Posts

Showing posts with the label aidilfitri

MEMBESARKAN SYIAR ISLAM DALAM KEHIDUPAN.

Image
Ikhwan dan Asoib sangat gigih dan kuat cita-cita mereka untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Mereka begitu serius melahirkan role model Islam sebagai satu-­satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam menjadi cita-cita mereka sebab itu apa sahaja yang dilakukan dengan tujuan meninggikan syiar Islam. Apa sahaja yang dilakukan akan dikaitkan dengan Islam. Sehingga Islam dilihat meriah dimana-mana. Contoh menyambut kelahiran bayi juga akan diambil peluang untuk membesarkan syiar Islam, membuat kenduri sempena meraikan Aidilfitri atau IdulAdha, rumah terbuka, majlis Maulid Nabi, majlis kesyukuran, kenduri kahwin dan lain-lain; ini semua boleh dijadikan platform  atau landasan membesarkan syiar Islam. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Imam Tirmizi). Dari Abu Hurairah r.a...

KHUTBAH AIDILFITRI 1437H.

Image
الحمد لله الذي جعل هذا اليوم عيدا للمؤمنين، وجعلنا أمة سيد المرسلين. أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمدا رسول الله امام المتقين وقدوة الصالحين، اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. اما بعد. يا أيها الحضرون أوصيكم واياي بتقوى الله، فقد فاز المتقون. قال الله تعالى في كتابه العزيز: بسم الله الرحمن الرحيم. قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها. وقال ايضا: قد افلح من تزكى وذكر اسم ربه فصلى. Saudara saudari, tuan puan sidang hadirin yang diberkati Allah Syukur kepada Allah SWT yang tidak terhingga kerana pada pagi yang penuh barakah ini, kita dapat bertemu dan berhimpun sesama kita, kita dapat bersama-sama bertakbir, bertahmid dan seterusnya bersembahyang sunat aidilfitri, di samping kita dapat bersilaturrahim di antara satu sama lain. Lebih lebih lagi kita wajib bersyukur pada Allah SWT pada pagi 1 syawal ini kita masih dihidupkan oleh Allah SWT, masih sempat kita bermuhasabah apakah yang telah kita lakukan selama ini. Adakah segala tanggungjawab yg di aman...