PERSIAPAN IKHWAN DAN ASOIB DALAM MENUNGGU JANJI ALLAH.
Kita diminta untuk persiapkan diri dan keluarga dalam menantikan kehadiran pemimpin penyelamat yang ditunggu. Bila kita sibuk membaiki diri, persiapkan diri ke arah kebaikan dan kemajuan akhlak, secara automatik akan melahirkan suasana dan persekitaran yang baik. Ertinya, bila kita sibuk membaiki diri, membaiki keluarga, yang lain akan mengikuti sahaja. Ianya seperti aliran air yang mengalir, yang seterusnya nikmat air itu akan dirasa oleh umat manusia. Dunia memang sudah rosak, kerana dirosakkan oleh manusia bernafsu rakus, dirosakkan oleh kejahatan manusia itu sendiri. Sebagai umat Islam yang beriman, kita mesti meyakini kebenaran kata-kata Sodiqul Masduq, Rasulullah saw bahawa akhir zaman ini Allah taala akan menghantar seorang penyelamat kepada manusia. Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud daripada Nabi SAW sabdanya - “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang ...