MALAYSIA BENTENG AHLI SUNNAH, DAN SELAMAT DENGANNYA.
Era politik akan berakhir tak lama lagi. Politik yang berkiblatkan barat atau politik cara barat akan jatuh dan lumpuh. Jatuhnya sistem ini bersama dengan isinya. Ertinya, sesiapa yang bersama politik ini juga akan jatuh sekali, ibarat pisang jatuh setandan. Politik sedia ada kini bukan lagi relevan dan penyelesai masalah, malah ianya adalah punca masalah. Ianya tempat jatuh menjatuhkan, hina menghina, buruk memburukkan, dan 1001 lagi keburukan yang membawa mudarat kepada rakyat. Ini kerana politik yang ada bukanlah membawa manusia menuju Allah swt dan akhirat. Malah kerana politik manusia semakin jauh dengan Allah, semakin lupakan akhirat. Malaysia juga tak berkecuali daripada senario politik yang busuk dan jijik. Politik menjadi tempat manusia berebut pangkat, mengumpul harta kekayaan, menjatuhkan, menghina, dan bermacam lagi kejahatan yang merosakkan iman manusia. Namun ramai tidak sedar bahawa politik adalah satu ajaran dan fahaman yang sesat dan menyesatkan. Kerana polit...