Posts

Showing posts with the label zikir

KELUARGA MODEL: AKHIRAT ADALAH MATLAMAT, DUNIA SEBAGAI ALAT.

Image
Sering Abuya menegaskan kepada kita, Islam seharusnya menjadi matlamat bukan alat. Peringatan ini sering disampaikan di dalam dewan kuliah atau ketika berekspedisi bersamanya. Tugas pemimpin untuk mengingatkan dan memandu kita sudah dilaksanakan, soal merubah pemikiran dan hati itu adalah urusan dan hak Allah. Manusia hanya ditugaskan menyampaikan. Hidayah hak Allah SWT. Ini mengingatkan kita kepada teguran Tuhan kepada Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah kepada bapa saudara Baginda. Bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib yang sangat banyak membantu di awal perjuangan Nabi Muhammad SAW namun tetap tidak memeluk agama Islam. Baginda yang begitu sedih dengan kematian bapa saudaranya, sehingga Allah mengingatkan Baginda SAW, "Tidaklah engkau (wahai Muhammad) hanyalah menyampaikannya sahaja." Jadikan keluarga atau rumah tangga sebagai wadah perjuangan. Kerana rumah tangga atau keluarga  adalah wadah perjuangan yang paling kecil. Keluarga adalah wadah kecil perjuangan, ker...

ZIKIR DAN TAHLIL MELAHIRKAN PENYELAMAT.

Image
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Ar-Ra'd, 28. Hati yang mengingati Allah swt, diberikan anugerah dan nikmat yang besar, iaitu KETENANGAN. Tenang dan tenteram ini adalah satu perasaan yang bukan dibuat-buat atau direka-reka. Allah swt adalah Penjaga Hati ( Muqallib Qulub ), maka Dia jugalah yang merubah-rubah perasaan manusia mengikut amalan dan perjalanan hatinya. Orang yang hatinya diberi ketenangan, fikirannya berjalan dengan baik, jauh pula pandangannya. Ini kerana hatinya tidak diberatkan dengan sesuatu yang mengganggu fikirannya. Bila hati tenang maka fikiran akan menjadi lapang. Subhanallah. Maha Hebat Allah swt menjadikan semua ini. Daripada dalil Quran tadi, sudah cukup membuktikan bahawa mereka yang mengingat...

SUNTIKAN ROH PERJUANGAN DARI KECIL DARIPADA ABUYA.

Image
Mengimbas kembali tentang bagaimana Abuya menyuntik atau menanamkan roh kepimpinan, saya pasti teringat Baling, kira-kira 421 km ke utara Kuala Lumpur. Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah. Daerah Baling terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah. Di daerah tersebut terdapat sekolah agama (Arab) Yayasan Khairiah Kampung Pisang, mukim Kupang . Abuya menghantar anak-anaknya bersama anak-anak ahli jemaah seramai 12 orang terdiri dari 6 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Pelajar lelaki tersebut ialah, Fakhrur Razi bin Ashaari, Mohd Nizamuddin bin Ashaari, Muhammad Khomsin, Azman bin Atan, Ahmad Yasin dan Wan Mohammad Sufi. Pelajar perempuan pula ialah Nasibah binti Ashaari, Hafsamiati, Kamaliah binti Saad, Normala, Norsiah dan Latifah (anak saudara Hasan Mokhtar).  Ada beberapa seb...

MASANYA SUDAH HAMPIR TIBA!

Image
Dunia kini bergolak dengan pelbagai musibah yang melanda, hasil ciptaan manusia itu sendiri. Daripada bencana alam, tragedi kemanusiaan yang mengorbankan nyawa, kejatuhan ekonomi yang melampau, keruntuhan moral dan akhlak yang serius terutama di kalangan anak muda atau generasi muda, gejala sosial, dan seribu satu macam lagi bencana yang melanda; semua ini hasil ciptaan atau bayaran daripada apa yang manusia itu sendiri kerjakan! Firman Allah Taala, Telah timbul berbagai  kerosakan  dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). - (Ar-Rum: 41) Konspirasi demi kospirasi dirancang untuk memusnahkan agama Allah, namun Allah ada cara untuk selamatkan agamanya. Musibah dan fitnah ciptaan manusia ini bukan kali pertama, malah ratusan kali atau lebih l...

PERLUNYA KITA PADA PEMIMPIN YANG MEMBAWA KE AKHIRAT.

Image
Hidup di dunia ini tidak kekal. Kehidupan sementara.  Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah bukan realiti dinisbahkan akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 70 atau 80 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.  Mati adalah akhir perjalanan hidup setiap insan di dunia ini. Di penghujung jalan, setiap hidup yang berjiwa akan merasakan mati. Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran: 185). Kesengsaraan dan penderitaan di dunia ini, yang berlangsung hanya beberapa jam, beberapa hari, beberapa bulan atau beberapa tahun. Mati adalah titik permulaan insan memasuki alam lain (alam lain dalam bahasa Arab di sebut Alam Akhirat). Alam Akhirat ini digelar juga Alam Balasan amalan seseorang semasa hidup di dunia. Amalan baik dibalas baik dan sebaliknya. Firman Allah:  ۚ  أَرَضِيتُم بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّ...

DUNIA HANYA DISERAHKAN KEPADA ORANG ROH.

Image
Di sana-sini dunia terus dilanda pergolakan. Manusia hari ini hidup dalam keresahan dan kebimbangan. Sama ada umat Islam bahkan orang bukan Islam pun sedang berbincang dan berbual-bual tentang keinginan mereka kepada satu keadaan dan satu suasana yang lain dari apa yang ada sekarang ini. Pergolakan perasaan tersebut tidak mengira bangsa dan agama. Semuanya sudah rasa jemu dengan sistem yang wujud. Ada rasa takut dan bimbang, mengharapkan kedatangan seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah kronik dunia ini. Begitu sekali berlaku sehingga orang bukan Islam pun sudah jemu dengan sistem yang ada dan inginkan sistem baru. Rupanya memang perasaan-perasaan ini sengaja Tuhan berikan, sesuai dengan akhir zaman kerana ada janji Tuhan bahawa Islam akan bangun kali kedua bertaraf dunia. Tuhan berikan kekuatan rohaniah kepada kepimpinan orang roh untuk mengesan kegelisan hati-hati manusia. Keupayaan roh tersebut membantunya dapat melakukan satu pembaharuan yang diperlukan oleh manusia. Pemimpin...

PANDUAN MENGHADAPI CABARAN DAN FITNAH AKHIR ZAMAN.

Image
Cabaran besar menanti kita sebagai umat Islam di hadapan. Kini cabaran telah pun melanda dan ramai di kalangan umat Islam gagal, kerana Allah taala hanya menjanjikan kemenangan untuk mereka yang beriman. Dengan syarat-syarat dan tuntutan yang mengikut panduan daripada Allah taala. Lihatlah firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 1-5 yang bermaksud:  قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - Sesungguhnya orang beriman itu semestinya orang Islam namun belum tentu seorang muslim itu dia seorang yang beriman. Apatah lagi sebagai umat Islam ...

MEMAHAMI DAN MENGHAYATI ZIKIR YANG DAPAT MEMBAIKI DIRI.

Firman Allah: الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Ali Imran: 191). Jalan untuk memperbaiki diri ialah dengan berzikir. Bermula dari zikir qauli (lidah), zikir fi’li (perbuatan) dan zikir qaibi (hati). Zikir yang paling besar atau agung ialah solat. Di dalamnya terkandung segala bentuk zikir, amalan para malaikat serta para nabi dan rasul. Selain itu, di dalamnya kita meminta petunjuk, keampunan, mengadu dan bermanja dengan Tuhan. Di dalamnya juga kita memuji, membesar dan me...