Posts

Showing posts with the label ujian

PANDUAN MENGHADAPI CABARAN DAN FITNAH AKHIR ZAMAN.

Image
Cabaran besar menanti kita sebagai umat Islam di hadapan. Kini cabaran telah pun melanda dan ramai di kalangan umat Islam gagal, kerana Allah taala hanya menjanjikan kemenangan untuk mereka yang beriman. Dengan syarat-syarat dan tuntutan yang mengikut panduan daripada Allah taala. Lihatlah firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 1-5 yang bermaksud:  قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - Sesungguhnya orang beriman itu semestinya orang Islam namun belum tentu seorang muslim itu dia seorang yang beriman. Apatah lagi sebagai umat Islam ...

PENGAJARAN DARI BANJIR BESAR 2014.

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.” (Riwayat At Tirmizi) Allah SWT bila cintakan seseorang hamba maka ditimpakanlah kepada si hamba dengan sebesar-besar ujian dan peperiksaan yang pasti tidak tertanggung oleh hamba-hamba biasa. Penghujung tahun 2014 negara kita dikejutkan dengan bencana alam berbentuk banjir yang menjejaskan beberapa buah negeri. Seperti biasa, memang negeri-negeri Pantai Timur akan dilanda banjir namun pada tahun ini keadaanya lebih dahsyat dan buruk. Malah ia dikatakan terburuk dalam sejarah sejak 1971. Allah Taala perlihatkan kuasanya yang Maha Hebat dan Dahsyat itu dan sememangnya ia sangat menggerunkan. Hasilnya seolah-olah dilanda tsunami yang melanggar Aceh pada tahun 2004. Kerosa...