Posts

Showing posts with the label dusta

PERTEMBUNGAN ANTARA HAQ DAN BATIL.

Penulis sempat menyambung silaturrahim dengan Bekas mufti Jordan  yang juga salah seorang sahabat Abuya iaitu Syeikh Dr. Noh Al -Qudho, bekas menteri agama Jordan, Syeikh Dr. Ali Faqeh dan beberapa kawan Abuya yang sangat membantu perjuangan Abuya di sana. Tak lupa juga jalinan ukhuwah ini disambungkan dengan ahli keluarga mereka yang juga berpengaruh dan berkedudukan dalam kerajaan Jordan. Baru-baru ini dapat berhubung kembali dengan kawan Abuya iaitu tokoh agama tempatan Jordan, Syeikh Mustafa Abu Romman, kami mengenali mereka semenjak kunjungan pertama ke Jordan pada 1986. Sempat mendoakan satu sama lain, kerana adab berkasih sayang yang dianjurkan Islam itu sangat indah. Saling mendoakan satu sama lain dengan kebaikan. Beliau berkongsi berita dan keadaannya yang semakin sibuk kerana wahabi kini sedang ditentang dimana-mana kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad. Sempat juga Syeikh Mustafa berkongsi pesanan Abuya padanya, yang sangat ada kaitan dengan kebangkitan Islam akhir za...

CIRI-CIRI UMAT YANG ALLAH MUSNAHKAN DI MUKA BUMI.

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya:  Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"  Nabi saw. menjawab,  "Penyakit-penyakit itu ialah  (1) terlalu banyak seronok,  (2) terlalu mewah,  (3) menghimpun harta sebanyak mungkin,  (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,  (5) saling memarahi,  (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". (Riwayat Hakim) Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw tadi telah banyak kita lihat di kalangan umat Islam di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tent...