mereka sementara artis wanita pula dapat dilihat dengan permulaan imej bertudung mereka. Berikutan itu, Abuya pernah ingatkan kita bahawa perubahan di Malaysia bermula dari bawah. Golongan terakhir yang akan berubah atau berhijrah kepada kehidupan Islam ialah golongan selebriti. Fenomena artis y...

MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN LEBIH MUDAH DARIPADA MENGISINYA.

Image
Tema hari kemerdekaan 2015. Sehati sejiwa. Itulah tema bagi tahun 2015. Tema ini dipilih bagi mencerminkan kesepaduan, kesefahaman, dan kemanusian seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada. Ia juga bertujuan menyatupadukan semula hati rakyat Malaysia dalam apa jua keadaan. Setelah hampir 58 tahun kemerdekaan negara malaysia, pelbagai perkara yang telah di tempuh. Pelbagai peristiwa pahit manis yang berlaku di negara kita, Bukan mudah untuk kita mengekalkan kesepakatan yang telah lama dibina ini. Kemerdekaan yang terhasil juga bukan mudah untuk di perolehi.  (Haffizul Iskandar). Dalam zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri, Malaysia sangat diuji kematangannya. Ini satu ujian besar terhadap negara khususnya kepada pemerintahan Datuk Seri Najib sendiri. Hakikatnya apa yang berlaku adalah dari Tuhan. Ini juga termasuk dalam keyakinan kita terhadap Qada' dan Qadar Allah. Kerana, kita orang Islam yang berpegang dengan rukun Iman yang te...

PENDIDIK MEMBERI ILMU DAN MEMBINA AKHLAK MULIA.

Image
K ejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cita kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhan-Nya. Buah dari ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.  Mendidik untuk melahirkan manusia seperti ini bukan mudah. Ini kerana manusia itu ada jasad lahir (fizikal), ada jasad batin (akal, roh dan nafsu). Kejayaan mendidik manusia ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak itu. Maka bagi orang yang bercita-cita membaiki diri, guru-guru atau pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya "PENDIDIKAN ITU RAPAT DENGAN ROHANIAH MANUSIA" . Akhlak berasal daripada perkataan Arab yang ertinya tingkah laku menurut kamus Besar Dewan,   Perangai menurut kamus Arab-Melayu oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus, Sifat atau watak menurut kamus OXFORD FAJAR. Akhlak maksudnya perangai, sifat...

KENAPA ORANG YANG BERSEMBAHYANG PUN TIDAK TENANG?

Firman Tuhan: إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."  (Al-Ankaboot: 45). Ada golongan umat Islam yang berkata, "Perangai orang yang sembahyang tidak ada beza pun dengan orang yang tidak sembahyang, dan ada juga yang jiwanya masih tidak tenang."  Dengan maksud yang lain, hati itu tetap juga sakit atau masih berpenyakit. Yakni hati masih lagi bersifat pemarah, tidak sabar, hasad dengki, dendam, mengumpat, bakhil, tidak ada kasih sayang dan lain lagi. Kenapa jadi begitu? Mengapa sembahyangnya tidak meninggalkan kesan yang baik? Katakanlah makanan yang baik dan berzat serta berkhasiat itu ialah nasi, daging, ikan, sayur, susu, dan lain-lain lagi. Kalau dim...