Posts

Showing posts with the label qudwah hasanah

RASUL AKHIR ZAMAN YANG TAK PERLU MENULIS DAN MEMBACA.

Bulan ini umat Islam diseluruh dunia meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan pelbagai program dan acara. Mengingati pemimpin Agung yang tidak ada tolok bandingnya. Tuhan sendiri yang memuji dan berselawat keatas diri Baginda SAW. Tuhan hendak memudahkan manusia mendapat pimpinan maka dilantik Rasul dikalangan manusia itu sendiri bukan dari golongan makhluk lain saperti jin atau malaikat. Firman Allah mafhumnya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu utusan Allah dari kalangan kamu ...." Dalam ayat yang lain Tuhan sebut yang mafhumnya, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada contoh ikutan yang baik". Maksud tersirat di sebalik makna sambutan perayaan tersebut  sebenarnya bertujuan membawa kita memahami, menyelami seluruh keperibadian Rasulullah dan untuk menyemarakkan rindu kepada Rasulullah SAW. Lantas, baginda menjadi role model terbaik manusia seluruh alam. Namun berapa ramaikah dikalangan kita sekarang yang benar-benar menghayati keperibadian Rasulullah? Kebangkit...

KEBANGKITAN ISLAM DI KURUN INI BERLAKU DENGAN ROH AMAL.

Ianya berlaku dengan kasih sayang. Untuk keamanan, kebahagiaan dan kedamaian hidup di dunia dan Akhirat, manusia perlu model atau contoh untuk diikuti. Justeru manusia, walaupun telah ALLAH bekalkan fitrah ingin mencinta  dan dicintai (kasih sayang), ianya tidak akan dapat melakukannya dengan sempurna jika tiada contoh. Model yang hendak diikut dan ditiru itulah ROH ISLAM. Begitulah rahmat dan kasih sayang ALLAH. Sentiasa menunjukkan jalan-jalan keselamatan buat hamba-hamba-Nya.  Maka atas dasar itu dengan rahmat ALLAH, Dia telah mengutuskan seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul-Nya di atas muka bumi ini. ALLAH telah lengkapkan Rasul itu dengan sifat yang sempurna lahir dan batin. ALLAH telah memelihara peribadinya daripada sebarang kesalahan dan cacat-cela, agar dia menjadi contoh yang agung kepada manusia lain. Inilah roh Islam yang menjadi contoh ikutan. Bagindalah qudwah hasanah untuk sekalian alam. Dengan segala pemeliharaan itu maka jadilah Rasulull...