Posts

Showing posts with the label muslim

PANDUAN MENGHADAPI CABARAN DAN FITNAH AKHIR ZAMAN.

Image
Cabaran besar menanti kita sebagai umat Islam di hadapan. Kini cabaran telah pun melanda dan ramai di kalangan umat Islam gagal, kerana Allah taala hanya menjanjikan kemenangan untuk mereka yang beriman. Dengan syarat-syarat dan tuntutan yang mengikut panduan daripada Allah taala. Lihatlah firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 1-5 yang bermaksud:  قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - Sesungguhnya orang beriman itu semestinya orang Islam namun belum tentu seorang muslim itu dia seorang yang beriman. Apatah lagi sebagai umat Islam ...

CIRI-CIRI PERJUANGAN KEBENARAN YANG DIBAWA ABUYA.

Image
Akan sampai masa dan ketikanya, kesemua toifah kebenaran, jemaah kebenaran, atau tariqat yang benar akan bergabung dan disatukan di bawah panji-panji Islam. Ketika itu Imam Mahdi akan menjadi payungnya diperingkat sejagat. Di mana pun para pejuang kebenaran akhir zaman berada, apapun nama jemaah tariqat kebenaran, mereka akan bergabung bawah satu payung kepimpinan. Hadis menyatakan bahawa kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Abuya telah memberikan ilmu, mendidik, dan memimpin kita bagi membuktikan kebenaran itu. Kini setelah 43 tahun berjuang, Abuya telah mematangkan roh kita dalam meneruskan perjuangan untuk bersama Imam Ummah atau pemimpin yang dijanjikan iaitu Imam Mahdi. Perjuangan Islam yang telah Abuya asaskan kini telah melebar dan meluas pengaruhnya hingga ke seluruh dunia. Perjuangan ini mempunyai masa depan kerana ianya dipimpin oleh Imam Mahdi. Sesungguhnya, prestasi ini menjanjikan era yang lebih gemilang untuk Islam masa akan datang. Ertinya kita terus...

KUASA BARU SEDANG MENCATUR DUNIA SEJAGAT

Dua Kuasa besar dunia sudah berlalu zaman kegemilangannya. Soviat Union lebih awal hilang dari peta dunia. Ia di ketuai oleh Rusia. Dunia barat yang di ketuai oleh Amerika Syarikat. Dunia Barat (atau sering disebut Barat saja) merujuk kepada negara-negara yang berada di benua Eropah dan Amerika. Dunia Barat dibedakan dari dunia timur yang digunakan untuk merujuk kepada Asia. Meskipun begitu, pada umumnya kata ini lebih sering diasosiasikan terhadap negara-negara yang mempunyai mayoritas penduduk berkulit putih. Oleh karena itu, Australia, dan New Zealand juga sering dianggap sebagai bagian dari dunia Barat. Sekarang Barat pula menuggu giliran untuk dilupakan kuasanya. Ibarat seperti seekor singa tua. Barat di ambang maut. Begitulah gelaran yang diberikan kepada kuasa besar dunia. Tuhan tidak biarkan dunia ini kosong dari kekuasaan. Sudah menjadi sunnahtullah Tuhan pergilirkan penguasaan ke atas dunia ini. Di sisi Tuhan, hanya ada dua golongan sahaja yang diberi kuasa di atas muka bumi ...