BERJUANGLAH MENAMBAH IMAN DAN AMAL.
Firman Allah: ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَٱلصَّٰبِرِينَ عَلَىٰ مَآ أَصَابَهُمْ وَٱلْمُقِيمِى ٱلصَّلَوٰةِ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. (Al-Hajj,22:35). Ikhwan adalah golongan yang dirindui oleh Baginda Rasul s.a.w., juga di kenali sebagai orang roh (rijalul ghaib) yang dapat melakukan satu pembaharuan melibatkan kekuatan lahiriah dan kerohanian. Mereka telah menggabungkan pendekatan sufi dan teknologi. Hasilnya lahirlah masyarakat Islam yang berjiwa sufi membangunkan teknologi dunia yang selamat dan menyelamatkan. Mereka bergelanggang dalam dunia korporat. Mereka juga peneraju dalam pelbagai bidang tetapi tetap mengekalkan jiwa hamba. Mereka perkenalkan ajaran sufi ya...