Posts

Showing posts with the label arqam

BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN DARIPADA ALLAH SWT.

Setiap yang Allah swt berikan kepada kita, samada bentuk positif atau negatif perlulah kita syukuri. Baik dan buruk itu adalah penilaian kita sebagai hamba yang lemah. Manakala Allah taala lebih mengetahui. Setiap penciptaan-Nya adalah terbaik. Daun yang gugur pun adalah baik, kerana tiada satupun yang Allah jadikan adalah sia-sia. Melainkan kita selaku hamba yang tak pandai menerimanya. Dalam perjuangan yang penuh liku, sifat taqwa adalah kunci kejayaan. Tanpa taqwa, tiada bantuan daripada Allah swt. Allah hanya membantu orang yang bertaqwa. Dengan taqwa, seorang hamba pandai berperasaan dan berfikir mengikut kehendak Tuhan. Abuya dalam berjuang, sentiasa bersyukur dengan apa yang dia lalui. Ujian dan nikmat silih berganti, semuanya diterima dengan baik. Pernah terjadi dalam sejarah hidup Abuya, peristiwa ini berlaku ketika di Tanjung Karang. Abuya dicemburui kerana cita-cita dan perjuangannya. Abuya tidak sekadar berkata malah mengkotakan kata-katanya. Maka terjadi satu kejadian...

PERJUANGAN ABUYA TELAH BANYAK DISELEWENGKAN.

Image
Islam bukan sekadar satu akidah kepercayaan atau suatu pegangan. Ia adalah satu sistem hidup. Di dalamnya terkandung berbagai hukum-hakam dan perundangan serta sistem-sistem yang melibatkan akidah dan ibadah. Sama ada ibadah yang berbentuk lahir mahupun rohaniah. Ibadah lahir itu apa yang dinamakan syariat dan ibadah rohaniah itu ialah apa yang dinamakan tasawuf. Inilah dia Iman (Akidah), Islam (syariat), dan Ihsan (Tasawuf). Bila kita hendak berbuat dan berjuang untuk kebangkitan Islam, berbuat untuk Allah dan Rasul, tidak cukup hanya dengan semangat-semangat sahaja. Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Samalah juga dengan berjuang, sebelum nak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan adanya ilmu itu, kena difahaminya pula. Dengan faham, baru boleh datang penghayatan seterusnya melaksanakannya. Tanpa ilmu manusia boleh tersesat jalan. Tanpa ilmu manusia takkan kenal Tuhannya, Allah swt. Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu ada mengatakan, العِلْمُ إِمَامُ العَمَل...

UJIAN NIKMAT DAN KESENANGAN.

Image
Nikmat dan kesenangan ada bermacam-macam bentuknya dan ia adalah satu keperluan. Namun ia bukanlah matlamat dan tujuan, juga bukanlah keutamaan melainkan ianya adalah kekuatan yang mendokong didalam kehidupan dan perjuangan. Tidak dijanjikan kesenangan pada mereka yang memburu cinta dan rahmat Allah, kerana dalam sejarah tidak pernah Allah berikan kesenangan melainkan sekadar keperluan kepada para Nabi dan Rasul. Sejarah telah menceritakan dan menggambarkan bahawa kehidupan para kekasih Allah dan pejuang-pejuang kebenaran dipenuhi onak dan duri, dikelilingi kesusahan dan kepayahan. Kesusahan inilah yang menguatkan jiwa para kekasih Allah, yang menapis dan membezakan mereka yang ikhlas kerana Allah atau kerana selain-Nya. Ujian berbentuk kesusahan dan kepayahan melahirkan jiwa-jiwa yang kuat dan kental dalam menghadapi ujian. Tidak menjadi kesalahan jika mempunyai kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan, malah menjadi satu kelebihan bila diberikan nikmat yang lebih daripada orang ...

HARAPAN BUAT NEGARA MALAYSIA!

Image
Firman Tuhan: تُؤْتِىٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍۭ بِإِذْنِ رَبِّهَا ۗ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ "Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)."  (Ibrahim,14:25). Malaysia adalah tuan rumah persidangan menteri-menteri luar Asian yang ke 27. Program ini telah dirasmikan oleh DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.   Negara-negara Asian akan menerima tempias kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia ini. Justeru itu peranan Malaysia bukan sekadar sebagai tuan rumah persidangan, tetapi memainkan peranan iaitu memberi gambaran Islam yang indah. Bukan keganasan tetapi Islam yang selamat dan menyelamatkan. Malaysia kena berperanan memberikan gambaran model Islam yang pernah berlaku pada kebangkitan pertama. Kepimpinan yang dimulakan oleh Rasulullah SAWdi Madinah. Tamadun ini ditunjangi ilmu dan iman merupakan ...

PERSIAPAN IKHWAN DAN ASOIB DALAM MENUNGGU JANJI ALLAH.

Image
Kita diminta untuk persiapkan diri dan keluarga dalam menantikan kehadiran pemimpin penyelamat yang ditunggu. Bila kita sibuk membaiki diri, persiapkan diri ke arah kebaikan dan kemajuan akhlak, secara automatik akan melahirkan suasana dan persekitaran yang baik. Ertinya, bila kita sibuk membaiki diri, membaiki keluarga, yang lain akan mengikuti sahaja. Ianya seperti aliran air yang mengalir, yang seterusnya nikmat air itu akan dirasa oleh umat manusia. Dunia memang sudah rosak, kerana dirosakkan oleh manusia bernafsu rakus, dirosakkan oleh kejahatan manusia itu sendiri. Sebagai umat Islam yang beriman, kita mesti meyakini kebenaran kata-kata Sodiqul Masduq,  Rasulullah saw bahawa akhir zaman ini Allah taala akan menghantar seorang penyelamat kepada manusia.  Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud daripada Nabi SAW sabdanya -  “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang ...

MALAYSIA BAKAL MENERAJU EMPAYAR ISLAM KEDUA.

Kita bersyukur kepada Allah walaupun Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama, namun Islam tetap dipertahankan sebagai agama rasmi negara. Mengekalkan rasa syukur moga Allah akan terus kekalkan dan memberi kekuatan kepada kita dari masa ke semasa dalam menyemarakkan Islam melalui usaha ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Firman Allah: وَالْعَصْرِ.  إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ.  إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ. Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr:1-3). Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama sedang menuju ke arsh sebuah negara maju. Prestasi yang baik di dalam kemajuan teknologi dan kemeriahan amalan Islam menjadi rujukan kebanyakan negara-negara umat Islam di peringkat antarabangsa. Walaupun masyaraka...