SUNTIKAN ROH PERJUANGAN DARI KECIL DARIPADA ABUYA.
Mengimbas kembali tentang bagaimana Abuya menyuntik atau menanamkan roh kepimpinan, saya pasti teringat Baling, kira-kira 421 km ke utara Kuala Lumpur. Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah. Daerah Baling terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah. Di daerah tersebut terdapat sekolah agama (Arab) Yayasan Khairiah Kampung Pisang, mukim Kupang . Abuya menghantar anak-anaknya bersama anak-anak ahli jemaah seramai 12 orang terdiri dari 6 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Pelajar lelaki tersebut ialah, Fakhrur Razi bin Ashaari, Mohd Nizamuddin bin Ashaari, Muhammad Khomsin, Azman bin Atan, Ahmad Yasin dan Wan Mohammad Sufi. Pelajar perempuan pula ialah Nasibah binti Ashaari, Hafsamiati, Kamaliah binti Saad, Normala, Norsiah dan Latifah (anak saudara Hasan Mokhtar). Ada beberapa seb...