Posts

Showing posts with the label najib

BARAT MENUJU KEHANCURAN.

Image
Kecoh di media tempatan mahupun di persada antarabangsa dengan isu terkini iaitu mengenai keluarnya Britain daripada kesatuan Eropah ( EU ). Maka teruslah popular hashtag atau tag 'H' ( # ) #Brexit . Apa itu Brexit ? Ia adalah singkatan daripada perkataan atau kalimah Britain + Exit , maka jadilah Brexit . Baiklah, itu hanyalah singkatan perkataan. Namun kalimah ini seolah-olah menjadi satu kegilaan di media perdana atau media sosial. Namun perkara ini hakikatnya telah pun kita diberitahu 20 tahun lebih yang lalu, oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad Attamimi. Ya! Dalam bukunya yang bertajuk BARAT DIAMBANG MAUT yang ditulis pada tahun1993. Di dalamnya terperinci Abuya menerangkan dan memahamkan situasi terkini keadaan barat khususnya, sedangkan gambaran itu telah lama Abuya sampaikankan. Kita boleh merujuknya kembali melalui tulisan Abuya itu, atau boleh mencarinya di laman sesawang yang banyak disimpan koleksi buku-buku Abuya di laman digital. Iktibar untuk kita k...

MENUJU ERA KEPIMPINAN ISLAM DIPERINGKAT DUNIA.

Image
Di zaman kebangkitan Islam kali kedua akan berlaku kegemilangan Islam diperingkat ummah. Ertinya Islam akan didaulatkan diperingkat dunia. Syariat Islam menjadi peraturan yang mengatur kehidupan manusia di peringkat sejagat. Rasa cinta dan takutkan Tuhan merata dalam kehidupan manusia disemua peringkat. Imam Mahdi diterima kepemimpinannya diperingkat dunia memberi nafas baru dan memartabatkan Islam ke peringkat sejagat. Kepimpinannya berlaku dengan kebijaksanaan dan keadilan. Setiap tindakannya mendapat pimpinan dari Allah. Perginya pemimpin dari Tuhan bukan bermakna berakhirnya misi perjuangan. Bahkan ketika saat kematian­nya baginda menyebut, “Ummati, ummati....” . Ketiadaan pemimpin atau keghaibannya akan terus membimbing pengikutnya. Tangisan baginda mengenangkan nasib umatnya itu membawa erti bagindalah yang akan menyelamatkan umatnya dengan izin Allah. Sebagai Rasul, tentu Allah ada cara-Nya untuk melaku­kan peranan seorang yang sudah wafat dapat menyelamatkan orang yang hidup. ...

MALAYSIA BAKAL MENERAJU EMPAYAR ISLAM KEDUA.

Kita bersyukur kepada Allah walaupun Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama, namun Islam tetap dipertahankan sebagai agama rasmi negara. Mengekalkan rasa syukur moga Allah akan terus kekalkan dan memberi kekuatan kepada kita dari masa ke semasa dalam menyemarakkan Islam melalui usaha ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Firman Allah: وَالْعَصْرِ.  إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ.  إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ. Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr:1-3). Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama sedang menuju ke arsh sebuah negara maju. Prestasi yang baik di dalam kemajuan teknologi dan kemeriahan amalan Islam menjadi rujukan kebanyakan negara-negara umat Islam di peringkat antarabangsa. Walaupun masyaraka...